Waktu Istiwa’ 2014

Hari ini Selasa 15 Julai 2014 bersamaan 17 Ramadhan 1434H. Hari ni Kelantan cuti, Hari Nuzul Al-Quran. Sedar tak sedar, dah 17 hari kita berpuasa. Moga-moga korang sudah berjaya membaca 17 juzuk Al-Quran.

Orang Yahudi pikul senapang,
Zionis keparat membawa bedil;
Ramadhan ini langkah berjuang,
Hapuskan karat hati yang degil.

peta

Matahari Atas Kaabah

Hari Rabu [besok], 18 Ramadhan 1435H bersamaaan 16 Julai 2014 matahari akan berada tegak di atas Kaabah pada jam 5:28 petang waktu Malaysia. Sekali lagi kita berpeluang untuk sama-sama menyemak arah solat kita. Arah kiblat.

Orang Palestin bermain hujan,
Hujan roket peluru berpandu;
Ditambat jin hantu dan syaitan,
Masihkah lagi tersalah rindu?

Semak Arah Kiblat

Siapa yang belum pernah sekali pun menyemak arah kiblat, memang patut sangat untuk buat semakan. Peluang yang hanya datang untuk kita 2 kali sahaja dalam setahun.

Selamat berpuasa dan selamat menyemak arah Kiblat.

TehrDemikian kisah 'Waktu Istiwa’ 2014' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


14 Comments

  1. Anuar says:

    Hari ni Selangor pun cuti… Syukur Alhamdulillah.. ;)
    Anuar baru je tulis kisah Buffet Ramadhan Casa OmbakMy Profile

  2. amirulfaiz says:

    Terima kasih tuan mengingatkan peristiwa Istiwa’ ini. Moga pahala kebajikan melimpah ruah buat tuan TehR. :)
    amirulfaiz baru je tulis kisah Israel, Palestin, Sistem Kibutsats.My Profile

  3. titan says:

    yap. Memang ramai orang tak tahu bab istiwa nih.
    titan baru je tulis kisah Komisen Pertama dari Virtual Malaysia.My Profile

  4. myrujukan says:

    lama betul x singgah sini, maaf saya “terdelete” link komen bro kat blog saya sebab dia masuk spam. Bro saya bro juan dari wanwidget dan skrg hanya tumpu di myrujukan. harap bro x keliru, i’m the same person.. :)

    arah kiblat ni penting sebab walaupun ianya salah satu benda yang wajib dalam sembahyang ianya juga lambang perpaduan Islam seluruh dunia
    myrujukan baru je tulis kisah Cara Membuat Subdomain Blog Melalui cPanelMy Profile

  5. kakyon says:

    berdoa semuga rakyat palesten di beri kemenangan menentang zionis yg kejam itu..
    terimakasih mengingatkan..harap tak lupa menyemaknya hari ini..
    kakyon baru je tulis kisah gajet untuk dapurMy Profile

  6. owh terima kasih. ilmu baru hari ni.
    Raihanah Ahmad baru je tulis kisah Cara Banyakkan Susu Badan / IbuMy Profile

  7. Perkongsian yang bagus. Gunakan waktu istiwa ni salah satu cara mencari arah kiblat dengan tepat dan mudah selain dari menggunakan kaedah pengiraan berdasarkan kedudukan latitud dan longitud yang agak rumit.
    Anak Askar Pencen baru je tulis kisah EksidenMy Profile

  8. akubiomed says:

    Peluang datang sekali. Jangan sia-siakan.
    akubiomed baru je tulis kisah Baju Raya anak didahulukan keceriaan anak dipagi Raya diutamakanMy Profile

  9. faizal says:

    di penang juga cuti..selamat meneruskan ibadah puasa
    faizal baru je tulis kisah Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus IkhlasMy Profile

  10. suri says:

    mari kita buat jangan sesekali di lupakan. jawabnya saya kena beli kompaslah ya cikgu tehr?
    suri baru je tulis kisah Ranting Suri Jamu Tubuhmu !My Profile

  11. suri says:

    harap maklumat yang di berikan kita dapat manfaatkannya
    suri baru je tulis kisah Ranting Suri Jamu Tubuhmu !My Profile

  12. hanari says:

    Semoga kita mampu menjalankan berbagai amalan ibadh di bulan penuh berkah ini.aamiin
    hanari baru je tulis kisah Manfaat Puasa Untuk Pasien DiabetesMy Profile

  13. Nurul says:

    Perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih
    Nurul baru je tulis kisah Wordless WednesdayMy Profile

  14. Hafizul says:

    Terima kasih kongsikan..tidak dinafikan..saya pun tak tahu..hehe
    Hafizul baru je tulis kisah Pendapatan Ke-13 Panduan Menjahit BajuMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun