Tumpat Belum Banjir

Amaran Hujan Lebat (Peringkat Jingga) yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia pada: 12:22pm pada 24 Disember 2012

Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat di negeri Kelantan (Daerah Tumpat, Pasir Mas, Machang, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh) dan Terengganu (Daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dijangka berterusan sehingga Selasa, 25 Disember 2012.

Penduduk di beberapa daerah di Kelantan seperti di Pasir Puteh, Pasir Mas, Macang dan Kota Bharu sudah ada yang dipindahkan kerana rumah mereka ditenggelami banjir.

atap bocor

Siling rumah aku | Nampaknya atap bocor ni...

Air di Sungai Golok sudah melepasi paras bahaya. Kebiasaannya, apabila air di Sungai Golok melimpah bermakna banjir tiba di Daerah Tumpat. Sekarang ini belum ada penduduk yang dipindahkan walau pun sawah dan kawasan rendah di daerah ini sudah mula tenggelam.

Ikan keli si ikan haruan,
Berkejar-kejar dalam air;
Berhati-hati apabila hujan,
Mungkin benar akan banjir.

Malam tadi, jalan dari Cabang Tiga Berangan ke Chabang Empat Tok Mek Ngah [dekat Bendang Kerian] sudah dilimpahi air hujan.

TehrDemikian kisah 'Tumpat Belum Banjir' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


25 Comments

  1. dzuandiey says:

    hati-hati..hehe..nasib baik sempat ke kelantan bulan lepas…masih panas time tu.. :-)
    dzuandiey baru je tulis kisah Best Tak Dapat CPUV Nuffnang?My Profile

    1. tehramuan says:

      nasib baik
      bulan disember memang musim tengkujuh di kelantan

  2. Juan says:

    hujung tahun ni memang hujan sana sini
    Juan baru je tulis kisah Bloglist atau Link ExchangeMy Profile

    1. tehramuan says:

      memang, bro
      dalam berita tv3 tadi
      england pun banjir :D

  3. Semoga banjir berhenti seberapa segera di sana. Simpati kawe buat org2 di sana. Syukur kat sini pula cuaca baik sekali. Jangan main air hujan yer cikgu. Nanti sakit lak… sekolah dah nak naik semula ni :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Apple iTunes Download – Top 5 Apps For Your KidsMy Profile

    1. tehramuan says:

      dah tua2 ni tak daya nak main hujan, bro
      sejuk

  4. akubiomed says:

    Saya pernah terperangkap ketika berada Kelantan beberapa tahun dahulu kerana banjir.
    akubiomed baru je tulis kisah ChurpChurp membawa khabaran gembiraMy Profile

    1. tehramuan says:

      pengunjung yang kurang biasa dengan laluan memang akan terperangkap
      mujur kalau tak lama

  5. Kalau masa kecik, bila banjir.. mmg syok.. boleh main air..
    tapi bila besar, letih nak membersihkan… lagi2 kalau banjir lumpur…
    Hairul Hissam baru je tulis kisah 6 Modul Menarik Pakej Rahsia Putu Special & Mohon Maaf.My Profile

    1. tehramuan says:

      hehe
      masa budak2 dulu
      selagi tak kecut kaki & tangan, memang tak naik ke rumah la

  6. hati-hati menghadapi banjir encik tehr….

  7. ohcikgu says:

    wahh..sana-sini banjir sekarang nih..
    ohcikgu baru je tulis kisah Cadangan Penambahbaikan Blog Pondok KecilMy Profile

  8. kene update slalu ni..kene siap2 kan barang yg hendak dibawa..
    Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Projek Android : Pos Laju TrackingMy Profile

  9. Bro Zulkbo says:

    Salam Cikgu..
    tak takut air yang menitik mari dari
    atas syiling tu..takut yang mari kat
    bawah tiba-tiba je (banjir kilat)..
    harapan kekallah hendaknya
    daerah Tumpat bebas dari bah
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Terkini Gambar Sekitar Banjir Di Kuantan Pahang Disember 2012My Profile

  10. hatiputera says:

    HP berada di terengganu selama 3 hari semenjak 21 disember. Hujan jer manjang.huhu
    hatiputera baru je tulis kisah Don’t lose it all, Time to get DATA with XpaxMy Profile

  11. papa mifz says:

    dah banyak juga tempat dilanda banjir sekarang nih…penduduk kawasan terbabit kena lebih berhati-hati…
    papa mifz baru je tulis kisah Selesai Sudah Majlis Bertunang Adik IparMy Profile

  12. Amirez says:

    dapat info tadi ada beberapa tempat kat Tumpat dah ditutup. rupanya belum lagi ek? dah surut agaknya. banjir kat rumah mertua saya pun dah surut pagi tadi.
    Amirez baru je tulis kisah Contest Bersama Cik Tom dan ExabytesMy Profile

  13. hairulafiz says:

    baru balik dari terengganu, nasib baik belum banjir lagi masa tu
    hairulafiz baru je tulis kisah 2012 Tahunku Yang KacakMy Profile

  14. titan says:

    meh, meh datang bantingg..
    titan baru je tulis kisah Dapatkan G+ banyak dengan AsiaCube.comMy Profile

  15. shraqs says:

    Tengok di TV, memang teruk banjir di pantai timur kali ni ye. Jangan main air!
    shraqs baru je tulis kisah Samsung Menamatkan Penguasaan Nokia Selama 14 TahunMy Profile

  16. nazra says:

    kedah dah lepas dah, ritu teruk gak. ujian Allah :)
    nazra baru je tulis kisah Oh suamiku perokok!My Profile

  17. wazy says:

    Ingat nak balik Kelantan sebelum hujugn tahun ni,tapi tunda dulu la,takutr terkandas dengan banjir nanti
    wazy baru je tulis kisah Wordless Wednesday #44My Profile

  18. atap bocor. siling turut terima padahnya kan?
    Rapunzeel Cikilolo baru je tulis kisah khamis ada bing bangMy Profile

  19. kalau dibuatnya hujan tak berenti lg,,hbis…kat Temerloh, pahang sini dah ok..dah cerah :D
    syaifuddin alias baru je tulis kisah Azam Tahun BaruMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun