Warkah Untuk Aku

Kepada aku yang berada di sudut hati. Terimalah warkah beriring doa moga-moga aku sentiasa dalam situasi gembira bersama rahmat Yang Maha Esa.

aku di sudut hati
ingatlah pesanan ini

luas atau sempit masa
solat jangan buat-buat lupa
kerana itu perintah paling utama
kerana itu jugalah tiang pada agama

seronok layan bola jangan lupa layan keluarga
seronok jamu selera jangan lupa jiran tetangga
seronok kumpul harta jangan lupa kumpul pahala
seronok hidup di dunia jangan lupa akhirat sana

aku di sudut hati
ingatlah pesanan ini

susah atau senang, syukurlah dengan lapang
bahagia atau derita, terimalah dengan rela

usaha jangan mahu berhenti
masalah jangan mahu dicari
lidah jangan mahu mencaci
hati jangan mahu berdengki

kita ini
makin lama hidup, semakin singkat peluang untuk hidup

Pecah periuk rumah Pak Hashim,
Pecah belanga terlampau panas;
Sudah berpucuk warkah terkirim,
Sudah dibaca mengapa tak balas?

Sekian warkah untuk aku buat kali ini.

TehrDemikian kisah 'Warkah Untuk Aku' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


27 Comments

  1. Sering kali memberikan inspirasi, kata semangat, doa untuk orang lain, ada ketika di perlukan sedikit saja untuk diri sendiri. Sebagai peringatan, agar diri sendiri tidak leka dan hanyut dari masa kesemasa…
    Irsah inDesigns baru je tulis kisah Update Terbaru Theme Blogger Percuma My BlogShop Pro v1.1My Profile

    1. hafizmd says:

      Saling ingat mengingati..ini yg terbaik.
      hafizmd baru je tulis kisah Selamat Hari Lahir IsterikuMy Profile

  2. Hairul Azni says:

    Terima kasih sebab mengingatkan bro..

  3. azura says:

    panas terik tengaharinya hujan
    sejuk terasa airnya sungai
    warkah untuk aku itu pedoman
    akal logik kehidupan perlu disemai

    angin sepoi bagai lambaian desiran
    petang aku ceria hatiku senang
    sudi aku balas warkahmu tuan
    jika boleh ingin aku canang
    azura baru je tulis kisah Setting asas WordPressMy Profile

    1. azura says:

      canang-canangkan (perkataaan tertinggal)
      azura baru je tulis kisah Setting asas WordPressMy Profile

  4. de engineur says:

    “Warkah untuk Aku”
    tapi juga utk kita semua. Terimakasih peringatannya.
    de engineur baru je tulis kisah Eco Urinal: Pee and wash in the same standMy Profile

  5. papa mifz says:

    warkah berguna untuk renungan bersama…terima kasih cikgu…
    papa mifz baru je tulis kisah Pengalaman Pertama di Bukit BenderaMy Profile

  6. hafizmd says:

    Alhamdulillah ambe ucapkan
    Warkah peringatan tatapan semua
    Nikmat dunia jgn dikenangkan
    Ganjaran akhirat misi utama
    hafizmd baru je tulis kisah Selamat Hari Lahir IsterikuMy Profile

  7. akubiomed says:

    Membaca untuk peringatan diri sendiri juga. Terima kasih bro.
    akubiomed baru je tulis kisah Pemanggang ajaib k-popMy Profile

    1. suri says:

      saya begtiu sama2 ingt sama2 semat dlm hati dan buat
      suri baru je tulis kisah Sampai Sakit KepalaMy Profile

  8. solat itu tiang agama! jangan pernah lalai.
    khairul asrol baru je tulis kisah Perbezaan Antara CPC dan CPUV NuffnangMy Profile

  9. memang cara mengelak penyakit hati
    :)
    Rapunzeel Cikilolo baru je tulis kisah cuba sehabis baikMy Profile

    1. suri says:

      bila mewah ada sekeliling kita akan lupa tpi itu;ah cara syaitan hasut kta..
      suri baru je tulis kisah Sampai Sakit KepalaMy Profile

  10. dja@sishaza says:

    Bukan sesekali,tapi harus selalu2 kita ingatkan diri sdri…kerana mmg sifat semula jadi manusia yg mudah lupa ^-^
    dja@sishaza baru je tulis kisah CARA DAFTAR TUTOR ONLINEMy Profile

  11. UmmiKami says:

    Salam manis di tengah malam.. :)

    Batu buatan disambar toman,
    Diangkut naik melepoh jari;
    Satu peringatan berkembar pedoman,
    Ikut yang baik contoh diberi.

    Busuk buah merekah mangkar,
    Galah berbirat patahlah lima;
    Berpucuk sudah warkah dihantar,
    Salah alamat tiadalah nama.
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Sabar Dalam Kesabaran..My Profile

  12. UmmiKami says:

    Makan tairu tiadakan berbaki,
    Halia dibawa bersama kantan;
    Elakkan cemburu perasaan dengki,
    Bahagia jiwa lama kedapatan.
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Sabar Dalam Kesabaran..My Profile

  13. Hairul Azni says:

    Ingat mengingati sesama kita merupakan satu perkara yang amat penting..
    Hairul Azni baru je tulis kisah Menang RM 100.00 Dari Giveaway Hairulazni.myMy Profile

  14. UmmiKami says:

    Pantun lagi.. :D

    Kerutup hangus panasnya lama,
    Peria berbirat kembang sepiring;
    Hidup harus alasnya agama,
    Dunia akhirat seimbang seiring.
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Sabar Dalam Kesabaran..My Profile

  15. UmmiKami says:

    Terimakasih cikgu… :)
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Sabar Dalam Kesabaran..My Profile

  16. Wan Fauzi™ says:

    sebuah peringatan buat diri sendiri & semua insan yg seringkali lupa…
    Wan Fauzi™ baru je tulis kisah Sejarah Peperangan Mu’TahMy Profile

  17. suri says:

    klu lupa sy slu ingt ko tka tkut mati.. masa tu baur sedar cpt2 baiki diri
    suri baru je tulis kisah Cinta Dalam Bakul, Bila Lelaki Menggoda HatimuMy Profile

  18. ladybird says:

    Smg ht sentiasa beringat..
    ladybird baru je tulis kisah Majlis Perkahwinan Qadri dan BayyinahMy Profile

  19. sud@is says:

    kalau dulu masa kanak2
    sllu tulis pecah kaca pecah gelas

    sememangnya peringatan /motivasi
    menjadi penguat dan pendorong matlamat
    sud@is baru je tulis kisah Bapa antara anak dan keretaMy Profile

  20. titan says:

    hang terasa dengan sape nih..
    titan baru je tulis kisah Manifesto BN vs Piala FAMy Profile

  21. Bro Zulkbo says:

    salam..
    peringatan pada diri sendiri
    ye Cikgu..sama lah, sesamalah
    mengambil pengajaran..
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Keputusan Penuh Pemenang (ABPBH 2012) Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012My Profile

  22. Lyn says:

    Terima kasih atas ingatannya.
    Lyn baru je tulis kisah PANTUN CERITA CERITIMy Profile

  23. Hafizul says:

    Terkesan dan terasa sampai ke lubuk hati yang paling dalam..terima kasih bro atas warkah yang paling bermakna ni…terima kasih…
    Hafizul baru je tulis kisah Pendapatan Ke-10 Dan Ke-11 Dari JobdirumahMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun