Wanita Dan Gadis Gedik

Sebuah keluarga bahagia menjadi idaman dan harapan semua. Kaum wanita memang menjadi watak utama dalam menentukan kerukunan dan kedamaian hidup sebuah keluarga malah sebuah negara. Memang telah diakui tangan yang menghayun buaian itu boleh menggongcangkan dunia, lebih-lebih lagi kalau beliau adalah wanita pohon semalu.

Banyak kisah kejayaan seorang lelaki kerana adanya wanita hebat di belakang mereka. Wanita yang sentiasa menyokong, memberi harapan, semangat, idea serta menenangkan kegelisahan mereka. Tetapi, kerana wanita juga lelaki boleh menjadi kecewa, kacau bilau serta gagal menyerap tekanan yang ada. Bukankah jenayah pembunuhan yang pertama dalam sejarah manusia juga berlaku kerana seorang wanita?

gedik bp = tergedik-gedik lincah (bkn gadis); bergedik-gedik bergerak-gerak, terketar-ketar; menggedik-gedikkan menggerak-gerakkan (bahagian badan spt kaki dll sewaktu mengelamun); kegedikan keadaan (sifat) gedik: ~ tubuh badannya yg montok. Kamus Dewan Edisi Empat

Untuk menjadi wanita hebat memang payah. Kata orang tua-tua, mendidik dan menjaga seorang anak gadis lebih sukar dari sekandang kerbau. Tahu apa maksudnya seorang gadis gedik. Anak bujang Mr Tehr kata maksudnya gadis gatal. Orang Kelantan kata gelenyar. Nampak seperti bersalahan pula dengan apa yang diberikan oleh Kamus Dewan. Apa komen sahabat pembaca?

kalau biduk di tengah lautan
ke mana perahu mahu dibuang
kalaulah hidup meraba jalan
tanyalah ibu di mana simpang

TehrDemikian kisah 'Wanita Dan Gadis Gedik' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


54 Comments

  1. ghost writer says:

    gadis gedik tuh macam gadis yang mengada-ngada tak kira tempat dan situasi.sikap macam nih selalunya memang lelaki tak tahan nak duk lama.
    ghost writer baru je tulis kisah ‘nafas baru’My Profile

    1. maza says:

      ..ada juga lelaki suka..

      tak percaya?
      cuba jengah kat Pub Malam… ramai gadis-gadis spesis itu kat sana… hehehhee
      maza baru je tulis kisah Wordless Wednesday: Samseng!My Profile

      1. ehem ehem.. tau jer? ni yg buat musykil.. he he..

        1. zik says:

          abe maza.. dia spy terhebat ..guna camera dari gambar tuh… huhu
          zik baru je tulis kisah Tip blogging terbaik fasa kedua(tangani komentar blogger/anymous yang cari pasal)My Profile

          1. tehr says:

            tunggu gambar lelaki tergidik-gedik dari bro maza

        2. ghost writer says:

          sama lar,aku pun musykil gak.haha.tapi betul gak.kat sana dowang terpaksa buat macam tuh,tapi bukan sifat sebenar dowang pun.cari makan maaa…
          ghost writer baru je tulis kisah ladionic-codeMy Profile

          1. bEe says:

            Gadis spesis tu letak tepi jalan pun lelaki gedik pun suka…. Wakakakaka :lol: Free charge katanye (yg lelaki pun amik kesempatan)

  2. Jai says:

    Ha3. Gelenyar.. Klau org kedah kata ‘Gelenyok’, ujung kasi pekat sikit… ;)

    1. tehr says:

      gayanya memang macam tu
      tapi akutak pernah dengar bunyi dia :D

  3. padin says:

    orang Perak kata, ‘gelenyor’.. haha kalau takrif aku pun gedik ni macam mengada – ngada.. kena pilih ungkapan lain la macam ni haha3
    padin baru je tulis kisah Honda CivicMy Profile

      1. ghost writer says:

        orang tempat aku cakap ‘libak’.hihi
        ghost writer baru je tulis kisah ladionic-codeMy Profile

    1. tehr says:

      perak ni aku boleh la agak
      tapi kalau johor langsung tak pernah dengar

    1. tehr says:

      yang ni lagi la aku tak pernah dengar
      asal sebutan mana ni, bro?

  4. akubiomed says:

    Kenapa selalu wanita dikaitkan dengan gedik? Lelaki ada yang gedik tak? :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Wordless Wednesday #6 – Selipar FipperMy Profile

    1. maza says:

      ..lelaki dikaitkan dgn bapuk…
      kuikuikui..
      maza baru je tulis kisah Wordless Wednesday: Samseng!My Profile

    2. tehr says:

      haha
      lelaki kena sebut gedak :D

      1. padin says:

        jangan bergedak – gedik lah ye? hahaa
        padin baru je tulis kisah PeminatMy Profile

  5. maza says:

    sefaham maza gadis gedik itu gadis miang.. atau terhegeh2, terkeseng…

    kata org Jerman, gadis iseng ya pak.. hehehehe
    maza baru je tulis kisah Wordless Wednesday: Samseng!My Profile

    1. tehr says:

      orang jerman?
      tak paham

      1. maza says:

        org jerman = org indonesia cikgu.. uhuk!

        iseng tu mcm miang2 keladi gak ler.. hehehe

        1. tehr says:

          hehe
          jerman ya :D

  6. adele says:

    mudah jadi wanita sbnrnya..payah bila dikejar dunia..huhu
    adele baru je tulis kisah Wordless Wednesday #1 – Emotional LetterMy Profile

    1. tehr says:

      memang dah teruk kalau dikejar dunia, adele
      lari keliling satu dunia pun tak lepas
      huhu

  7. missnina says:

    itulah, wanita bunga bangsa
    wanita yang kuat bisa menggoncang dunia, wanita yang lemah hidup dalam kecewa
    missnina baru je tulis kisah 1-3-5-6-10My Profile

    1. tehr says:

      moga2 wanita kita sentiasa menjadi kuat dan teguh

  8. mancai says:

    huhuhu… apapun yang dok gedik2 tolong2lah hentikannya ya..
    mancai baru je tulis kisah Kontrak psikologi pekerja dan majikanMy Profile

    1. padin says:

      kalau muncung mulut depan kamera pun boleh kategori gedik kan? hee
      padin baru je tulis kisah RingkasMy Profile

      1. tehr says:

        depan webcam ke, bro?
        tak pernah lagi aku tengok :D

    2. tehr says:

      betul tu, bro
      kacau mood je

  9. sud@is says:

    sungguh malang gadis yang duk menggedik x merasa dia gedik
    sud@is baru je tulis kisah Wednesday #4 – Yang Aku Takut Pekat BiruMy Profile

    1. tehr says:

      dia tak sedar tu, sud@is
      nak buat macam mana

  10. Norasikin says:

    pompuan gedik ni saya panggil menggeletis. Memang rasa nak sepak. Kalau bebudak comel la buat mcm tu. kalau setakat muka menggerutu nak menggedik, memang cari pasal
    Norasikin baru je tulis kisah Kek Coklat Moist DinasourMy Profile

    1. tehr says:

      hehe sabar… sabar…
      tapi saya pun akan rasa macam tu gak :D

    2. padin says:

      haha sabar2.. bahaya ni jgn bagi orang menggerutu menggedik depan norasikin.. dia warning dah tu ekekee
      padin baru je tulis kisah PeminatMy Profile

  11. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

    ~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    diy pasang head unit dan poweramp

    Baju nipis nampak bayang
    Peha gebu saja ditayang
    Lebih baik tak pakai baju lagi senang
    Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

    Baju ketat seluar sendat
    Pakai tudung just ikat-ikat
    Dari mula memang bukan adat
    Disudut agama pun gaya tak berkat

    Harap maaflah kalau kepada yang berkenaan
    Bukan sengaja mereka yang bukan-bukan
    Berpantun seloka bukan setakat hiburan
    Ambil iktibar sama2 kita perbetulkan..

    Manis bertundung cantik pekerti
    Wanita solehah idaman lelaki
    Tuntutan Allah sama2lah ditaati
    Modal untuk ke syurga hakiki
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Diy Pasang Head unit dan Power AmpMy Profile

    1. tehr says:

      pantun seloka itulah hiburan
      jadikan juga sebagai panduan
      ada nasihat di dalam teguran
      diri sendiri, rakan dan taulan

  12. zik says:

    budak2 kecil takpelah kot… huhu… tapi kalau yangdah besar2 nih ada maksudnya tuh… yang lelaki tuh… lain macam pulak…
    zik baru je tulis kisah Tip blogging terbaik fasa kedua(tangani komentar blogger/anymous yang cari pasal)My Profile

    1. tehr says:

      kalau yang dah besar, memang nak kena tu, bro

  13. kakyon says:

    sangat memualkan..kalau bini org tergedik2 kat laki org..
    kakyon baru je tulis kisah rindu..My Profile

    1. tehr says:

      ni lagi bahaya, ni
      memang perang besar ni

  14. IdaShazana says:

    tensen je tgk orang gedik ni, ngada2 je lebih

    1. tehr says:

      ingatkan lelaki je yang tensen dengan orang gedik :)

  15. Mus says:

    gedik tu ada masanya menyakitkan hati..
    Mus baru je tulis kisah Hahaha.. Terpaksa Sengaja Buang Angin Tepi JalanMy Profile

    1. tehr says:

      gedik hanya khas untuk kanak2 je, mus
      yang dah tua bangka tak payah la
      malu ngan budak2

  16. zulkbo says:

    salam..
    gadis gelenyar tu yang tak tahan..
    menggida you..?selalu hadapi..
    masih bertahan ni..moga di kurniakan
    kekuatan..kouta ada 3 lagi nih..
    huhu..
    zulkbo baru je tulis kisah Page Speed Service ( Perkhidmatan Kelajuan Halaman) Dari GoogleMy Profile

    1. tehr says:

      salam
      harap bersabar, bro
      perang besar nanti :D

      tapi kalau boleh dielakkan perang
      sokong aje ;)

  17. titan says:

    tak berapa suka gadis gedik. gadis comel..haa.. tu sukerrr..
    titan baru je tulis kisah Isu Ujikaji 100 artikel dalam 1 hari..gagal atau berjaya?My Profile

  18. bEe says:

    Wanita hiasan dunia
    Seindah hiasan adalah wanita solehah
    Yg amat membahagiakan
    Syurga dlm rumahtangga……

    Gedik kdg2 ada juga yg +ve & -ve cikgu…
    Yg +ve tu sbb mmg dah sikap dari kecik mcm tu nak wat mcm mana. Tp biasanya yg jenis mcm ni bila makin meningkat dewasa akan berubah

    Kalau yg -ve tu… alahai…. Rotan ke apa ke tak jln punya ;)

  19. Amirez says:

    bahasa kelate ni kalau nak diikutkan maksudnya lebih halus dan dalam daripada makna yg diberikan oleh DBP. maknanya lebih tepat. selalunya gitulah ;)
    Amirez baru je tulis kisah Jemputan Buka Puasa untuk Blogger KelantanMy Profile

  20. cik ciput says:

    gadis gedik = tak cool..bukan lelaki je tak tahan, perempuan pun naik menyampah dengan gadis gedik..

    *aku paling pantang bila gadis-gedik-peluk-rapat-rapat-lengan-kekasih-diorang-sebab-tengok-gadis-tak-gedik-jalan-dekat-diorang. hoh sungguh aku menyampah..orang kedah kata “tak kelapaq aih boypren hangpa”..
    cik ciput baru je tulis kisah Ramadhan Kareem!!My Profile

  21. Khairul Azuan Arifin says:

    Bezakanlah Gedik = Gelenyar, Pengas, Ngekok
    tp Redi = mnggesel dgn jari tengah ke kiri dan kanan pd sesuatu biji. Jadi kita kena pelbagaikan tatabahasa dlm khdpn kita.

  22. Marcus Mosinski says:

    Family is the foundation of the society so we must establish a family that has a strong relationship.
    Marcus Mosinski baru je tulis kisah CNA TrainingMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun