Umpan Kelekatu

Kaki pancing pastinya biasa dengan umpan kelekatu. Masa budak-budak dahulu aku biasa dengan umpan cacing dengan belalang sahaja. Sesekali aku guna labah-labah yang banyak terdapat pada batas sawah sebagai umpan mengail ikan puyu. Kata orang, ikan air tawar seperti talapia, puyu, tengas atau lampam suka dengan umpan kelekatu. Aku pula belum pernah guna kelekatu sebagi umpan pancing.

kelekatu

Kelekatu mempunyai sepasang sesungut, sepasang sayap dan dua bahagian abdomen. Sayap kelekatu mudah tertanggal apabila terkena air atau ketika jatuh di atas tanah. [Nak menyapu sayap kelekatu atas lantai rumah punya la seksa.]

kerbau sapi penuh sekandang
waktu pagi bawa ke bendang
tumbuh sayap kelekatu terbang
hajatnya mencari cahaya terang

dalam busut kelekatu bersarang
di situ kelekatu malam dan siang
gugur sayapnya tertimpa malang
menjadi umpan mengail tebakang

si anak gadis harapan gemilang
bekal penawar ibu berdendang
menjadi racun matlamat hilang
tersesat haluan dalam berjuang

Bukan sahaja kelekatu yang menjadi umpan si pengail tetapi manusia juga turut sama menjadi umpan. Kadang-kadang tanpa sedar dijadikan umpan, ada kalanya pula dengan hati penuh rela menjadi umpan. Umpan manusia untuk menjerat manusia! Memang pelik lakonan drama hidup dalam dunia ni. Sungguh sangat pelik.

TehrDemikian kisah 'Umpan Kelekatu' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


18 Comments

  1. suri says:

    klu pas hujan mesti akan banyak masuk perangkap kt celah2 lampu huhuhu…
    suri baru je tulis kisah Lagak Temuduga Ada Bermacam RagamMy Profile

  2. suri says:

    skrg mmg byk manusia yang di umpan..ada dpt suratkhbar sy baca org mengadu dpt email pelacur mmg agak memeranjatkan…
    suri baru je tulis kisah Rosa Rossa Jadi BotakMy Profile

  3. kelekatu ke kelkatu?

    ikan takut ngan Rain la Tehr. sekali pun tak pernah mengail dapat. ada sekali dah terangkat, tapi ikan tu jatuh semula ke kolam ikan depan rumah :(
    rainbowcloudy baru je tulis kisah inai dijari, wajah berseri, hari bahagiaMy Profile

  4. maza says:

    hehehe.. maza pernah memancing dgn menggunakan tepung, buah sawit, cacing, dan anak ikan…

    kalau umpan cengkerik biasanya suruh org lain yg pasangkan.. maza tak lalu, kasihan.. hehehehe
    maza baru je tulis kisah Terpaksa menyembunyikan diriMy Profile

  5. hafidz says:

    lama rasanya tak pergi memancing…
    fuh~ tetiba nak kembali memancing semula la, heh ;)
    hafidz baru je tulis kisah Hafidz Life #2My Profile

    1. suri says:

      saya pula dh jemu hurm…alah mancing kt sawah bendag jer heee
      suri baru je tulis kisah Kirimkan Gladiolus Jika Gila BayangMy Profile

  6. yela..byk org terpedaya dgn umpan2 kata2 manis..berhati2 sblum berlaku apa2
    Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Kopitiam EkonomiMy Profile

  7. kakyon says:

    biasa guna umpan cacing jer..klau jumpa cacing yg gemok tak lalu nk cucuk kemata pancing..kesian lepaskan aje..huh
    kakyon baru je tulis kisah tak nak marahlah..My Profile

  8. rahman says:

    mancing pakai lipas dan cengkerik pun biasa juga huhu…

    1. suri says:

      sllu pakai cacing sembur pakai beras…atayu ccing tanah
      suri baru je tulis kisah Rosa Rossa Jadi BotakMy Profile

  9. Cik Siti says:

    yang tak bestnya kalau kepak bercerai dari badan…. biasanya kalau hujan mesti ada…. tapi tak tahu pulak boleh jadi umpan…
    Cik Siti baru je tulis kisah Aktiviti time sekolah…My Profile

  10. suri says:

    klu geram sllu tangkap kelakatu pakai beg plastik..atau sangkut beg plastk kat lampu hee..
    suri baru je tulis kisah Rosa Rossa Jadi BotakMy Profile

  11. hafizmd says:

    Manusia menjadi umpan manusia. Penuh mendalam.

    Terima kasih Cikgu! Mmg suka sgt dgn entri2 yg tinggalkan pembaca dgn satu nota utk sama2 kita berfikir =)
    hafizmd baru je tulis kisah Dahri Utusan Maharaja Rom vs Imam MudaMy Profile

  12. yas says:

    Umpan manusia untuk jerat manusia….tu yg tak tahan tu bro…pergunakan org lain utk kesenangan diri sendiri….
    yas baru je tulis kisah Pentingnya Backlink Dalam BloggingMy Profile

  13. titan says:

    tak pernah aku dengar..huhu..
    titan baru je tulis kisah Post Moterm – Himpunan Jutaan Belia 2012My Profile

  14. Hafizul says:

    Salam ziarah dari pondok kecil..satu jer aku tak suka kelkatu ni..bau dia..hehe..
    Hafizul baru je tulis kisah Terima Kasih Owner Blog HatiputeraMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun