Tulis Blog vs Baca Blog

Malas betul nak menulis sekarang.

Bila ada kesempatan online, asyik baca, baca dan baca tulisan orang lain je.

Buka blog sendiri, baca komen.

Kalau rajin buang komen spam.

Nak tulis apa-apa di blog sendiri rasa macam ada batu atas jari.

Berat.

Sori ya korang yang selalu singgah nak baca pantun dalam blog ni. Yang ada hanya pantun-pantun lama je. Pantun baru, haram tak jumpa. Tuan blog dah dijangkiti penyakit malas.

Moga-moga penyakit ni segera sembuh…

Juadah raya penuh semeja,
Ketupat pulut ketupat palas;
Sepanjang hari tak buat apa,
Sudah terkena penyakit malas.

Kadang-kadang bila sedang online cari maklumat, baca blog atau baca berita, terlintas juga dalam fikiran:

Patutkah aku tamatkan sahaja blog tehramuan ni?

TehrDemikian kisah 'Tulis Blog vs Baca Blog' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


12 Comments

  1. dja@sishaza says:

    Oppps jangan,jangan,jangan cikgu …susah nak cari blog pantun yang unik macam ni. Ambil masa rawat penyakit malas tu…lepas tu bila dah pulih sambunglah semula. :-D
    dja@sishaza baru je tulis kisah RESEPI KETUPAT SOTONG ALA-ALA TERENGGANUMy Profile

  2. Sya Isya says:

    malas kejap je tu, karang2 nanti datang lah rajin tu balik :-)
    Sya Isya baru je tulis kisah BAJU KURUNG MODEN CUTTING SLIM SULAM BAJU RAYA 2014 PILIHAN RAMAIMy Profile

  3. akubiomed says:

    Mood ke laut tuh bro TehR. Kalau ada pengeras(duit) dari blog rajin sahaja untuk menulis blog. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Menang iPad mini dengan Spritzer+Fiber Viral Video ContestMy Profile

  4. Padin says:

    hehe betul la tu bro… bila online dok baca je, buka blog sendiri malas ekekee

  5. amirulfaiz says:

    Moga Ramadan ini menyembuhkan penyakit malas yang ada pada kita semua. Hehe..
    amirulfaiz baru je tulis kisah Formula Solat SempurnaMy Profile

  6. Cik Siti says:

    Hati pedih dihiris belati,
    Duduk berdua mata mengerling,
    Usah diikutkan rasanya hati,
    Kelak sukar untuk berpaling.

    #jangan En Tehr…. Rugi nanti…
    Cik Siti baru je tulis kisah 11 Tahun…..My Profile

  7. titan says:

    itulah..

    gua pun memang dah cukup malas benar sekarang nih.
    titan baru je tulis kisah Kenapa aku SUKA makcik-makcik beg besar dan gadis-gadis comel bertudung?My Profile

  8. Hero Borneo says:

    saya rasa bro tukar niche atau buat blog baru..blog ini simpan dulu sehingga ada rasa rajin itu kembali.
    Hero Borneo baru je tulis kisah Pengakuan Terbuka Blogger Hero BorneoMy Profile

  9. Nanti rajin2la visit blog saya ya. Teruskan menulis.
    Raihanah Ahmad baru je tulis kisah Cara Hilangkan Jerawat Dengan ShakleeMy Profile

  10. hanari says:

    Dengan membaca blog lain, mudah-mudahan bisa memberi inspirasi untuk menulis blog sendiri.
    hanari baru je tulis kisah Manfaat Puasa Untuk Pasien DiabetesMy Profile

  11. Nurul says:

    Jangan2, blog ni sangat menarik. hehe
    Nurul baru je tulis kisah Wordless WednesdayMy Profile

  12. Aishah Ahmad says:

    Sayang le kalau tutup.kalau AA nk baca acane?
    Aishah Ahmad baru je tulis kisah Jenama supplemen EPO TerbaikMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun