Warna-Warna Rindu

Rindu sungguh rasanya nak menulis dan melawat blog rakan-rakan. Dalam empat lima hari ni banyak masa aku dihabiskan dengan SPS. Bangun tidur ngadap sps. Nak tidur pun masih dengan sps.

Baju biru mahu dipakai,
Berdiri dekat muka cermin;
Apakah ilmu sps pakai,
Server berat tak dapat login.

Warna-Warna Rindu

Cerita pasal rindu, aku fikir ramai yang sedang rindu sekarang ni. Ada yang rindukan kekasih, rindukan keluarga, rindu rakan sahabat dan pastinya tak kurang juga yang rindu mati.

Eh, ada ke orang rindu mati?

warna-warna rindu
kadang-kadang nampak hitam
seperti selari dengan gelap cahaya malam

warna-warna rindu
ada ketikanya nampak terang
dihiasi dengan warna pelangi sebelah petang

warna-warna rindu
selalunya akan nampak biru
kerana begitu sememangnya cahaya perindu

Malam ini ada bola Liga Super 2014. Kelantan lawan T-Team. Johor DT lawan Selangor. Rindu pula nak tengok aksi Mat Yo dengan Daud Su. Rasa seperti dah lama tak nampak kelibat mereka berdua.

TehrDemikian kisah 'Warna-Warna Rindu' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


14 Comments

  1. de engineur says:

    I pulak rindu sgt2 nak lihat Manchester United menang 3 perlawanan berturut-turut. Dah lama dah dorg ni asyik kalah dan seri
    de engineur baru je tulis kisah Malaysia healthcare system is third best in the worldMy Profile

  2. sama la kita bor..aku lagi teruk dah sebulan lebih bz memanjang…sempat updat entri pun dah kira untung..kadang2 terpaksa taip banyak2 entri..lepas tu auto publish
    blogger lelaki baru je tulis kisah Muslim NiagaMy Profile

  3. dja@sishaza says:

    Rindu betul dengan musim cuti sekolah hihihik …. panjang le sikit peluang nak publish entri hari2

  4. suri says:

    rindu juga pada keluarga katanya jauh huhu…
    suri baru je tulis kisah Cara Pikat Suami Dalam Masa Lima MinitMy Profile

  5. Yes saya pun tengah rindu sekarang ni rindu untuk merindui hehe
    Khairul Zamri baru je tulis kisah Panduan Menulis Resume MantapMy Profile

  6. azlanvai says:

    rindu betul nak merasai perasaan merindu.. sudah lama tidak dirindui.. rindu betul la..
    azlanvai baru je tulis kisah Kisah hari ini untuk anda renungkanMy Profile

  7. kakiblog says:

    rindu juga nie..rindu dengan duit yang banyak!
    kakiblog baru je tulis kisah Kisah Blogger KB Dalam FebruariMy Profile

  8. Lyn™ says:

    Rindu dengan aruah mak, bapak dan atuk je.
    Lyn™ baru je tulis kisah AFA CELLMAXX dan Adult Stem cellMy Profile

  9. UmmiKami says:

    Ummi pun tersangat rindu untuk bertemu dengan kawan-kawan semua….walaupun masa terlalu cemburu namun Ummi masih sempat untuk datang ke sini setelah sekian lama….ya cikgu.. :)
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Lama…My Profile

  10. err amende tu SPS?
    Brader Sports baru je tulis kisah Will BAM Offer Misbun The Job As Supremo?My Profile

  11. Hafizul says:

    Emm bab rindu ni memang tak kan habis la kan..hehe..saya dah lama pendam rindu nak ziarah rakan2 blogger ni..dah lama gak menyepi..hehe
    Hafizul baru je tulis kisah Pendapatan Ke 29 Dari JobdirumahMy Profile

  12. AUC says:

    rindu-rinduan pulak yek…
    AUC baru je tulis kisah Jadual Perlawanan AFC Cup 2014My Profile

    1. suri says:

      kalau duduk ajauh memang suami atau isteri akan mula rasa terbit rindu.boleh?
      suri baru je tulis kisah Kotak Ayat Pengasih Paling Tua Dan MujarabMy Profile

  13. suri says:

    rindu pun dah siap ada warna -warna macam warna pelangi pula
    suri baru je tulis kisah DIY Kusiner Storage Basket IKEAMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun