World Super Series Ranking 2012

lee chong weiMalam ini sambil layan ‘The Myth’ lakonan Jackie Chan di TV2, mari kita lihat ranking terkini pemain-pemain badminton perseorangan lelaki sehingga 19/1/2012 yang aku ambil dari laman Badminton World Federation [BWF].

RANKING NEGARA PEMAIN MATA
1 Malaysia Lee Chong Wei 20200
2 Jepun Kenichi Tago 13850
3 China Lin Dan 12950
4 Jepun Sho Sasaki 12740
5 Denmark Jan O Jorgensen 11090
5 Indonesia Simon Santoso 11090
7 China Chen Jin 10740
8 China Du Pengyu 9920
9 China Chen Long 9080
10 Jerman Marc Zwiebler 8270

Nampaknya Super Dan jatuh satu tangga ke kedudukan ketiga sementara Kenichi Tago melompat tiga tangga mengisi tempat Lin Dan di kedudukan kedua. Kedudukan keempat juga diisi oleh seorang lagi pemain Jepun, Sho Sasaki.

Wah, nampaknya Jepun mengatasi Malaysia ni. Mereka ada dua wakil yang tersenarai dalam ranking badminton perseorangan lelaki, sedangkan kita masih mengharapkan kepada Datuk Lee Chong Wei seorang sahaja.

kenapa diharap padi di seberang
entahkan berisi entahkan hampa
usah diharap chong wei seorang
bersara nanti tiada penggantinya

TehrDemikian kisah 'World Super Series Ranking 2012' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


31 Comments

  1. padin says:

    Yup, kalau tengok pasukan lain, memang ada pelapisnya, China dah tentunya boleh harapkan Cheng Long, tapi pasukan kita? haishh jauh lagi tu…
    padin baru je tulis kisah Di Sebalik KomediMy Profile

    1. tehr says:

      kita sepatutnya mesti sentiasa ada dua wakil dalam senarai top ten ni
      tak la risau sangat nanti

      1. hafizmd says:

        kenapa agaknya kita takde pelapis? depa yg kat atas tu ‘tidoq’ ka?
        hafizmd baru je tulis kisah Wordless Wednesday #8 Oh!My Profile

        1. suri says:

          agaknya ..

          bila kalah pandai ckp tu tak kena ni tak ok.tapi mana pelapis semua diam

  2. ghost writer says:

    mana pemain malaysia yang lain?takkan chong wei jer yang berada dalam top 10.yang lain masih merangkak naik tangga agaknya..kerja keras lagi utk pemain malaysia yang lain.
    ghost writer baru je tulis kisah Apa yang lucu dengan kehidupan?My Profile

    1. tehr says:

      tu la yang aku risau
      tapi BAM tak pula risau

  3. zulkbo says:

    salam..
    wahh..hebat Datuk Lee
    jauh meninggalkan Lin Dan
    zulkbo baru je tulis kisah Lelaki Bogel Culik Kanak-Kanak 10 Tahun Kampung Baru Ditembak Polis ?My Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      untuk awal tahun ni, lin dan memang agak ketinggalan

  4. yas says:

    Hmmm…habis je DLCW pas ni, kompom dh x de pengganti dahhh
    yas baru je tulis kisah Undian di Sosial Media Awards 2012My Profile

    1. tehr says:

      pemain remaja kita nampak agak jauh ketinggalan ni

  5. rahman says:

    Sudah menjadi lumrah ahlil sukan, yang patahkan tumbuh, dan yang hilang pasti akan berganti.. ada tu nanti
    rahman baru je tulis kisah Pasar Tani Paroi , jom ke siniMy Profile

    1. tehr says:

      ada tu memang la ada, bro
      cuma jaraknya terlalu jauh

      1. hafizmd says:

        betul tu…mmg ada tp ada yg dah nak sampai, mungkin dinafikan peluang dan ruang
        hafizmd baru je tulis kisah Wordless Wednesday #8 Oh!My Profile

  6. ohcikgu says:

    emm..itulah. contohilah jepun..

    tago ni..selagi ada lin dan dengan chong wei..memang susah dia nak gi jauh. Tapi kalau lin dan dan chong wei dah tak main nanti..memang dia la yang berpotensi pegang ranking dunia..
    ohcikgu baru je tulis kisah Undi Ohcikgu.com untuk kategori Best Educational Blog dalam World Blogger and Social Media Awards 2012My Profile

  7. Walaupun kenichi tago berada di ranking kedua,rasanya Lin Dan boleh je kot ayam ayamkan dia..
    Pejuang Kesenian Extreme baru je tulis kisah Chacarron Macarron – Lagu Yang Paling Bangang Di Abad Yang Ke 21My Profile

    1. benjy says:

      Hahahahaha …. setuju tu :D

      benjy baru je tulis kisah GONG XI FA CAI – TAHUN NAGA AIR 2012My Profile

  8. benjy says:

    Yang positif Chong Wei meninggal jarak 6000 point daripada pemain no 2.
    benjy baru je tulis kisah GONG XI FA CAI – TAHUN NAGA AIR 2012My Profile

  9. benjy says:

    Betul kata cikgu Malaysia ketandusan pemain yang berbakat seperti Chong Wei dan China mempunyai ramai bakat Badminton …. Apa2 pun harap Chong Wei dapat bertahan sehingga mengapai emas olimpik 2012. :D
    benjy baru je tulis kisah GONG XI FA CAI – TAHUN NAGA AIR 2012My Profile

  10. benjy says:

    Walaupun Lin Dan jatuh ke tangga no 3 itu tidak bermaksud Chong Wei boleh mendabik dada … Lin Dan memang hebat dan banyak muslihat kerana bagi Benjy Lin Dan kalah di Malaysia hanya taktiknya sahaja dia tidak bermain betul2.
    benjy baru je tulis kisah GONG XI FA CAI – TAHUN NAGA AIR 2012My Profile

  11. benjy says:

    Bagi BAM mereka perlulah merangka strategi baru dalam mengcungkil bakat-bakat baru sehingga ke ‘lubang cacing’.
    benjy baru je tulis kisah GONG XI FA CAI – TAHUN NAGA AIR 2012My Profile

  12. benjy says:

    Apa yang peliknya Jepun juga telah mendahului Malaysia bagi acara perseorangan sedangkan Malaysia lebih lama berkecimpung berbanding Jepun dalam arena badminton.
    benjy baru je tulis kisah GONG XI FA CAI – TAHUN NAGA AIR 2012My Profile

    1. suri says:

      apa kata shbt benjy yang jadi penggantinya heee

  13. chii says:

    semua harap pada DLCW sorang je..sampai x nampak da xde pelapis..
    jauh gak eh mata malaysia tinggalkan ngan yang lain2
    chii baru je tulis kisah Pilih kasihMy Profile

  14. Norizwan says:

    tinggi juga mata malaysia…memang berbeza jauh ditinggalkan…
    Norizwan baru je tulis kisah Gempa bumi besar diramal gegar Tokyo waktu terdekatMy Profile

    1. suri says:

      kita blh jauh lagi kalu kena usaha dgn kuat

  15. brohai says:

    Jepun pun dah semakin maju.Kita patut contohi sikap mereka yg x penah behenti mengalah.

  16. hisap rokok berpada-pada
    hitam pekat didalam dada
    chong wei diharap pelapis tiada
    mencari harapan tunggak muda

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    demam hyperthermia hypothermia

  17. suri says:

    hati pemain malaysia risau depa akan bangkit semula huu

  18. akubiomed says:

    Mata yang dikumpul oleh DLCW sukar dipintas oleh pemain perseorangan yang lain.

  19. kulanz says:

    harap akan ada pemain Malaysia yang masuk dalam senarai top 10.. tak boleh harap LCW je.. nanti kalau dia bersara, terus Malaysia hilang dari senarai…
    kulanz baru je tulis kisah Fenomena Ribut Solar Terbesar Mencipta Cahaya Utara yang MenakjubkanMy Profile

  20. Ad-Dien says:

    BAM perlu cungkil ramai pemain pelapis dan hantar ke latihan pusat kemudian dedahkan dengan kejohanan bertaraf super siries untuk pengalaman dan pemantapan skil…wallahua’lam..

    hehe…gaya ulas macam pakar je… main di ipta je pun.. Alhamdulillah :)
    Ad-Dien baru je tulis kisah [Fatwa] Hukum Penubuhan Bank SusuMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun