Trilogi Cinta

trilogi cintaSukarnya proses membuat pilihan hinggakan ada peribahasa lama yang berbunyi, ‘Ditelan mati emak, diluahkan mati bapa.’

Tetapi entri kali ini bukan menggambarkan kesukaran saya membuat pilihan. Sekadar luahan pendapat sahaja. Dan keadaan serba salah ini tidaklah berpunca dari iri hati atau dengki  seperti kata peribahasa, ‘Ular telan babi, cacing yang bengkak perut.’ :D

iphone 4 mencuri matatrilogi cinta
galaxy s mengacau jiwa
nokia n8 mengocak rasa
…garu poket senyum manja

celcom ada di mana-mana
digi juga semakin sempurna
sedang maxis memikat juga
…dongak atas mencari kepala

unlimited internet mahu dicita
prepaid internet jimat belanja
sedangkan wifi diberi percuma
…bagusnya kalau dapat semua

Ditelan mati emak, diluahkan mati bapak. Dalam keadaan serba salah. Kamus Dewan Edisi Empat
Ular telan babi, cacing yang bengkak perut. Iri hati melihat keberuntungan orang lain. Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Dan kalaulah diberi pilihan, pasukan mana yang mahu dipilih sebagai Juara Piala FA 2011 nanti? Kelantan, Terengganu atau juara bersama? Hehe… Mana tahu ada yang menyokong kedua-dua pasukan. :D Tahniah kepada Kelantan dan terengganu yang layak ke Perlawanan Akhir Piala FA 2011 yang dijadualkan pada 11 Jun 2011 ini.

TehrDemikian kisah 'Trilogi Cinta' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


57 Comments

  1. toyol says:

    perang lg la 2 ngeri ni ye..
    kejar bola..

    TK sokong ngeri sndiri la..
    toyol baru je tulis kisah HANTU LAGIMy Profile

    1. tehr says:

      sokong kelantan :D

      1. suri says:

        asal melaka tenggelam d bawa arus huuuu..

  2. kaizen says:

    agak r… memeningkan gak… wahahhaa aku baca pun terus poning…. wahahaha

    Pilih je tutup mata… ngeh3… dah angkat, memang tak pening2 dah… wahaa!
    kaizen baru je tulis kisah PiRaTeS oF CaRiBBeaN 4 THaNKS NuFFNaNG!My Profile

    1. tehr says:

      saja je tu, bro
      aku bukan ada duit nak beli pun :D

  3. nak kelantan lah..
    hehe
    naimulfirdaus baru je tulis kisah perempuan sundalMy Profile

    1. tehr says:

      gomo klate gomo
      main mene sokmo
      kalah amik ke demo
      piala kito terimo

      hehe

      1. Norasikin says:

        Tengok bola baik2 ye. Jangan gaduh2. Tak mau bakar2 kerusi baling2 botol pukul2 ref
        Norasikin baru je tulis kisah Resepi Cekodok Pisang Autoreverse™ Ada apa dengan Autoreverse™My Profile

        1. tehr says:

          tak mahu majuk2 tau!

  4. mie says:

    macam2 pilihan hendak dibuat..
    apa kata sapu kesemuanya..
    eheheeee
    mie baru je tulis kisah Mengidam Kuih Tradisional SabahMy Profile

    1. tehr says:

      haha
      memang terbaik tu
      beli kesemuanya :D

      1. mie says:

        tapi pastikan bajet mengcukupi..
        eheheheee

  5. tips-kurus says:

    rasenye Pahang bagi can kat T’ganu kan? hehe!

    pernah dengar ustaz cakap elok kita solat sunat istikharah, w/pon untuk buat decision yg kecil.. :-)
    tips-kurus baru je tulis kisah Lady GAGAhs pandu lori AF!My Profile

    1. tehr says:

      pahang nak cuba lagi tahun depan :)

      itulah yang sebaiknya
      minta pertolongan allah

  6. kemam je lah..:D

    saya vote iphone 4 n kelantan
    hihi
    alexa yussida baru je tulis kisah Dr Hafidzi-Memperingati NakbahMy Profile

    1. tehr says:

      jom pakat sokong kelantan :D

  7. Cik Siti says:

    ada masa kita tidak boleh nak memuaskan hati kesemuanya… pilih yang perlu dan yang mampu…
    Cik Siti baru je tulis kisah Betapa jujurnya akuMy Profile

    1. tehr says:

      memang itulah yang sebaiknya, cik siti

  8. zulkbo says:

    salam,
    peribahasa ni membuatkan saya tersenyum
    “Ular telan babi, cacing yang bengkak perut”
    moralnya kena beli juga tu Bro..he he..
    :)
    zulkbo baru je tulis kisah Tukar Password Facebook Anda SekarangMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      tak tau la bila dapat tu
      huhu

  9. sud@is says:

    rasanya nak berkecuali lah ..sbb dua2 team aku minat atau pun sokong kedua2..boleh camtu teh
    sud@is baru je tulis kisah Selamat Pagi CikguMy Profile

    1. tehr says:

      tunggu sokong yang mana menang je, sud@is
      mudah dan senang :D

  10. suri says:

    alah buat solat istiharah heee

    1. tehr says:

      belum nak beli pun, suri
      tak ada duit pun :D
      sekadar terfikir je tu

  11. ghost writer says:

    terengganu….haha

    bagi chance plak kat ganu bawa trophy ke negeri penyu menangis..

    sebenarnya tak sokong mana-mana pon.hihi
    ghost writer baru je tulis kisah buta hurufMy Profile

    1. tehr says:

      terengganu dah pernah menang piala fa ni, bro
      bagi chance kat kelantan je
      nak merasa juga ni :D

  12. MDHAFiZ.NET says:

    Pemenang ada 2..seorang menang..seorang lagi menang-gung kekalahan.. :)

    1. tehr says:

      hahaha
      … dan menagnggung kecewa

  13. zik says:

    sokong kelantan… hehe
    zik baru je tulis kisah Confirm Kelantan VS Terengganu FINAL Piala FA 2011!!My Profile

    1. tehr says:

      gomo klate gomo
      buat ulasan nanti pakai baju merah, bro

  14. Norasikin says:

    Kalau phone, pilih yang murah dah la, Kalau operator, sama je la semuanya. Kalau bola, pilih yg menang je la. Bwk dua2 jersi. Siapa menang pakai baju dia
    Norasikin baru je tulis kisah Resepi Cekodok Pisang Autoreverse™ Ada apa dengan Autoreverse™My Profile

    1. tehr says:

      idea molek juga ni
      bawa dua2 baju :D

  15. Ismail N says:

    kalau lahir di Kelantan, bapa mertua penyokong kuat Ganu, macam mana tu bro?
    Ismail N baru je tulis kisah Fotografi Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan SabahMy Profile

    1. tehr says:

      nampak gaya memendam rasa la kalau menonton kat rumah :(

  16. adele says:

    igtkan review drama td..ada drama tjuk trilogi cinta kat tv1 tu..huhu

    rasanya better kelantan menang risau ada kt mna2 terbakar nnt..huhuhu..susah jgk kalo dpt penyokong fanatik sgt ni..

    1. tehr says:

      haha ya ke?
      sekarang tak ada lagi la, adele
      semua dah matang

      harap2 la…

  17. KA™ says:

    sokong terangganu! hihih….
    tapi kan terigt cerita dulu2… ada rakan sokong pengadil, adehh…… :D
    KA™ baru je tulis kisah selamatkah password andaMy Profile

    1. tehr says:

      pulak
      macam2 hal peminat bola ni :D

      1. kawan² KA™ ada yang masuk air sikit! but bila tgk bola mmg enjoy sagt..
        Kamarul Azri™ baru je tulis kisah selamatkah password andaMy Profile

  18. Nak tukar telefon baru ke ni?
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah Blogspot meta description snippet discussionMy Profile

    1. tehr says:

      tak ada la nak tukar
      hanya sekadar melepaskan perasaan je
      hehe

  19. Mus says:

    aku belum merasa lagi teknologi apple dan andriod ni..
    cukup dulu dengan symbian s60..
    Mus baru je tulis kisah Buat Duit Dengan Kereta SewaMy Profile

    1. tehr says:

      aku pulak pernah guna winmo je, mus
      tapi macam lembab je

  20. decrewz says:

    Pahang dah xde dalam senarai, so, mana menang, jai sokong..he3. Yang penting, harap2 tiada pergaduhan.. Bersukan untuk sihat, bukan untuk sakit.. :)
    decrewz baru je tulis kisah Sejarah Dan Paparan Muka Blogger Dari Dulu Hingga KiniMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      jangan ada yang buat hal nanti
      semua orang dapat susah

    2. pahang je eh, nanti kita boleh melepak tgk bola lah nih… :)
      Kamarul Azri™ baru je tulis kisah selamatkah password andaMy Profile

  21. I cannot wait for June 11. It is going to be great.

    1. tehr says:

      harap2 la, susan
      kita memang menantikan satu persembahan yang hebat

  22. padin says:

    tahniah kepada pasukan kelantan..
    err.. kalau ikutkan semua kita nak yang terbaik..
    aku pon teringin N8 tu kih3

    1. tehr says:

      aku ni impian je lebih
      kemampuan tak ada pun
      haha

      1. padin says:

        dah ada impian kira ok la bro,
        jgn plak nnt impian pon xde, naya

    1. tehr says:

      kalau boleh saya nak kesemuanya :D

  23. Hadi Rofiee says:

    Walaupun saya menyokong Kedah, namun untuk final ini, saya cenderung memilih Kelantan sebagai juara. i’Allah, musim hadapan giliran Kedah pula. :-)

    Saya memasang impian untuk mendapatkan Digi apabila melangkah ke alam pekerjaan kelak. ;-)
    Hadi Rofiee baru je tulis kisah Blogger dan JurugambarMy Profile

    1. tehr says:

      gomo klate gomo
      main mene sokmo
      kalah ambik demo
      piala kawe terimo

      hehe

  24. Gayahspears says:

    da macam cinta 3 segi je.. hahah
    walaupon celcom tetap di hati.. hahah
    kalo nak sembang sampai sape juara…
    kita same2 tunggu dan lihat…
    bila pertaruhan bermula,maka ramai yg menanti dgn penuh debaran…
    hahah… maaf ayat Gayah gelong cket…huhu
    Gayahspears baru je tulis kisah Makan HatiMy Profile

  25. akubiomed says:

    Nampak peluang Kelantan lebih besar tetapi skuad Terengganu mempunyai pengalaman Final FA. Apapun bola adalah bulat apa pun boleh terjadi ketika final nanti.

    Kalau diberi peluang saya memilih iPhone4

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun