Yuran Dan Caj Kebankrapan Jabatan Insolvensi

Bulan puasa adalah bulan untuk buat hutang. Macam pelik je kedengarannya, kan? Pelik tak pelik, begitulah kebiasaannya yang berlaku. Berbagai tawaran dan bermacam kemudahan berhutang disediakan untuk kita sebagai persiapan menyambut hari raya. Memang bersepah kat mana-mana.

Kaedah (Yuran) Kebankrapan, 1969
No. Rujukan Kaedah Berkaitan Penerangan Perihal Yuran Kadar Semasa (RM)
1 Jadual B Butiran 1 Setiap pemeriksaan dokumen yang diserah simpan dengan KPI 5.00
2 Jadual B Butiran 2 Setiap salinan atau cabutan, setiap folio 100 perkataan atau sebahagian 0.50
3 Jadual B Butiran 5 Setiap permohonan untuk carian 10.00
4 Jadual B Butiran 6 Setiap tuntutan bukti hutang:
bawah RM 500.00 5.00
lebih RM 500.00 10.00
5 Jadual B Butiran 7 Setiap proxy khas atau surat undi 1.00
6 Jadual C Butiran 1 Atas aset/harta bersih yang dihasilkan atau dikreditkan oleh KPI setelah ditolak apa-apa jumlah yang dibayar kepada pemiutang bercagar mengikut sekuriti mereka, peratusan mengikut skala berikut hendaklah dikenakan:
RM 50,000.00 yang pertama atau pecahan pertama 7%
RM 50,000.00 yang seterusnya atau pecahan seterusnya 6%
Melebihi RM 100,000.00 5%
7 Jadual C Butiran 2 Atas jumlah dividen yang diagihkan oleh KPI di bawah perintah penghukuman atau apabila atau komposisi, peratusan berdasarkan skala berikut:
RM 50,000.00 pertama atau pecahan pertama 5%
RM 50,000.00 seterusnya atau pecahan seterusnya 4%
Melebihi RM 100,000.00 3%
8 Jadual C Butiran 5 Setiap notis oleh KPI kepada pemiutang untuk sesuatu mesyuarat atau perbicaraan 1.00
9 Jadual C Butiran 7 Untuk peralatan tulis, buku, borang dan lain-lain yang rasmi:
Untuk setiap kes kebankrapan 10.00
Setiap notis kepada penghutang 1.00

Maklumat lanjut boleh dilihat di Jabatan Insolvensi Malaysia.

Berkata pula Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, hutang isi rumah yang kini mencecah RM800 bilion atau 89.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), belum pun sampai ke tahap kritikal. Masih ok?

syilingKepada yang mahu tambah hutang untuk menyambut raya nanti, aku ucapkan selamat berhutang. Asal saja jangan sampai korang diistiharkan bankrap nanti. Kalau terpaksa diisytiharkan bankrap juga, Yuran dan Caj di Kebankrapan ada aku sertakan di atas.

Dah la bankrap dengan hutang, kena caj pula dengan segala bagai jadual yuran. Huhuhu…

TehrDemikian kisah 'Yuran Dan Caj Kebankrapan Jabatan Insolvensi' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


28 Comments

  1. azura says:

    orang muda pun dah ramai bankrap kan cikgu…hutang 30 ribu je dah boleh isytihar bankrap

    1. TehR says:

      tu la pasal
      zaman sekarang ni memang sangat mencabar
      siapa yang tak hati2, siap la pikul beban

    2. suri says:

      tu rhb blh buat pinjaman tpi klu kita tak tahu bugdet mmg kita akan hanyut
      suri baru je tulis kisah Untungnya Bila Kita Merajuk SayangMy Profile

  2. titan says:

    Ya, selamat berhutang. hoho..
    titan baru je tulis kisah Teach a Man How to fish.My Profile

    1. TehR says:

      moga2 selamat juga dalam bab bayar hutang :D

      1. suri says:

        jom bayar kalau tak banyak sikit2 oklah
        suri baru je tulis kisah Sausage Cheese SticksMy Profile

  3. cukuplah saya berhutang beli rumah dan kereta nie……
    tak mau nak tambah2 hutang lagi..
    takut nanti tersilap langkah…
    mau semua kena lelong.. hu.hu.hu..
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Selamat Berpuasa & Testimonial Terbaru Pakej Jombinaweb, Rahsia Bun dan Rahsia PutuMy Profile

  4. Cikgu Hairul says:

    Bapak borek, anak rintik. Itulah ibaratnya.. dah perangai bapaknya suka berhutang billion2, anaknya tak mustahil la terikut. Pasti si bapak akan kata masih ok walau si anak merempat dibebani hutang.
    Cikgu Hairul baru je tulis kisah Apapun Tanggapan Kita Kepada Dia, Percayalah…My Profile

  5. hafiz says:

    Isshh kalau boleh nak settle semua hutang….
    hafiz baru je tulis kisah CPUV pertamakuMy Profile

  6. sensasi2020 says:

    Bila seseorang itu diistihar bankrap, rumah dah lelong dan saya nak tanya, sampai bilakah kebankrapan ini akan terhapus, adakah ada tempoh tertentu sebelum ia dibebaskan kebankraban kita???
    sensasi2020 baru je tulis kisah Pemenang Contest Daripada Blogger Tanah ArabMy Profile

    1. Mohd Shubhi says:

      Yang saya tahu dalam tempoh 7 tahun boleh dibebaskan semula menjadi bayi dengan melalui beberapa proses
      Mohd Shubhi baru je tulis kisah 5 artikel paling top minggu ini # 6My Profile

  7. suri says:

    bila ada org beli umh tu rasa kalau baki rumah tak mencukupi lagi dia akan anggap bankup gak..entahlah huu,,
    suri baru je tulis kisah Sausage Cheese SticksMy Profile

  8. Mohd Shubhi says:

    Adam Smith menulis buku the wealth of nation pada tahun 1776 dah lama sangat nasihat agar berbelanja dengan wang yang kita miliki sahaja!…kalau pegang budaya ini tentu semua selamat!
    Mohd Shubhi baru je tulis kisah 5 artikel paling top minggu ini # 6My Profile

  9. Dja@SisHaza says:

    oh,memang takut benor teman dengan cerita bab hutang ni. Hmm, biarlah tak berganti perabut baru ke apa, asal ati senang tak dibebani hutang …
    Dja@SisHaza baru je tulis kisah TIPS BUAT BISKUT RAYA YANG SEDAP DAN GEBUMy Profile

  10. Dja@SisHaza says:

    bankrap di dunia,pas tu bankrap pula di akhirat…memang malang sekali
    Dja@SisHaza baru je tulis kisah TIPS BUAT BISKUT RAYA YANG SEDAP DAN GEBUMy Profile

  11. papa mifz says:

    berhutang tak boleh nak lari,tapi untuk beli benda2 penting seperti rumah atau kereta takpe kot…berhutang untuk nampak mewah ha ini yang tak digalakkan…
    papa mifz baru je tulis kisah Cermin Mata HitamMy Profile

    1. hafizmd says:

      setuju tu bro PM…berhutang utk membeli kehendak mmg kena elak
      hafizmd baru je tulis kisah Jom Sertai Projek Iqra’ Dengan Menaja Anak Yatim!My Profile

  12. Wan Fauzi™ says:

    taraf kehidupan semakin meningkat…
    Wan Fauzi™ baru je tulis kisah Tentera Mesir Guna Strategi Zaman 50-anMy Profile

  13. eiela says:

    bahaya berhutang-hutang nih, semua dah meningkat dah sekarang, semua ada caj
    eiela baru je tulis kisah Sambal Sardin Menu Mudah Ketika BersahurMy Profile

  14. Ismail N says:

    Bukan semua orang mahu berhuntang dan tak bayar hutang sehingga bankrupt. Dalam byk kes, perkara2 seperti hutang kereta dan rumah tak dapat dielakkan sebab ia dah jadi satu keperluan dalam hidup zaman ni.

    Ada yg tak bernasib baik kerana hilang pekerjaan, bisness tiba2 merudum dsb. Tak kurang juga yang bankrupt kerana menjadi penjamin atau partner kepada sesuatu pernigaan.

    Apa-apa pun harap dapat dielakkan hal ini tetapi kalau dah terjadi bukan bermakna tak boleh survive lagi.
    Ismail N baru je tulis kisah Enter Sandmen: Metallica LIVE In Malaysia 2013My Profile

  15. hafizmd says:

    Cukuplah hutang apa yg ada sekarang. Moga dijauhkan dari berhutang2 lebih banyak
    hafizmd baru je tulis kisah Jom Sertai Projek Iqra’ Dengan Menaja Anak Yatim!My Profile

  16. AUC says:

    huh x pasal2 kita semua berhutang di sebab oleh kerajaan hehehe
    AUC baru je tulis kisah Pak Cik Kena Demam Denggi Tiada Harapan Dah!My Profile

  17. Anuar says:

    Terima kasih di atas perkongsian info… Semoga info ini berguna untuk membantu golongan yang memerlukan…
    Anuar baru je tulis kisah Pelabur emas jangan tersilap langkah – Azizi Ali (Jurulatih Jutawan Malaysia)My Profile

  18. mrhanafi says:

    bagi yang ingin meringankan beban hutang perbanyakkan istighfar..
    mrhanafi baru je tulis kisah Pekerjaan Kelas Pertama Di DuniaMy Profile

  19. Berhutang boleh saja.. yang penting jangan sampai bankrap..
    seksa tu bayar.. kena yuran dan caj lagi..
    Kulanz Salleh baru je tulis kisah Bonus Raya 2013My Profile

  20. Kenapa kalau nak menyambut Hari Raya orang Melayu sibuk nak tambah hutang yer? Macam-macam nak beli, padahal barang yang ada tu masih elok lagi. Baju pun nak baru sampai 4-5 pasang. Kalau kaya takpelah. Berbelanjalah ikut kemampuan.
    Obsolete Coin baru je tulis kisah Straits Settlements King Edward Vii coinsMy Profile

  21. Hafizul says:

    hehe..saya pun nak ucap gak lah..selamat berhutang..hehe
    Hafizul baru je tulis kisah Wordless Wednesday #61 – Rezeki Beli Broadband BaruMy Profile

  22. de engineur says:

    Klu hutang tapi ada disiplin membayar, itu takpe. Hutang rumah, kereta tu semua mcm dah jdi kemestian skrg.
    Jgn saja x bayar nanti kena rujuk balik sini plak sekali lagi utk semak jadual yuran tu..hehe
    de engineur baru je tulis kisah Maxis network and coverage not improving!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun