Untuk Ibu

Ucapan khas Hari Ibu daripada blog tehramuan.com kepada sahabat blogger yang telah bergelar ibu dan selalu singgah di blog ini seperti Suri, Cik Siti, Norgadis, CikMin, KakYong, MamaYatie, KakYonLiFe KaMi, Mappiau dan Pink Pearl Lady. Harapan saya sahabat semua akan sentiasa menjadi Ibu Mithali serta disayangi oleh anak-anak dan suami. Bahagia bersama keluarga juga sentiasa beroleh rahmat dan keberkatanNYA.

sayur petola dimasaknya kari
pucuk pegaga menambah selera
cahaya mata menghiburkan hati
senyum tangisnya pengubat duka

Sebuah lagu menarik untuk semua pengunjung blog ini yang bergelar anak di mana juga berada. [Cuba bayangkan waktu gembira, sedih, lucu malah ketika marah atau merajuk bersama ibu].

mega nan cerah kelam tiba-tiba
itu tandanya ada bencana
saat itu kusendirian di sisi
kubur bonda sunyi dan sepi

masih terngiang kata-kata nasihat
pedoman dan belaian kasih bonda
tapi kini bonda telah pergi
perginya tiada kembali

sewaktu mulaku melangkah dewasa
mencari ilmu tugas utama
kumerantau jauh meninggalkan bonda
akan kutunaikan hajatmu bonda

tapi di dalam menghadapi cabaran
kuterlupa tugasku di rantauan
apakah makan minummu terjaga
adakah nasibmu terbela

oh tuhan ampunkan dosa ibuku
masukkan ia ke dalam jannahmu
selamatkan ia dari nerakamu
terangi kuburnya dengan sinarmu

sedihnya hatiku dibuai mimpimu
hatiku di alun kecewa dan sengsara
dosaku ibarat air di lautan
hidupku sebagai anak durhaka

oh bonda ampukan kesalahanku
tak tersengaja ku mengasarimu
hatiku kesal tiada terkira
kau pergi didalam kecewa

tidakku tertahan menanggung seksaan
setelah kau tiada dugaan yang mendatang
ampuni dosaku redhakan hidupku
kaulah mithali pedomanku

sayu mengenang saat manis itu
tangan bonda mengusap pipiku
terpancar senyuman di wajah bonda
agar anaknya beroleh jaya

didikan islam diberi sempurna
walaupun tanpa suami tercinta
yang telah terkorban kerana ilahi
tabah menghadapi hidup yang sunyi

TehrDemikian kisah 'Untuk Ibu' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


66 Comments

  1. macamnilah says:

    wahh menarik pantun2 tu,. nak copy pastu nak send kat mak
    macamnilah baru je tulis kisah Kucing Yang Kehilangan Teman Setelah DilanggarMy Profile

    1. tehr says:

      ok2 boleh
      copy je :D

      1. suri says:

        terima kasih bro kerana mengingati kami :) heee…

  2. akubiomed says:

    Tentu seronok kalau anak kecil dapat menghasilkan kad buatan tangan untuk Hari Ibu tentu tersentuh oleh si ibu.
    akubiomed baru je tulis kisah Kasih sayang dan pengorbanan seorang ibuMy Profile

    1. Mus says:

      memang betul tu.. pasti ibu akan rasa sangat dihargai
      Mus baru je tulis kisah Kari Ikan Pari Menu Istimewa Hari IbuMy Profile

    2. tehr says:

      pulang dari sekolah siang tadi
      aku suruh anak bungsu belikan aiskrim untuk Mrs Tehr
      hadiah hari ibu :D

      1. Mus says:

        ikut ala cornetto..
        Mus baru je tulis kisah Abalone Hanya Untuk Orang KayaMy Profile

      2. bEe says:

        @tehr : syahdunya & romantik gitew :-)
        bEe baru je tulis kisah Dia tidak menangis…My Profile

    3. Norasikin says:

      Saya dah rasa hhehehe :8)
      Kalau anak dah besar panjang bagi kad yg dibeli je. huh!
      Norasikin baru je tulis kisah Resepi Cekodok Kentang Autoreverse™ Autoreverse™ Potato BallMy Profile

    4. suri says:

      rasanya bila anak2 dah mula sekolah dia akan d ajar buat begitu oleh2 guru2 mrka…

  3. Gayahspears says:

    sangat cumel pantun2 kat atas…
    terase nk jd ibu pulak..keh3

    1. Cik Siti says:

      insyaallah kalau ada rezeki…..
      Cik Siti baru je tulis kisah Persediaan awal adalah pentingMy Profile

      1. tehr says:

        insyaallah. amin.

      2. suri says:

        mencuba selagi ada tenaga hee…Amin..

    2. tehr says:

      elok la tu, gayah
      bila? jangan lupa hantar kad tau!

    3. tips-kurus says:

      cepat cik gayah! cepat! hehe..

      * n3 tehr pasal tarikh Hari Ibu tu mane yek?
      tips-kurus baru je tulis kisah Tips Update Blog Tanpa Internet &amp Selamat Hari IbuMy Profile

  4. Mus says:

    selamat hari ibu kepada semua insan yang bergelar ibu
    Mus baru je tulis kisah Kari Ikan Pari Menu Istimewa Hari IbuMy Profile

    1. tehr says:

      alhamdulillah
      selamat semuanya, mus

      1. bEe says:

        :-) Ye, selamat hari ibu…
        bEe baru je tulis kisah Dia tidak menangis…My Profile

        1. suri says:

          selamat hari ibu buat ibu2 yng menawan ;)

  5. toyol says:

    oh ibu..
    teringat kt lagu mamat exist..

    slmt hr ibu buat semua ibu2 d luar sana..
    toyol baru je tulis kisah FAHAMMy Profile

    1. tehr says:

      ntah bila pulak hari bapa agaknya
      hehe

      1. dnoBiz says:

        heheh tak payah kita ikut tarikh yang ditetapkan Tehr..
        apa kata kita sambut je tiap tiap hari hahah
        dnoBiz baru je tulis kisah Mesti tonton – The Twilight Saga- Breaking Dawn Part 1My Profile

        1. Norasikin says:

          Teruk jugak nak kena telefon tiap2 hari.
          Norasikin baru je tulis kisah Resepi Cekodok Kentang Autoreverse™ Autoreverse™ Potato BallMy Profile

          1. suri says:

            sayasslu call mrka d kg pagai2 jumat seminggu skli heee…

  6. Cik Siti says:

    Terima kasih banyak En Tehr…. ucapan juga untuk MRS TEHR… selamat hari ibu dan juga kepada blogger-bloger yang bergelar ibu + ibu-ibu diseluruh Malaysia… terutama bonda dan bonda mertua… :)
    Cik Siti baru je tulis kisah Persediaan awal adalah pentingMy Profile

    1. tehr says:

      moga2 semua ibu2 tidur dengan mimpi yang indah malam ni :D

  7. dnoBiz says:

    Selamat hari hari untuK Ibu, dan selamat hari ibu untuk nama nama yang Tehr tulis kat atas :D
    dnoBiz baru je tulis kisah Kera HIV – Awas Dengan Kera BandarMy Profile

    1. tehr says:

      moga2 mereka semua bahagia bersama selamanya

  8. padin says:

    hehe selamat hari ibu…

    1. tehr says:

      selamat2

  9. zulkbo says:

    salam..
    ermmm..suara siapa yang menyanyikan
    lagu tu ye..penuh perasaan..apa pun buat
    para ibu terima kasih kerana melahirkan
    anak-anak di dunia ini..tanpa kalian tiada
    lah insan bergelar anak seperti kita semua
    zulkbo baru je tulis kisah Keputusan Pilihanraya Singapura 2011My Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      yang pasti bukan suara saya tu
      entah siapa penyanyinya

  10. zik says:

    selamat hari ibu…. dari kaum adam… :-)
    zik baru je tulis kisah Pertapaan dalam perniagaan – ada kerMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      dari adam untuk mu hawa :D

  11. kaizen says:

    wahaa! selamat hari ibu kepada ibu2 yang berada di luar sana… hehe
    kaizen baru je tulis kisah MaSaM MaNiS PHoToGRaPHYMy Profile

    1. tehr says:

      semua sekali tu

  12. yas says:

    Selamat hari ibu juga dr saya….tanpa insan yg bergelar ibu, sapalah kita didunia niii….
    yas baru je tulis kisah Selamat Hari IbuBuat ibuku tersayang dan semua insan yg bergelar IbuMy Profile

    1. tehr says:

      dah pasti kita tak akan bergelar anak :D

      1. suri says:

        ibu dan anak plk mmg tak dpt d pisahkan..

  13. ghost writer says:

    cekap tehr nih.apapun boleh dihasilkan melalui pantun.

    selamat hari ibu diucapkan untuk semua para ibu..
    ghost writer baru je tulis kisah pengarang telah matiMy Profile

    1. tehr says:

      aku ni lemah sangat nak mengarang
      hanya reti buat rangkap berirama je :D

      selamat hari ibu untuk semua

  14. wahhh bestnyeee ibu2 dapat pantun :)
    nice sgt

    1. tehr says:

      moga dapat menghadirkan senyum buat ibu :D

  15. tak lambat lagi kan? selamat hari ibu pada yg bergelar ibu :)

    nyanyi sikit~

    kau dibuai mimpi ia jaga~
    kau bersenang ia bekerja~
    untukmu tiada terbatas~
    memberi tak minta dibalas~

    ingin dibinanya untukmu~
    kehidupan yang sempurna~

    punya kekuatan jiwa~
    punyai maruah~

    leterannya dari rasa luhur~
    menegur sebelum terlanjur~

    itulah yang diwarisi~
    pesan ibu terpahat di hati~

    eh..dah panjang, ok2, sambung sendiri ye :D

    p/s:maklumla hati pun tengah riang ni hehe
    tengkorak emas baru je tulis kisah Art of ComebackMy Profile

    1. tehr says:

      best lagu jasa bonda ni, TE
      memang selalu dimainkan dalam majlis motivasi

  16. Khidhir says:

    Kali ni siap dgn lagu lagi ni. baru 1st time dgr lagu ni..
    Khidhir baru je tulis kisah Angry Birds 151 PCMy Profile

    1. tehr says:

      lagu ni ntah sapa nyanyikan
      best juga, kan?

  17. MDHAFiZ.NET says:

    ramainya blogger post tentang ib hari ini..aku je belum..nak buat ke x nih..haiz.. ke dh terlewat dh?? adyai..papepun aku syg kt ibu aku seperti aku syg kt ayah aku :)

    1. bEe says:

      Sayang semua :-D

    2. tehr says:

      sayang semuanya, hafiz
      hehe

  18. bEe says:

    Oh ibu…
    Kau disiram bayu pagi
    Kehilangan terasa kini
    Dan kesepian

    Dan aku
    Bagai purnama gerhana
    Diibarat lautan kering
    Tiada tmpt ku layarkan
    Hasratku ini….
    Masih masih belum sempat
    Ku buktikannya
    Pdmu… IBU TERSAYANG!!!!!

    ~~bEe hanya nyanyi lagu ni aje :’(
    bEe baru je tulis kisah Dia tidak menangis…My Profile

    1. tehr says:

      lagu yang meletup suatu keika dulu
      lama tak dengar khabar mamat

  19. Norasikin says:

    Tiap kali hari ibu, anak saya yg sekolah tadika akan buat kad ucapan dgn cikgunya. hehehe Syoknya rasa walaupun dia belum faham apa itu hari ibu
    Norasikin baru je tulis kisah Bagaimana memasukkan gambar dalam komen Disqus blog Resepi Masakan Barat KomersialMy Profile

    1. tehr says:

      insya allah dia akan faham suatu hari nanti
      didikan awal tu, nora

  20. mie says:

    ramai juga ibu yang berblog..
    eheheheheee
    mie baru je tulis kisah Gambar Suasana Keganasan USA Terhadap Osama Bin LadenMy Profile

    1. tehr says:

      memang ramai, bro
      dapat la juga kita ni tahu apa kisah dan teladan yang disampaikan :D

      1. mie says:

        itulah..
        dpat juga tau serba sikit kisah bila sudah berumah tangga..
        eehheee
        mie baru je tulis kisah Gambar Suasana Keganasan USA Terhadap Osama Bin LadenMy Profile

  21. sud@is says:

    selamt hari ibu..hari2 adalh selamt buat ibu
    semoga ibu selamt dalam rahmat ……
    sud@is baru je tulis kisah Wang bukan segala-galanya!!!!!Tapi segalanya memerlukan wang!!!!!!My Profile

    1. tehr says:

      yups
      semoga ibu selamat dan gembira hari2 :)

  22. shameel says:

    Sayu hati bila dgr lagu ni. boleh tahu siapa artis yg nyanyi lagu ni.
    shameel baru je tulis kisah SELAMAT HARI IBU 2011My Profile

    1. tehr says:

      saya sendiri tak pasti siapa yang menyanyikannya, bro
      jumpa kat internet
      [saya tukar dari video ke mp3]

  23. hafizmd says:

    ibu oh ibu
    kaulah ratu
    tak kira waktu
    sentiasa dihatiku….

    selamat hari ibu buat semua ibu2 :D
    hafizmd baru je tulis kisah Milik siapa 1 dollar niMy Profile

  24. akubiomed says:

    Banyak juga wanita blogger yang singgah dan menjadi pembaca setia untuk blog ini
    akubiomed baru je tulis kisah Kasih sayang dan pengorbanan seorang ibuMy Profile

  25. suri says:

    eh terharu pula bila da org beri ucapan begini pada kami hee.e..

  26. nabil says:

    blh tny ape nama tajuk lagu ibu diatas??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun