Wanita Pemalu Seperti Pohon Semalu

Wanita Pemalu Seperti Pohon Semalu. Malunya mengatasi segala-gala. Walaupun hati tergedik-gedik kata nak, tapi mulut tetap diam seperti tak nak.

kepala geleng-geleng sapi
biarpun ada irama dangdut dalam hati
diam tangan dan kaki
sungguhpun mahu menari dan menyanyi

Mahu tapi malu. Wanita Pemalu Seperti Pohon Semalu bukan sekadar malu-malu kucing. Jauh sekali dengan perangai alim-alim kucing. Bukan juga gelagat dua tiga kucing berlari, muka tak malu mengalahkan lelaki!

Wanita Pohon Semalu

Wanita Pemalu Seperti Pohon Semalu

wanita pohon semalu
kuncup tunduk bila disentuh
bukan tidak mahu
harga diri tidaklah luruh

wanita pohon semalu
tumbuhan kecil tajam berduri
bukan tidak berilmu
bijak untuk pertahankan diri

wanita pohon semalu
panjang pula akar tunjang
bukan kerana dungu
suruhan agama teguh dipegang

wanita pohon semalu
kuncup sendiri pabila malam
bukan kerana malu
menjaga diri dari dikecam

Wanita Pemalu Seperti Pohon Semalu bukan kumpulan kelas dua. Jauh sekali kumpulan hamba tebusan.

Wanita mempunyai hak, nilai dan tanggungjawab tersendiri. Pelengkap kepada kaum lelaki. Mereka sedia menikam dan sedia menerkam sekiranya diri dan keluarga terancam.

Bukankah disebalik kejayaan seorang lelaki, ada wanita yang sedia dan setia membantu?

Yang sedia berkorban sejak bermulanya satu kehamilan.

TehrDemikian kisah 'Wanita Pemalu Seperti Pohon Semalu' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


21 Comments

  1. Ramai juga wanita hari ini sudah kurang malunya
    Khairul Zamri baru je tulis kisah Malaysia Best Blog 2015My Profile

  2. emalinmohd says:

    Malu itu pendinding diri daripada melakukan sesuatu yang boleh memalukan diri sendiri dan keluarga
    emalinmohd baru je tulis kisah Resepi Sambal Pedas Masa PantangMy Profile

  3. Hero Borneo says:

    malu adalah sebahagian dari iman
    Hero Borneo baru je tulis kisah Kelahiran Blog WordPress Yang BaruMy Profile

  4. Malu itu sebahagian daripada IMAN, sememangnya wanita perlu menjadi pemalu seperti pohon semalu..bila disentuh menguncup menyembunyikan diri…
    Noriza Rahman baru je tulis kisah Bengkak Susu Ketika BerpantangMy Profile

    1. Hero Borneo says:

      dalam kehidupan realiti memang best kalau ramai yang masih mengekalkan rasa malu.
      Hero Borneo baru je tulis kisah Petua Buat Orang Suka Dengan KitaMy Profile

  5. Ani Haryani says:

    Malu sebahagian daripada Iman, untuk protect diri

    Kucing kat atas malu jugak ye? ngintai tu hehe
    Ani Haryani baru je tulis kisah Asid Amino Perlu Untuk Tubuh Badan!My Profile

  6. akubiomed says:

    Ya, wanita perlu ada sifat pemalu untuk menghidar diri dari perkara-perkara yang ditegah oleh agama.
    akubiomed baru je tulis kisah Cara pendaftaran tahun 1My Profile

  7. Ismail N says:

    wanita pohon semalu
    mengelak kuncup bukannya senang
    adik bukannya tak mahu
    ikut aturan, masuklah meminang

  8. hafiz says:

    Sekarang nak cari yang pemalu tak kurang dah..
    hafiz baru je tulis kisah Perlawanan Kitchee SC vs JDT Piala AFC 2015My Profile

  9. Fyda Noh says:

    Itulah ciri2 yang patut ada pada wanita. Tapi sekarang yg begitu & ada juga malu x bertempat
    Fyda Noh baru je tulis kisah Set Menyusu Shaklee Mahal, Tapi Tak Berkesan PunMy Profile

  10. onlajer says:

    wanita yang ada malu itu kiranya wanita yang ada iman
    onlajer baru je tulis kisah Mencari Harga Terbaik Kambing AqiqahMy Profile

  11. dja@sishaza says:

    Jadilah seperti semalu bukan seperti dedap, cantik dipandang harumnya tidak …
    dja@sishaza baru je tulis kisah Bahasa Tubuh KucingMy Profile

  12. dja@sishaza says:

    Kadang jika ditikam, wanita masih lagi berdiam … tapi diamnya bukan kerana tiada keberanian huhu
    dja@sishaza baru je tulis kisah Bahasa Tubuh KucingMy Profile

  13. adarain says:

    teringat kat lagu dina ni, ‘ku malu tapi ku mahu cintamu’. hehe
    adarain baru je tulis kisah Jenis-Jenis Rakan Whatsapp Yang Perlu DiketahuiMy Profile

  14. SaniYunus says:

    Ini ciri-ciri wanita yang susah dicari dewasa ini.. Kalau ada…ia adalah ibarat permata..
    SaniYunus baru je tulis kisah Webinar Percuma Gobala KrishnanMy Profile

  15. akak vitamin says:

    malu kan juga separuh dari iman :)
    akak vitamin baru je tulis kisah Anak Kerap Batuk, Demam dan Selsema, Apa Ibu Ayah Perlu lakukan?My Profile

  16. MAlu memang sepatutnya bagi setiap orang beriman karena ia akan peliharakan kita dari perbuatan tercela
    islam di dadaku baru je tulis kisah Mesjid-Mesjid Cantik Di IndonesiaMy Profile

  17. Hafizul says:

    Inilah antara keunikan wanita yang dapat menawan hati lelaki-lelaki sejati macam saya ni..hahaha
    Hafizul baru je tulis kisah Betul-Betul Tak Ada MoodMy Profile

  18. kena didik anak perempuan sedari kecil lagi supaya sifat pemalu itu menebal dalam diri
    azimah mohd zainuddin baru je tulis kisah Kebaikan Protein Soya Untuk KecantikanMy Profile

  19. muliani says:

    tidak malu seorang perempuan hanyalah untuk seorang suami.

  20. Wanita pemalu mmg terbaik,, kerana malu pun sebahagian dr cabang iman…
    Lelaki akan cari yang memalu jika dibandingkan dengan yang kurang sifat pemalu.. #fakta
    Farina Al-Khareid baru je tulis kisah Glowing beautiful skinMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun