Tumpang Tidur

Pagi ini tiba-tiba aku terjumpa seekor katak yang menumpang tidur berdekatan dengan tong yang aku gunakan untuk tadah air hujan [malangnya katak dah lari bila aku nak ambil gambar] Air hujan ni aku gunakan untuk menyiram pokok bunga yang nampak seperti dah segan nak hidup. Mungkin tak cukup baja. :D

Sering kali juga kita terserempak dengan orang yang tidur di perhentian bas bila membuat perjalanan. [Malah aku sendiri pernah beberapa kali tidur di lapangan terbang sewaktu bertugas di Sarawak dahulu.] Apa lagi orang-orang yang tak punya rumah, pengemis, orang gila atau orang kurang siuman, tidur di mana-mana sahaja bila mata mengantuk adalah perkara biasa bagi mereka.

tumpang tidur di hentian bas
biar banyak nyamuk dan agas
nasibnya tak baik bas terlepas
perjalanan pula kini terkandas

tumpang tidur di kaki lima
kerana rumah kami tak punya
sanak saudara entah di mana
makan minum tidak sempurna

tumpang tidur melelapkan mata
hidup di dunia sementara sahaja
semoga segar seluruh anggota
mengharap belas sekelian warga

Orang yang tumpang tidur di rumah kawan, tumpang tidur di rumah kekasih atau tumpang tidur di rumah janda tidak termasuk dalam perbincangan entri ini. Adalah lebih baik menumpang tidur di masjid atau surau berbanding menumpang tidur di rumah janda. Jangan sengaja cari pasal!

Kadang-kadang aku terfikir, apa agaknya yang akan terlintas di fikiran mereka yang tak punya rumah, tak punya tempat tidur dan orang gelandangan ini apabila melihat rumah-rumah orang kaya, rumah-rumah yang berhormat wakil rakyat atau rumah-rumah menteri. Adakah mereka tahu nasib mereka di negara Malaysia, sebuah negara yang kaya raya serta makmur ini?

TehrDemikian kisah 'Tumpang Tidur' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


38 Comments

  1. yang punya rumah, miliki empuk tilam, indahnya beradu, tiada kesedaran hingga siang jelma

    yang tidur beralas kotak lusuh, selimutnya merupakan nyamuk terbangan, tiada nyenyaknya mana, hanya menumpang sedikit nikmat tidur bagi kelangsungan hidup.

    dunia membeza darjat. akhirat tidak. dan Islam sama rata semua sujud padaNYA Maha Pencipta
    rainbowcloudy baru je tulis kisah kecewa abe roy #1My Profile

    1. tehramuan says:

      betul tu, rain
      Allah hanya pandang iman dan taqwa hamba-Nya

  2. akubiomed says:

    Ketika bersekolah dahulu selalu terkejut apabila sarung kasut sekolah kerana kodok berteduh didalam kasut sekolah. ;-)
    akubiomed baru je tulis kisah Separuh dari rakyat Malaysia membazirMy Profile

    1. tehramuan says:

      haha
      Memang terkejut sangat tu, bro
      Rasa lembik2 je

      1. fiezaradzi says:

        eii.. tak suka.. sampai skg, macam ada fobia sikit, so sebelum sarung kasut tu, mmg ketuk2 dulu..

        nak2 kasut yg jarang pakai..
        fiezaradzi baru je tulis kisah Wordless Wednesday #17 – Otai Lelaki KacakMy Profile

    2. Mus says:

      saya memang fobia dengan katak/amfibia ni..
      kalau masuk dalam kasut.. fuhh gelinya
      Mus baru je tulis kisah Terkini!! Unduk Ngadau 2012 Dimenangi Melinda Louis (Daerah Telupid)My Profile

      1. hafizmd says:

        mau tak geli…lembik2 dalam kasut…
        hafizmd baru je tulis kisah Celoteh Kakak #16 Angsa?My Profile

  3. kulanz says:

    nasib baik katak tu tak tumpang tidur dalam selimut :D

    aku pernah menumpang tidur di kerusi taman.. besar cabarannya.. mungkin begitulah yang dirasai oleh mereka yang tak punya rumah.. malah lebih teruk lagi..
    kulanz baru je tulis kisah Semakan Tawaran Kemasukan KPLSPM Jun 2012My Profile

    1. Mus says:

      maka bertukarlah peribahasa..
      umpama katak di dalam selimut..
      Mus baru je tulis kisah Bantu Saya Hapuskan MalwareMy Profile

      1. kulanz says:

        nanti jadi lain pula maksudnya :D
        kulanz baru je tulis kisah Live Webcast Transit Venus 6 Jun 2012My Profile

      2. chii says:

        sedangkan dlm kasut ..da dok terjerit..inikan selimut..ada yg melompat krg :p
        chii baru je tulis kisah Wordless Wednesday #23 – Gaya Kuak PenyuMy Profile

    2. fiezaradzi says:

      pernah jugak tidur, kat taman, kat laman hospital, tapi dalam van yg de kat tempat2 tu la.. dulu2 sekolah jauh, pulak dari kg, tak tau nak tidur mana sebelum pergi daftar ke sekolah, so last2 tidur ramai2 kat dlm van dekat taman. pakcik polis dtg, nasihat lebih baik g hotel atau hospital, lebih selamat..
      fiezaradzi baru je tulis kisah Wordless Wednesday #17 – Otai Lelaki KacakMy Profile

  4. Mus says:

    ada insan sukar melelapkan mata walaupun tidurnya umpama singgahsana..
    Mus baru je tulis kisah UK Fun Fair 2012, Hiburan Musim Cuti Sekolah Di Kota KinabaluMy Profile

    1. sud@is says:

      ya betul ..apa lagi mimpi indah
      walaupun bilk macam hotel yg bertaraf bintang2
      sud@is baru je tulis kisah Disini Macam-Macam Ada… disana ada…My Profile

      1. tehramuan says:

        menunjukkan kebahagiaan bukan pada harta dan pangkat

        1. hafizmd says:

          biar rumah tak sebesar istana
          janji tidur kita lena
          insyaAllah paginya segar sentiasa
          hidup aman bahagia sentosa
          hafizmd baru je tulis kisah Celoteh Kakak #16 Angsa?My Profile

  5. Jamal Ali says:

    Saya tidur menumpang jauh dari desa.
    Biar tak berteman.
    Sebab saya anak merantau di bumi orang – untuk mencari sedikit bekal untuk esok masa.
    Jamal Ali baru je tulis kisah Kata-kata Yang Indah Untuk Hati – RinduanMy Profile

    1. tehramuan says:

      kita semua pengembara
      mencari bekalan, mencari keredaan

  6. hatiputera says:

    rumah besar bilik tidur besar pun belum tentu menjamin kita tidur dengan lenanya.
    hatiputera baru je tulis kisah BERJAYA BUAT GOOGLE SNIPPETSMy Profile

    1. tehramuan says:

      hati risau dengan kes rompak dan samun

      1. mmg x aman la kalo risau harta dicurik..huhu
        Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Pertanian BandarMy Profile

  7. zool says:

    Yup .. memang kesian dengan mereka yang bergelendangan ni..
    Syukur kerana kita masih mempunyai tempat berteduh dari hujan panas..
    zool baru je tulis kisah Blog Mesti Mari versi 11My Profile

  8. iza says:

    Assalam..
    Walaupun Malaysia ni dikatakan kaya-raya tapi masih ada orang yang menumpang duduk free di rumah saya di kg sampaikan mama saya sendiri terpaksa duduk menyewa di pondok. Ada juga orang yang tak faham2 bahasa seperti itu. (Mood geram). Maaf, ter”emo” sikit.
    iza baru je tulis kisah Tutorial Related Post MagzEvo VersionMy Profile

  9. Cik Siti says:

    tempat yang memang port untuk menumpang… lembap dan sejuk
    Cik Siti baru je tulis kisah Layan Lagu ni: Hanya Sekali-Ideal sisterMy Profile

  10. titan says:

    dah biasa tdo kat stesen bas atau keretapi..
    titan baru je tulis kisah Mencintai Ain Maisarah – Part 5My Profile

  11. padin says:

    umm aku pernah tumpang tido di surau R&R sampai subuh, mata ngantuk sgt…

    1. suri says:

      ada jumpa ptri yg cntik dtg trgur dak?
      suri baru je tulis kisah Ana Makan Wang Emaslah..My Profile

  12. zulkbo says:

    Salam..
    syukur alhamduillah..
    masih tidur di rumah malam ni :)
    zulkbo baru je tulis kisah Gadis Bogel Ikon Perang Vietnam Kini Bahagia (Gambar)My Profile

    1. suri says:

      harap tak der malam akan dtg bakal buat silap heee nnti tdok luar heee
      suri baru je tulis kisah Kenali Obor-Obor Part IIIMy Profile

  13. chii says:

    chii pernah skali tdo di masjid..nak tumpang umh kwn..dia x bgn plak..last2..jln kaki ke masjid..menumpang sekejap..haishh
    chii baru je tulis kisah Wordless Wednesday #23 – Gaya Kuak PenyuMy Profile

  14. suri says:

    ada tu tidur kt dlm kereta je mmg sedihkan
    suri baru je tulis kisah Tolong Tudung Saya HilangMy Profile

  15. fiezaradzi says:

    kdg2 terfikir juga, tapi ada lagi org yg jauh miskin nye, tetap juga berusaha demi sesuap nasi.. nak buat macam mana, rezekinya begitu..

    syukur sebab ada tempat berteduh utk keluarga dan anak2..

    jgn ada yg sengaja ambil kesempatan sudah..
    fiezaradzi baru je tulis kisah Wordless Wednesday #17 – Otai Lelaki KacakMy Profile

  16. mak lagenda says:

    Tersentuh hati mak bila lihat org yg tidur di tempat2 terbuka tu..kesian sgt2!!
    mak lagenda baru je tulis kisah BALAS DENDAM DI THE LAGEND RESORT CHERATINGMy Profile

  17. Yas says:

    Hehehe…ingatkan sapa dan org mana la yg menumpang tidur tadi…:)
    Yas baru je tulis kisah Wordless Wednesday – Coca Cola?My Profile

  18. cik tom says:

    tidurlah yang paling best nikmatnya..hehe
    cik tom baru je tulis kisah Wordless Wednesday 1: Tips Menabung Yang BerkesanMy Profile

  19. kakyon says:

    kalau rmh blackout tengah mlm..tidor dlm kereta je..ada aircond..hehe
    kakyon baru je tulis kisah diet hari iniMy Profile

  20. adele says:

    kenapa katak tu lari? tak dapat tengok gambar dia :(
    adele baru je tulis kisah Titanic – My Heart Will Go On Violin CoverMy Profile

  21. emas seguni semua sadur
    disalut berlapis permukaan koleh
    bila katak tumpang tidur
    dalam toilet pon boleh

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    diy spray paint caliper brake disk kereta
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Diy Spray Paint Caliper Brake Disk keretaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun