Tips Tinggalkan Anak Dalam Kereta

Tinggalkan anak hanya sekejap, dan sekejap itu juga penjenayah larikan kereta bersama anak kecilyang ditinggalkan. Kes anak hilang yang sangat tak sedap didengar dan memang biasa berlaku dengan cara yang hampir sama. Salah siapa? Pastinya bukan salah anak kecil yang ditinggalkan di dalam kereta. Bukan!

Beberapa hari lepas ada kes seorang kanak-kanak dilarikan bersama kereta BMW yang ditinggalkan tanpa dimatikan enjin. Aku cuba tanya Pakcik Google, ada ke tidak tips untuk tinggalkan anak dalam kereta dengan lebih selamat. Aku tak jumpa tips yang lengkap tetapi beberapa cara yang mungkin boleh dipakai ada aku letakkan di bawah.

biarkan cermin kereta sedikit terbukakereta kancil
matikan enjin serta penyaman udara
kunci juga segala jenis pintu yang ada
dan jangan pula tinggalkan lama-lama

kalau dapat bawalah seorang penjaga
nak lebih senang bawakan isteri sahaja
kalau tak dapat hendak cari siapa-siapa
dukung saja bawa anak ke mana-mana

Sikap terlampau yakin ni memang boleh bawa padah. Memang tak boleh diamalkan. Kalau nak bertawakkal pun perlu juga ada disiplinnya, bukan tawakkal begitu sahaja. Kita perlu juga berusaha mengambil dan menyediakan langkah-langkah keselamatan sebelum menyerahkah segala-galanya kepada Tuhan.

TehrDemikian kisah 'Tips Tinggalkan Anak Dalam Kereta' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


30 Comments

  1. anak harta yang membuatkan seseorang menjadi kaya dan bahagia walau tanpa sen.
    rainbowcloudy baru je tulis kisah feminin bukan maskulinMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      kebahagian bukan hanya pada duit
      lebih seronok kalau dapat tengok dan dengar gelak ketawa anak

  2. levelsatu says:

    biasanya memang bukak tingkap sikit..pasang aircorn dan kunci pintu..
    levelsatu baru je tulis kisah 3 Cara untuk memudahkan anda semak saman.My Profile

    1. tehr says:

      aku pun memang selalu buat macam ni
      tapi kalau terpaksa pergi lama, aku tak buat
      bahaya

  3. kakyon says:

    tak sanggup nk tinggalkan anak dlm kereta..baik akk dukung aje..

    1. tehr says:

      betul tu, kakyong
      kalau sekadar seminit dua masih ok
      tu pun mesti kuncikan kereta

  4. Juan says:

    sangat setuju pasal buka cermin sikit
    Juan baru je tulis kisah Projek Hari JumaatMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      buka sedikit tingkap dan kuncikan kereta

  5. akubiomed says:

    Memang bimbang tinggalkan anak-anak didalam kereta apabila ada kes dilarikan oleh penjenayah dan kematian. Kalau ada anak yang ramai tentu susah juga hendak bawa ramai-ramai ketika berurusan tentu tak jadi.

    Saya pernah tinggalkan gedung pasar raya kerana tidak disediakan troli. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Perbezaan antara Google+ dan Google+ PageMy Profile

    1. tehr says:

      selalunya aku tak bawa anak kalau ada urusan rasmi
      payah tu
      kalau ke pasaraya ok la

  6. yas says:

    Aku penah buat gak mende2 cam ni…tapi aku make sure aku gi kejap dan tingkap kete aku tu aku bukak sikit…baru ni mase adik aku kawen…ade makbapak tu tinggalkan anak dlm keta sbb anak2 tido…anak dia kecik lagi…menangis….seb bek keta dia tak kunci…mmg bahaya perbuatan nihh
    yas baru je tulis kisah 10 Tag dari FiezaradziMy Profile

    1. tehr says:

      kat kampung sebelah pernah ada kes larikan kereta dengan anak kecil ni
      jenayah macam ni tak kira kawasan

  7. Cik Siti says:

    memang risau tinggalkan anak dalam kereta. sekelip mata pun boleh terjadi apa-apa. yang seeloknya tinggalkan anak biar ada penjaga.
    Cik Siti baru je tulis kisah #8 Wordless wenesdayMy Profile

    1. tehr says:

      memang sangat elok tu, cik siti
      bawa penjaga lebih tenteram dan selamat

  8. LadyBird says:

    cikgu.. kalau tgl kat dlm kereta ade dua kemungkinan..
    kemungkinan pertama anak dan kereta dilarikan..

    dan kemungkinan kedua.. adalah andai berlaku kebocoran ekon.. anak akan mati disebabkan keracunan gas karbon monoksida..

    susah sgt ke nak bw anak kuar dr kereta.. pelik betullah mak ayah anak tu.. x fikir keselamatan langsung..
    LadyBird baru je tulis kisah Kekalkan Tiang RumahmuMy Profile

    1. tehr says:

      lebih selamat dukung je
      tak pasal2 nanti kita juga merana

      1. surihati_ku says:

        anak nak melahirkan bukan mudah,klu ilang merana seumur hdup..
        surihati_ku baru je tulis kisah Blogger Yang Paling Banyak Bercakap_11/2011My Profile

  9. chii says:

    yang bawa lari tu satu hal..yang banyak juga kes sebelum ni..anak mati kelemasan dalam kereta…tu lagi kesian..hurm..

    1. tehr says:

      tu la pasal, chii
      harap2 lepas ni kita tak dengar lagi kes2 macam ni

  10. zulkbo says:

    salam..
    pada saya lebih baik jangan tinggal
    tak mau ambil risiko..lagi pun kalau
    tinggal tak pasang aircorn..panas tu
    lain pula jadi nanti
    zulkbo baru je tulis kisah Cara Bergambar Memasang Badge Google + Di BlogspotMy Profile

  11. b3njy says:

    itulah yang bahayanya jika tinggalkan anak. Rasanya cerita ni dah banyak kedengaran tetapi mereka yang berbuat demikian tidak belajar dari kesilapan. Bila pula ada cerita siri bapa bercakap dengan anak – bila anak tak nak ikut ayah mahu tinggal di kereta ?
    b3njy baru je tulis kisah TRAFIK BLOG TAMBAHAN SELEPAS PING BLOGMy Profile

  12. b3njy says:

    aik ! baru perasan gambar b3njy ada kat side bar :D
    b3njy baru je tulis kisah TRAFIK BLOG TAMBAHAN SELEPAS PING BLOGMy Profile

    1. surihati_ku says:

      benjy tersipu malo heee
      surihati_ku baru je tulis kisah Rasulullah SenyumMy Profile

    2. Juan says:

      serius aku jeles benjy, lepas ni kompem aku plak, hehehe
      Juan baru je tulis kisah Projek Hari JumaatMy Profile

  13. surihati_ku says:

    saya sanggup kelek anak.sb takut di culik.kan ada kes baru2 ni budak kena culik kt area restoran kedai mkn huhu…
    surihati_ku baru je tulis kisah Petua Merawat Bisa Lipan Atau LebahMy Profile

  14. ahmad kamil says:

    hmm..lebih baik jangan tinggalkan anak dalam kereta, kalau nak tinggal kena ada penjaga.
    Pandangan teman, penculik budak ni bukan boleh kira, kalo dia nak culik tu, mmg dia buat apa sahaja lebih2 lagi bila kanak2 tu tinggal sorang.
    ahmad kamil baru je tulis kisah Radio Frequency Identification (RFID)- Projek kumpulan ILLUMINATIMy Profile

  15. Ikat batu biar rata
    susun sekata berderet sama
    anak di tinggal dalam kerata
    sekejap boleh jangan lama

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    claim insurans motorsikal langgar kereta
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tip periksa kerosakan dan Servis RadiatorMy Profile

  16. Pacifista says:

    baik jangan tinggalkan terus.takpe,bawak je.mungkin menyusahkan sedikit tapi keselamatan tu yang berbaloi untuk disusahkan… :)
    Pacifista baru je tulis kisah Contest Gadget Impian: Like, +1, Tweet, Tolonglah…My Profile

  17. adele says:

    kalau bawak anak sedara gi jalan-jalan, kalau nak singgah kedai depan mata sekali pun sy tak sanggup tinggalkan..cuba membayangkan kehilangan diorg disebabkan kecuaian dan kebodohan kita sendiri..bersalah seumur hidup nanti…
    adele baru je tulis kisah Kolestrol oh KolestrolMy Profile

  18. faizul says:

    Semua cadangan kat atas tu bagus, sebab semuanya sama macam apa yang saya nak cadangkan.

    Tapi, kalau saya betul2 terpaksa tinggalkan anak (esp kalau dia tak nak ikut) saya akan buka tingkap dan lock. Pastu mata asyik ke kereta sahaja.
    faizul baru je tulis kisah Berurusan dengan ‘Haters’My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun