Tinggi-Tinggi Si Matahari

Yao Ming merupakan seorang pemain bola keranjang yang berasal dari China. Beliau bermain bola keranjang bersama Houston Rockets sejak 2002 hingga sekarang. Dilahirkan pada 12 September 1980 di Shanghai, mempunyai ketinggian 7 kaki 6 inci (2.29 m) dan berat badan 310 lb (141 kg).

Sungguh tinggi si Yao Ming ni. Lebih sekaki berbanding ketinggian Mr Tehr sendiri. :D Bercerita mengenai tinggi, masyarakat kita sejak dahulu hingga sekarang sememangnya tidak jauh ketinggalan. Kita ada kisah hantu tinggi, jatuh dari tempat tinggi serta kisah angan-angan Mat Jenin yang memasang impian setinggi gunung.

yao mingbuai tinggi-tinggi
sampai cucur atap
adik belum tumbuh gigi
dah ada handphone lipat

tinggi-tinggi si matahari
anak kerbau mati tertambat
kakak belum pandai mengaji
tapi sudah pandai mengorat

rumput tinggi di tepi hutan
bintang timur tinggi melambung
mengharap rezeki seluas lautan
malasnya abang setinggi gunung

Tahniah kepada sahabat Toyol Kiut dan Hadi Rofiee yang berjaya meneka dengan cepat dan tepat Cuba Teka 6 semalam. Mereka berdua nampaknya memang peminat sukan bola keranjang yang cekap. Beberapa orang sahabat lain juga sependapat dengan jawapan mereka cuma agak kelewatan. Terima kasih kepada semua dan tahniah sekali lagi kepada Toyol Kiut dan Hadi Rofiee.

TehrDemikian kisah 'Tinggi-Tinggi Si Matahari' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


71 Comments

  1. kaizen says:

    ngeh3… congratz kepada yang menang… ngeh3…

    siyes aku tak tau! hahahhaa
    kaizen baru je tulis kisah TuToRiaL aDoBe BaSiC CRoP TooLMy Profile

    1. tehr says:

      peminat yao ming tu :D

      1. Mus says:

        diorang ni mmg hebat.. walaupun hanya mata sahaja yang nampak.. hebat!!
        Mus baru je tulis kisah Gambar Menarik Di Sibu – Jambatan Batang LebaanMy Profile

        1. tehr says:

          betul tu, mus
          hanya lihat mata je mereka kenal orangnya

  2. suri says:

    alahai terasa pula diru ini rendah cam buduk tingkatan 1 huuu…

    1. tehr says:

      memang tinggi dia ni, suri
      7 kaki lebih tu
      mendongak je la kita :D

      1. benjy says:

        Ye betul tu tailor nak ukur baju dia terpaksa guna lif .. opss silap … guna tangga … hehehehe
        benjy baru je tulis kisah PERTARUNGAN DENGAN GERGASI BATUMy Profile

        1. tehr says:

          nampak macam ori je, mus :D

  3. puteri says:

    hehe..
    saya xtinggi
    :)
    :)

    psstt..
    hebat bola keranjang ok..
    jgn mata…
    :P
    puteri baru je tulis kisah telur ayam tiruan – ayam ada tiruan takMy Profile

    1. tehr says:

      betul3x
      jangan hebat mata keranjang dah la

  4. adele says:

    erk,ini ke orgnya..hehe.mmg tak pernah tgok :D
    adele baru je tulis kisah Gambar- Dunia Di Sebalik Titisan HujanMy Profile

    1. tehr says:

      lebih ramai peminat bola sepak sebenarnya, adele

      1. Mus says:

        sukan bola keranjang mmg kurang org kita turut serta
        Mus baru je tulis kisah Gambar Menarik Di Sibu – Jambatan Batang LebaanMy Profile

  5. Hadi Rofiee says:

    Alhamdulillah, terima kasih juga kerana penghargaan (banner) yang diberikan. i’Allah, menanti cuba teka seterusnya pula. :-)

    Tahniah untuk semua. ;-)
    Hadi Rofiee baru je tulis kisah KehidupanMy Profile

    1. tehr says:

      terima kasih kembali kerana hadir sama meriahkannya :D
      bro hadi memang cekap
      tahniah

      1. Hadi Rofiee says:

        Sama2 juga. ;-)
        Hadi Rofiee baru je tulis kisah Saraf VagusMy Profile

        1. Ismail N says:

          Tahniah Hadi… pandai main mata nampak? :D

    2. Norgadis says:

      Tahniah Hadi, kau memang hebat…
      Norgadis baru je tulis kisah Apa Yang Berlaku Di Malam Pementasan Teater PERWILAMy Profile

  6. sud@is says:

    tahniah pada pemeang
    hebat betul……
    sud@is baru je tulis kisah Loghat KNMy Profile

    1. tehr says:

      mereka berdua memang cekap
      secekap yao ming buat jaringan :D

  7. Cik Siti says:

    tahniah siapa yang meneka dengan betul tu….
    Cik Siti baru je tulis kisah SEMOGA CERIA DI HARI MINGGUMy Profile

    1. tehr says:

      hehe
      tahniah2 :D

  8. Cik Siti says:

    biar tak tinggi tapi cita-cita tu mesti tinggi… baru boleh tumbuh impian
    Cik Siti baru je tulis kisah SEMOGA CERIA DI HARI MINGGUMy Profile

    1. tehr says:

      bila dah tumpuh impian
      tabur juga benih2 usaha kat sekeliling
      kan, cik siti?

      1. Cik Siti says:

        betul… baru boleh capai kejayaan…
        Cik Siti baru je tulis kisah SEMOGA CERIA DI HARI MINGGUMy Profile

  9. benjy says:

    Bila rakyat malaysia memecahkan rekod manusia tertinggi di dunia … mungkin dengan kecancihan teknologi biologi tak hairan tahun 2020 mayalsia bakal mendominasi manusia tertinggi di dunia … siap masuk genius record lagi … setakat ini malaysia masih boleh berbanga dengan ketinggian gunung kinabalu dan menara kembar petronas …:)
    benjy baru je tulis kisah PERTARUNGAN DENGAN GERGASI BATUMy Profile

    1. tehr says:

      minta2 jangan terbangga dengan jumlah kes buang bayi paling tinggi dah la
      hehe

  10. akubiomed says:

    Tanniah kepada pemenang. Terlewat sertai contest kali ini walaupun tahu siapakah pemilik mata yang sepet itu :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Aku juga mahu perhatian blogger popularMy Profile

    1. tehr says:

      lain kali mungkin rezeki, bro
      terima kasih kerana masih datang meriahkannya

  11. toyol says:

    wah..
    kali ptama betul teka ni..

    a’ah, mmg tinggi mamat ni bbanding rakan spasukannya yg lain..
    toyol baru je tulis kisah IMPIANMy Profile

    1. Norgadis says:

      Tahniah toyol, percubaan yg bagus…
      Aku teka mata ni memang tak pandai huhuhu…
      Norgadis baru je tulis kisah Apa Yang Berlaku Di Malam Pementasan Teater PERWILAMy Profile

    2. tehr says:

      hehe
      tahniah, tk
      tahniah dan terima kasih juga

  12. dyea says:

    buai tinggi-tinggi
    sampai cucur atap
    adik belum tumbuh gigi
    dah ada handphone lipat

    tertarik ngan pantun ni..mmg la budak zaman sekarang kan..tepon dorng lg canggih dr tepon kiter..sbb tu banyak masalah sosial sbb tepon je leh download mcm2 yg tak sepatutnya…

    1. tehr says:

      tu la pasal, dyea
      budak2 sekarang dah salah guna kemudahan teknologi
      bagus kalau buat simpan gambarajah ke, peta ke, pdf nota ke
      kan? :D

  13. Lorrr ada peraduan teka ke.. aiseh menn..
    X perasan plok… huhuhuh
    aktechpage.com baru je tulis kisah Komen MAC 2011- Sejuta Penghargaan Terima KasihMy Profile

    1. tehr says:

      sekadar suka2 je, bro
      sambil letak banner kawan2 :D

    2. dnoBiz says:

      aku dah lama tau Mal cuma teka je tak pernah betul
      dnoBiz baru je tulis kisah Bila Bas Kemalangan – Penumpang Hina Dari PelacurMy Profile

  14. Norgadis says:

    bintang timur tinggi melambung
    ikan di tasik berenang riang
    malasnya abang setinggi gunung
    rezeki datang terbang melayang
    Norgadis baru je tulis kisah Apa Yang Berlaku Di Malam Pementasan Teater PERWILAMy Profile

  15. Tinggi gila dia ni…. :)
    Ni kalau kat Malaysia ni, mau terlanggar pintu rumah orang je kerja… :)
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah We are backMy Profile

    1. tehr says:

      memang dah pasti
      dia akan benjol dahi
      atau juga patah gigi
      langgar pintu tiap hari :D

  16. ghost writer says:

    ya aku tahu kalau aku sudah terlewat menjawabnya…

    tapi yg penting tekaan aku tepat dan penuh yakin..

    hahaha
    ghost writer baru je tulis kisah quisMy Profile

    1. tehr says:

      apa nak buat, ghost
      ruangannya hanya dua aje :D

      aku juga yakin ramai yang dapat menekanya
      cuma terlewat je

  17. mie says:

    wah..
    dah tepat cuma terlambat saja..
    ehehee
    mie baru je tulis kisah Petronas Malaysia Grand Prix F1 2011My Profile

    1. tehr says:

      yups
      ramai yang terlewat
      tq untuk mie juga

      1. mie says:

        ur welcome…
        dah lama xmenang ni..
        ehehehee
        mie baru je tulis kisah Petronas Malaysia Grand Prix F1 2011My Profile

  18. alahai..tak tau apa2 pun pasal bola keranjang..

    tinggi-tinggi kelapa bali,
    mana nak sama si pohon bunga,
    cubalah letak gambar Nani,
    pasti ia dapat diteka

    xD
    tengkorak emas baru je tulis kisah Di sebalik masalahMy Profile

    1. tehr says:

      hehe
      aku masih mencari cari gambar wanita yang sesuai
      belum jumpa lagi ni

  19. dnoBiz says:

    Pada Aku ketinggian bro Tehr pun dah cukup tinggi, tapi kalau sekaki lebih tinggi tu seram lak…
    Ps :mesti gayat :D
    dnoBiz baru je tulis kisah Cerita Telur Palsu – Best ke kisah Telur Ni… My Profile

    1. tehr says:

      kalau dengan dia ni
      aku pun mendongak, dno :D

      apa la yang dimakan oleh mamat ni

  20. Ali ridha says:

    mamat ni memang tinggi pun.
    Ali ridha baru je tulis kisah Pak cik Yahudi tunggu teksiMy Profile

    1. tehr says:

      cukup2 segalah ni :D

  21. Affan says:

    owh yao ming, saya memang takde idea lansung hehe
    Affan baru je tulis kisah Pengalaman Sekolah Yang Mampu Membuatkan Anda TersenyumMy Profile

    1. tehr says:

      lain kalai harap2 ada idea, bro :D

  22. decrewz says:

    Hu3.. X sempat nak join.. :)
    decrewz baru je tulis kisah Cara Tukar Permalink Tanpa Hilang TraffikMy Profile

    1. tehr says:

      tak apa, jai
      ambil step dulu
      hehe

  23. hawa says:

    salam tehr…
    pantun yang unik…diubah suai tapi bawa makna
    hawa baru je tulis kisah Hajat Kedua – Sedih @ Gembira My Profile

    1. tehr says:

      ingat nak jemput hawa berpantun
      bila la agaknya ada peluang :D

  24. Ladfe Amir says:

    you ming adalah pemain paling tinggi setakat ni dlm nba.
    Dia juga adalah pemain pertama negara china yg ‘dijemput’ main di nba.

    Selain berkebolehan melakukan aksi dunk.. Beliau juga pernah bt kejutan menjaringkan bola 3mata.
    Pun begitu kalu tak silap,beliau direhatkan drpd pasukan kerana patah kaki

    1. tehr says:

      ya ke, bro?

      1. Ladfe Amir says:

        bkn setakat berehat biasa. mungkin sampai penghujung musim sekali lagi. silap2 boleh bersara terus.
        tak boleh bermain utk 86 perlawanan yg berikutnya. mmg sadis la jawabnya
        Ladfe Amir baru je tulis kisah Maxis Sudah Bayar HutangMy Profile

  25. yas says:

    Tahniah kepada pemenangnya…hebak2 wehh!!!
    yas baru je tulis kisah Sepang F1 2011 Lotus Renault ketigaMy Profile

    1. tehr says:

      meme hebak2
      haha

  26. hafizmd says:

    Ni memang tinggi sungguh ni…lebih 2 kaki dari ketinggianku…kecik pulak rasa…hehe…

    Burung helang terbang tinggi
    Terbang tinggi mencari mangsa
    Tahniah kepada Toyol & Hadi
    Anda berdua hebat meneka
    hafizmd baru je tulis kisah Tak belajar kat sekolah keMy Profile

    1. tehr says:

      terbang tinggi mencari mangsa
      turun hinggap di bumbung rumah
      mereka berdua hebat meneka
      sekali lagi diucapkan tahniah :D

  27. shameel says:

    Tahniah kpd peneka yg tepat ( Hadi dan Toyol). Nak cuba join jugaklh lepas ni
    shameel baru je tulis kisah kerja RUMAHMy Profile

    1. tehr says:

      boleh2
      insya allah 2 minggu lagi
      jangan terlewat tu

  28. Ismail N says:

    silap tido awal.. kalau tak confirm kawe dapat jwb punya. :D Mau pakai iPad ler lepas ni supaya senang update…
    Ismail N baru je tulis kisah Burning The Midnight OilMy Profile

  29. zik says:

    memang tak detect langsung.. rupanya2 si mao ying
    zik baru je tulis kisah Mustahil hidup tanpa hutangMy Profile

  30. nasslimdiet2 says:

    tahniah kepada pemenang. tinggi betul dia ni
    nasslimdiet2 baru je tulis kisah Pelancaran produk Sleep Time di MalaysiaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun