Yang Mana Satu

Restoran pilihan, bersebelahan klinik gigi atau dekat kebun?

wahidanezani farhanaPenantian peminat untuk mengetahui siapakah Juara MasterChef Malaysia untuk musim pertama sama ada Ezani Farhana atau Wahidan terjawab sudah malam tadi. Akhirnya Dr Ezani Farhana Md Monoto, 26 tahun dari Kajang [gambar kanan], muncul juara mengalahkan Wahidan Hj Ag Supain, seorang pekebun dari Sandakan.

jalan-jalan mencari jalan
perut lapar cari restoran
kalau boleh hendak makan
menu dari chef handalan

badan letih kaki dah bengkak
satu restoran sudah nampak
makan nasi bertambah rojak
makanan halal sungguh enak

Ezani Farhana menerima hadiah RM100,000 beserta trofi juga kontrak menerbit dan mengedar buku masakan sendiri. Aku memang percaya, kita boleh buat apa saja asalkan hidup kita gembira dan selamat. Tahniah kepada kedua-dua peserta.

Kalaulah selepas ini nanti kedua-duanya masing-masing membuka sebuah restoran, yang mana satu akan jadi restoran pilihan? Restoran bersebelahan klinik gigi atau restoran bersebelahan kebun?

TehrDemikian kisah 'Yang Mana Satu' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


32 Comments

  1. adele says:

    seronok tgok org menang pertandingan sambil berfikir bilalah aku nak menang duit banyak mcm tu..huhu
    adele baru je tulis kisah Mari Mengecat Bersama ICI DuluxMy Profile

    1. tehr says:

      sabar je dulu, adele
      ada masa nanti giliran kita pulak

  2. nurmisnan says:

    brother tehr.. yang penting sodap.. tapi kalau rest sebelah kebun getah best jugak.. sejuk jer… lepas
    mkn kita sambung toreh.. har3
    nurmisnan baru je tulis kisah Penawar penyakti lelah dan semputMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      lepas menoreh, kita sambung makan lagi :D

      1. nurmisnan says:

        Lepas tuh sambung jual ojol (getah srucb).. hik3..
        windu2an plak nak menoreh getah.. kenangan zaman
        sekolah.. lepas toreh getah makan tembikai.. burpppp
        nurmisnan baru je tulis kisah Penawar penyakti lelah dan semputMy Profile

  3. mak lagenda says:

    Mak ingatkan si pekebun tu yg menang tp nampaknya mmg dah rezeki Ezani..2-2 mmg hebat pun

    1. tehr says:

      tahniah kepada keduanya, mak
      sama2 hebat tu

  4. kulanz says:

    kalau restoran sebelah klinik gigi.. nanti tak lalu makan nampak gigi bertaburan.. restoran sebelah kebun tu memang best.. tapi kena tahanlah nyamuk.. hehehe
    kulanz baru je tulis kisah China Bina Ark Hotel 30 Tingkat dalam Masa 15 HariMy Profile

    1. tehr says:

      masing2 ada kelebihan dan kekurangan
      lagi bagus kalau dapat jadikan kekurangan sebagai kelebihan
      macam tu kan, bro?

  5. Wan Perlis says:

    restoran sebelah kebun la.hehe

    1. tehr says:

      lagi bagus kalau sebelah kebun durian :D

      1. hafizmd says:

        senang nak buat pulut durian…uh! sedapnye

  6. padin says:

    2 – 2 hebat.. aku folo gak dari mula rancangan tu hee..
    bila final, memang tak sabar benar rasa nak tgk siapa menang edisi pertama.. :D
    padin baru je tulis kisah Tips Membeli Tayar KeretaMy Profile

    1. tehr says:

      tahniah kepada keduanya, bro
      sama2 hebat tu

  7. zulkbo says:

    salam..
    saya terlepas siri ni..
    minta juga sebenarnya..
    tahniah pada pemenang :)

    1. tehr says:

      salam kembali
      yups, sama hebat sama berbakat

  8. yas says:

    Yang paling aku heran, kenapa naib juara tak diumumkan hadiah yerr?? Ke mmg x de hadiah??
    yas baru je tulis kisah Keputusan Kes Liwat – Anwar Ibrahim Tidak BersalahMy Profile

    1. tehr says:

      ya la
      aku pun tak jumpa juga berita hadiah untuk tempat kedua tu

    2. akubiomed says:

      Rasanya tempat ke-2 tidak ada hadiah.

  9. b3njy says:

    Benjy pilih restoran sebelah kebun sayur untuk sarapan pagi :D
    b3njy baru je tulis kisah ANUAR IBRAHIM DIDAPATI TIDAK BERSALAH DALAM KES LIWATNYAMy Profile

  10. b3njy says:

    Makan tengahari restoran yang sebelah klinik gigi
    b3njy baru je tulis kisah ANUAR IBRAHIM DIDAPATI TIDAK BERSALAH DALAM KES LIWATNYAMy Profile

  11. b3njy says:

    minum petang pekena rojak dan cendol mamak seksen 15 subang jaya
    b3njy baru je tulis kisah ANUAR IBRAHIM DIDAPATI TIDAK BERSALAH DALAM KES LIWATNYAMy Profile

  12. b3njy says:

    Makan malam kat rumah sendiri kalau tak nanti isteri merajuk OOoo :D
    b3njy baru je tulis kisah ANUAR IBRAHIM DIDAPATI TIDAK BERSALAH DALAM KES LIWATNYAMy Profile

  13. b3njy says:

    Tahniah kepada pemenang … benjy tak tengok pula rancangan ni … nengok cerita lain …
    b3njy baru je tulis kisah ANUAR IBRAHIM DIDAPATI TIDAK BERSALAH DALAM KES LIWATNYAMy Profile

  14. ciksembang says:

    pilih restoran sebelah kebun
    ciksembang baru je tulis kisah 901 Anwar Ibrahim 901 Aqil HanafiMy Profile

  15. eiela says:

    susah jugak nih, rasanya pilih restoran sebelah klinik gigi sebab boleh check gigi lepas makan.
    eiela baru je tulis kisah Ego Seorang ManusiaMy Profile

  16. akubiomed says:

    Kagum juga tema menu terakhir mereka sediakan agak mengejutkan. Tanniah kepada kedua-duanya. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Pengalaman kena denda di sekolahMy Profile

  17. titan says:

    hehe..ezani yang menang. aku masih terkilan wahidan tak menang. huhu..
    titan baru je tulis kisah Update Pertandingan Pengalaman Kena Denda di SekolahMy Profile

  18. kimmie says:

    pilih sebelah klinik gigi, klu lepas makan gigi sakit terus boleh pergi minta ubat
    kimmie baru je tulis kisah Peristiwa Gunung MerapiMy Profile

  19. chii says:

    restoran sebelah kebun menjadi pilihan..mana tau ada ulam2 segar yg boleh di petik terus dari kebun..ehehe
    chii baru je tulis kisah Tahniah & Terima KasihMy Profile

  20. wah, dah jadi masterchef ni, sure bukak restoren laku punya… kawe pun mahu pegi test :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Overworked!My Profile

  21. ayam sabung tajam tajinya
    buat bersabung kalah lawannya
    tuah dimenangi doktor gigi
    bakat terpendam membuah hasilnya

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    tip tersalah isi minyak kereta
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tip periksa kerosakan dan Servis RadiatorMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun