Tips Dan Panduan Tingkatkan Traffic Blog

Banyak tips atau panduan yang telah dibuat oleh para blogger terdahulu mengenai cara-cara untuk menghasilkan sebuah blog yang baik. Mereka sememangnya tahu rahsia berblog kerana blog mereka menerima traffic yang tinggi. Pendapatan hasil blog mereka juga memuaskan! Di bawah ini adalah beberapa panduan yang sempat saya ambil dan saya sekadar mengubahnya kepada bentuk puisi sahaja.

sangat cantik colourful gaya
sekadar hiasan wanita remaja
tulisan besar caps lock pula
sekejap dibaca sakit kepala

tulisannya mungkin kecil sekali
dapat dibaca penulis sendiri
besar berganti berselang-seli
sekejap singgah diangkat kaki

tidaklah salah meminati lagu
santapan jiwa makanan kalbu
tetapi autoplay jangan begitu
ada pengunjung rasa terganggu

rajin menulis membuat karangan
panjang tulisan tanpa perenggan
jemu dibaca pengunjung sekalian
juga tak cantik dalam pandangan

cuba letakkan sekeping gambar
menambah seri bertambah sinar
bersaiz kecil dan jelas terpapar
janganlah pula terlampau besar

berbagai gajet kalaulah diletak
di tengah di tepi berbagai kotak
apabila loading lambat bergerak
seperti siput sedang merangkak

berblog untuk semua pembaca
jauhilah sms gaya berbahasa
sukar difahami apakah cerita
blogmu akan dilupakan sahaja

Saya sendiri masih dalam proses belajar bagaimana mahu menarik pengunjung yang ramai ke blog Teh Ramuan ini dengan membaca tutorial yang terdapat di internet. Panduan-panduan mengenai keywords dan SEO yang telah sedia ditulis oleh para blogger masih saya baca sehingga kini. Sukar juga bagi saya untuk memahami dan melaksanakannya, tapi saya masih tidak berputus asa dan akan terus mencuba.

TehrDemikian kisah 'Tips Dan Panduan Tingkatkan Traffic Blog' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


2 Comments

  1. Rizdan says:

    Memang sulit mencari pengunjung sebanyak-banyaknya untuk blog milik yang masih pemula
    Asal berkwalitas,sabar dan sering update itu adalah SEO gaya baru,
    Rizdan baru je tulis kisah Tunjukkanlah Sifat Santunmu Kepada Semua OrangMy Profile

  2. kimmie says:

    saya masih lagi belajar tentang tips-tips berblog ni, masih banyak kekurangan yang perlu dibaiki
    kimmie baru je tulis kisah Pernah dengar “Info Terlaris Masa kini” ?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun