tehr

cahayacinta ummikami hafizmd

hairulafiz apacerita azura

Ucapan Hari Bapa

ini ucapan selamat hari bapa
mahu kulontar bagaimana cara
ruang sepi kosong tiada siapa

sound bapa masih aku simpan dalam hati
image bapa masih aku simpan dalam memori
application bapa masih aku simpan dalam diri
files bapa masih aku simpan dalam sanubari
gadgets bapa masih aku guna sehingga kini

bapa telah tiada
pergi tak kembali
hanya aku sahaja
berteman jasa budi

detik berlalu mahuku jadi sepohon kayu
rendang dan teduh seperti bapa dahulu
dalam hari kumohon kepada Yang Satu
ampun segala kesalahan bapa yang lalu
terimalah bapa juga berikan rahmatMu

itu ucapan selamat hari bapa
mahu kuberi kepada semua kita
kasih ini kerana Yang Maha Esa

TehrDemikian kisah 'Ucapan Hari Bapa' yang sempat Mr TehR tulis untuk kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan untuk Mr TehR boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.





Ada kisah baru nanti




Sila buat pengesahan anda melalui email yang dihantar.

41 Comments

  1. suri says:

    bapa, ayah, papa..sama ada yg ada atau tdk kita sebaiknya berterima kash kepada mereka krna cuba mmbahagiakan kita dr kecil hingga dewasa..

    kasih bapa akn d ingat smpi bila2…bgtu juga dg kasih ibu..

    1. tehr says:

      marah bapa kerana sayang
      senyum bapa terbayang2 :D

  2. wadud says:

    menarik la pantun bro..
    hehehe..
    cikgu la katakan.. :D
    wadud recently posted..Tolong Wadud SatMy Profile

    1. Cik Siti says:

      En Tehr ni jaguh pantun… jangan tak tahu… :) :)
      Cik Siti recently posted..Kenapa Perlu IkutMy Profile

      1. tehr says:

        haha
        jaguh kampung!

        1. Mus says:

          boleh jadi tahap international..
          Mus recently posted..Perkongsian Resipi Untuk SemuaMy Profile

          1. suri says:

            jaguh pantun heee

    2. tehr says:

      aku ni cikgu biasa2 je, bro
      tulisan juga hanya biasa2 je

      selalunya aku main redah je :D

    3. Bro tehr memang pakar dalam pantun-memantun ni.
      PakarBuahPinggang recently posted..No Posts Were Found!My Profile

  3. Cik Siti says:

    walau 17 musim meninggalkan alam ini
    masih segar riak wajah dan suara
    Kuiring doa dan ingatan saban hari
    semoga dicucuri rahmat oleh-Nya…

    Banyak kenangan yang masih segar diingatan
    Sukar untuk dilupakan…
    Kepada insan yang punyai ayah
    sayangilah mereka selagi mereka ada…
    Cik Siti recently posted..Kenapa Perlu IkutMy Profile

    1. tehr says:

      selagi bapa ada di dunia
      hormati dia sepenuh jiwa
      selagi badan terkandung nyawa
      simpan kenangan di dalam dada

  4. dnoBiz says:

    Kepada semua bapa yang layak dipanggil bapa “selamat Hari bapa” Bapa ayam dan bapa setan tak masuk korum
    dnoBiz recently posted..DnoLeaks – Asal Usul SEBENAR Kumpulan Metallica Top Secret VideoMy Profile

    1. tehr says:

      bapa ayam tu
      nak sembelih pun tak siapa nak makan, dno
      liat ngalahkan getah selipar :D

  5. sud@is says:

    wauu n3 terhebat, baca banyak kali
    suka sangat
    aku pun maca sama nasib dalam cerita tuh…..
    sud@is recently posted..Ada PenawarnyaMy Profile

    1. tehr says:

      yang pergi, tetap pergi
      memang dah begitu suratannya, sud@is

    2. padin says:

      pergi itu pasti.. cuma tak tahu bila
      dan apa keadaannya..

      aku pun setuju sudais, indah sangat pantun ni

  6. bEe says:

    Selamat Hari Bapa kpd cikgu teh :-)

    Semoga sentiasa ceria & dilindungi yg Esa selalu…..

    1. tehr says:

      terima kasih, bEe :D

      1. bEe says:

        Rajin2 tlg sang isteri yer kat dapur :-P

  7. Selamat Hari bapa kepada tehr juga? :)
    Sabahan Bloggers Club recently posted..Ultrasurf anti-censorship softwareMy Profile

    1. tehr says:

      thanks
      dan untuk semua bapa2 tersayang juga

  8. Princess says:

    Hari bapa selalu aje dilupakan, padahal kasih bapa hingga ke syurga…Al-fatihah..semoga bapa Tehr aman di sana dan Selamat Hari Bapa untuk Tehr juga!
    Princess recently posted..Lelaki Jangan Jadi Dayus!My Profile

    1. tehr says:

      thanks, princess

  9. sala lah kita tehr, tak ada seorang RAJA dalam rumh dah, arwah pergi tingglkan kami 5 bulan yang lepas…. AL-FATIHAH

    pada yang masih ada “RAJA” di rumah tu hargai la mereka selagi ada.. :)
    Kamarul Azri™ recently posted..Cabaran 60 hari- 1-000-000 dalam Alexa RankMy Profile

  10. zulkbo says:

    salam..
    selamat hari bapa
    pada semua yang bergelar bapa..
    pada yang belum ada rezeki boleh
    la cuba teknik mengurut ke apa..
    yang penting nikah halal tau..
    :)
    zulkbo recently posted..Kenali Modus Operandi Tektik Penyamun Snap &amp GrapMy Profile

  11. zulkbo says:

    saya tak pernah sambut
    hari bapa nih..tak menggalakkan
    anak2 saya sambut jua..cukuplah
    jadi anak yang baik sudah mengembirakan
    saya sebagai bapa seperti mana saya cuba
    mengembirakan bapa saya jua..
    :)
    zulkbo recently posted..Kenali Modus Operandi Tektik Penyamun Snap &amp GrapMy Profile

  12. Mus says:

    sendiri dah jadi bapa.. baru tahu apa bapa kita rasa masa besarkan kita..
    Mus recently posted..Pusat Tanah Lembab Di Tengah Bandar Raya Kota KinabaluMy Profile

  13. titan says:

    hehe..hari-hari adalah hari bapa..
    titan recently posted..Edisi Siasat – Buat duit dengan ClicksorMy Profile

  14. Gayahspears says:

    gulp.. Gayah pon xde bapak jugak…
    uwaaaaa :(

    camat hari bapak..walaupon xde bapak.. still ingat kat arwah bapak >_<
    Gayahspears recently posted..Wordless WednesdayMy Profile

  15. tips-kurus says:

    bapak tengah demam. mesti balik kampung ASAP. :-)
    tips-kurus recently posted..Wordless Wed-day Audit 5S Yang DinantiMy Profile

  16. akubiomed says:

    Selamat Hari Bapa kepada tuan blog ini dan kepada pengunjung blog TehR. Biasa apabila Hari Bapa dapat kad buatan tangan daripada anak
    akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – Kojak JrMy Profile

  17. ghost writer says:

    berikan saja doa,bacakan ayat-ayat al-Quran semoga sentiasa damai di sana.
    ghost writer recently posted..terikat pada batu dalam ruang yang kelamMy Profile

  18. 14 Jun Hari Bapa di Malaysia ke ???
    aktechpage.com recently posted..ZikriHusainiCom- Kemesraan Yang BerkekalanMy Profile

  19. maza says:

    bapa kita sudah tiada
    dari kecil dibela ibu
    selamat hari bapa kepada semua
    mudah-mudahan berbahagia selalu..

    huhuhu
    maza recently posted..Terjah sama itu orangMy Profile

  20. Hisyam says:

    semoga bapa tenang disana. yang masih ada teruskanlah hidup dengan memperbanyakkan amal pada-Nya

  21. Khidhir says:

    saya suka rangkap ke-2 tu..
    Khidhir recently posted..Tindakan SKMM Block Website File Sharing Tidak WajarMy Profile

  22. patimah Alyafie says:

    Bapa…dikaulah kekuatan kami.
    Walau apa panggilanmu…abah… ayah… walid… papa….
    Engkau tetap bapa yang tak putus – putus melayan kerenah kami Engkau wira…. engkau jaguh…. engkau segala – galanya

    Bapa…dikau tidak jemu – jemu mendidik kami
    Ibu tetap menyokongmu
    Ya Allah Kau lindungilah mereka yang bergelar bapa … Berikanlah umur yang Berkat
    Binalah kekuatan dalam diri mereka
    Berilah hidayah kepada mereka

    Amin….. Amin….. Amin…….

    Ampunkan kami andai keterlaluan selama ini…..
    Selamat Hari Bapa

  23. Hari bapa adalah benar-benar penting untuk ramai orang!
    Henry S. Parter recently posted..Best Cyber Monday TV and HDTV Deals for Year 2011My Profile

  24. fiezaradzi says:

    sedih plak baca.. tapi demi anak bapa/ayah/abah tu mmg sanggup buat apa saja kan. kdg2 bila dah kahwin pun, ayah tetap risau kat kita lau de apa2.. kasih syg seorang bapa…
    fiezaradzi recently posted..Sepanyol dan Kaki BolaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge