Tuan Ghaib Ke Mana Hilang

Sungguh aib burung tukang,
Sarang sendiri tak siap lagi;
Tuan ghaib ke mana hilang,
Sunyi seperti Lautan Hindi.

Burung tukang jatuh terduduk,
Burung merpati memakan padi;
Bukan hilang bukan merajuk,
Terleka mencari haluan sendiri.

Terbang bebas burung di awan,
Kasihan lembu dicucuk hidung;
Bercambah cemas menanti tuan,
Hatiku rindu tidak tertanggung.

Berduka sepat haruan menyerang,
Berenang tembakul di air dalam;
Begitu adat melawan gelombang,
Kadang timbul kadang tenggelam.

TehrDemikian kisah 'Tuan Ghaib Ke Mana Hilang' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


23 Comments

  1. amirulfaiz says:

    Sudahkah jumpa haluan yang dicari? :)
    amirulfaiz baru je tulis kisah Mukmin Profesional Celik Mata HatiMy Profile

  2. Lama sangat tuan punya blog ni menghilang. Mujur dapat kembali dikesan radar. Hehehe
    Anak Askar Pencen baru je tulis kisah Rebecca Nur TeletubbiesMy Profile

  3. Padin says:

    hehee harap semua nya baik2 aje ye bro..

  4. semoga sihat sejahtera hendaknya!
    Entri Popular baru je tulis kisah Tak Kenal Maka Tak MesraMy Profile

  5. dja@sishaza says:

    Hah….selamat kembali cikgu. Moga sudah jumpa apa yg dicari :)

  6. akubiomed says:

    Lama menghilang diri? ke mana agaknya?
    akubiomed baru je tulis kisah Menikmati seni alam di hutan simpan FRIM KepongMy Profile

    1. suri says:

      berkursus tak ah.. atau pindah barang nak bertukar daerah uh…
      suri baru je tulis kisah Quilling Paper Sale Cahayacinta.comMy Profile

  7. Cik Siti says:

    nampaknya dah jumpa jalan pulang. Selamat kembali En Tehr
    Cik Siti baru je tulis kisah Resepi: Mee kariMy Profile

  8. maza says:

    alahai.. untuk setahun dua ini penyakit sama menyerang maza.. terlalu sibuk dengan hal2 keduniaan yg lain.. hehehhee

    tu pasal macam biskut chips more.. ahaks
    maza baru je tulis kisah Sungai Jin Berpuaka?My Profile

  9. hafiz says:

    lamanya tuan menghilang….apa2 pun selamat kembali
    hafiz baru je tulis kisah Panduan untuk mudah hamilMy Profile

  10. suri says:

    salam tehr apa khabar agaknya.sepi tanpa berita ini baru satu posting jerh ;)

    harapa akan sabar dan ceria harungi kehidupan.
    suri baru je tulis kisah Panduan Cara Memilih Langsir Dapur Murah Dan Moden Ala Inggris Roman Blind Yang Sesuai Dengan KediamanMy Profile

  11. Kamil Salleh says:

    Salam…..

    Anak ayam dicakar helang,
    Ibu ayam meronta-ronta,
    Kemana tuan dah menghilang,
    Tanpa mendengar Khabar berita.

    Lembu betina beranak empat,
    Minum susu berkongsi dua,
    Rangkap pantun aku dapat,
    Terus mencari tehramuan segera.

    Semoga tuan sihat sejahtera hendaknya.
    Kamil Salleh baru je tulis kisah Cara Buat Kek Blueberry CreamMy Profile

  12. De engineur says:

    Dah nak masuk 3 hari dah tuan,
    Yang Ghaib tu belum ditemui lagi ke?
    De engineur baru je tulis kisah No end to the kidnappings since 1998My Profile

  13. UmmiKamu says:

    Assalamualaikum Cikgu Teh..

    Awan belang cahaya dini,
    Purnama bertembung bayang membungkus;
    Tuan menghilang saya ke sini,
    Sama menyambung tali yang putus.. :D

    Apakhabar cikgu dan rakan semua… :)
    UmmiKamu baru je tulis kisah Pantun Jiwa MH370…My Profile

  14. UmmiKamu says:

    UmmiKami*
    UmmiKamu baru je tulis kisah Pantun Jiwa MH370…My Profile

  15. onlajer says:

    haha lama tak baca pantun baru dekat sini nih
    onlajer baru je tulis kisah Mari Belajar Asas AutoCad (Siri 1- rev1)My Profile

  16. Bungkilan says:

    Agak lama juga tuan menghilang… Membuat kami ternanti-nanti.

  17. hafizmd says:

    Alhamdulillah. Cikgu dah kembali.

    Walau di mana cikgu berada
    Doa kami sentiasa bersama
    Moga kalian sihat senantiasa
    Bersama anak isteri tercinta
    hafizmd baru je tulis kisah Cabaran Raja Tarik 2014 Bermula! Berani Nak Lawan Raja Teh Tarik?My Profile

  18. titan says:

    pergi bertapa lama sangat nih..
    titan baru je tulis kisah Bayaran komisen kedua dari Geniee.My Profile

  19. KALO BACA ARTIKEL MALAY ITUH BUAT INGAT AKU DENGAN KU PUNYA TEMAN DI SANA…jadi sedih

  20. Hafizul says:

    Hehe..Selamat kembali..ada bawa harta karun tak?
    Hafizul baru je tulis kisah Wordless Wednesday #88 – Statistik Pondok KecilMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun