Tinggi Dan Berat Badan Ideal

Dah macam-macam bising kat negara kita sekarang mengenai kantin sekolah, obesiti pelajar dan cara pemakanan masyarakat. Apa kata kita pakat-pakat tengok sama ada kita sendiri terlebih atau terkurang berat badan. Cara mengira Body Mass Index [BMI] ialah Berat badan (kg) / (tinggi badan (m) x tinggi badan (m)) mengikut standard yang dikeluarkan oleh WHO.

Classification BMI(kg/m2)
Principal cut-off points Additional cut-off points
Underweight <18.50 <18.50
Severe thinness <16.00 <16.00
Moderate thinness 16.00 – 16.99 16.00 – 16.99
Mild thinness 17.00 – 18.49 17.00 – 18.49
Normal range 18.50 – 24.99 18.50 – 22.99
23.00 – 24.99
Overweight ≥25.00 ≥25.00
Pre-obese 25.00 – 29.99 25.00 – 27.49
27.50 – 29.99
Obese ≥30.00 ≥30.00
Obese class I 30.00 – 34.99 30.00 – 32.49
32.50 – 34.99
Obese class II 35.00 – 39.99 35.00 – 37.49
37.50 – 39.99
Obese class III ≥40.00 ≥40.00

Salin dari laman World Health Organization [WHO]

Lagi senang masukkan saja tinggi dan berat anda ke dalam kotak yang saya sediakan di bawah. Harap-harap sahabat tidak pula terlebih atau terkurang berat badan. Mesti selalu hensem dan anggun, ok. :D

kalau terkurang berat badan
memang tidak cukup makan
mungkin juga kurang perhatian
dalam hal menjaga kesihatan

kalau badan sudah obesiti
memang makan tak berhenti
atau tak pilih apa-apa lagi
asal lapar semuanya jadi

bila makan kena beringat
buat pilihan dengan cermat
kelak badan menjadi sihat
hensem anggun semua terpikat

TehrDemikian kisah 'Tinggi Dan Berat Badan Ideal' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


52 Comments

  1. zik says:

    hurm kurus nie.. kena tambah berat badan lagi…
    zik baru je tulis kisah 11 tips mengatasi masalah kenaikan harga barangMy Profile

    1. tehr says:

      katanya nasi lemak boleh tambah berat, bro

      1. Mus says:

        kena melantak nasi lemak lah tu
        Mus baru je tulis kisah Mencuba Nasib di DiGi WWWOW Awards – Picture of The YearMy Profile

        1. tak sabar tunggu pagi..nak sarapan nasi lemak :D

          1. bEe says:

            Uiikkk… mmg nasi lemak boleh tambahkan berat badan tp kena ingat…. berapa byk kolestrol & karbohidrat dlm nasi lemak tu. Kalau hari2 mkn nasi lemak (walau tetap maintain kurus) sbnrnya dlm badan dah berkumpul kolestrol tu ;)
            bEe baru je tulis kisah Aku Mencari 1-111My Profile

      2. akubiomed says:

        Pisang pun boleh menambahkan berat badan tapi tidak boleh ambil selalu kerana mempunyai kandungan gula yang tinggi

    2. nasslimdiet2 says:

      kalau ko nak tampah berat try la minum weight gain. dulu masa aku kurus aku minum weight gain memang berkesan. tapi makan kene banyak sikit la pastu kurangkan sikit aktiviti sukan.hehehe
      nasslimdiet2 baru je tulis kisah TGV Birthday Suprise dari NuffnangMy Profile

  2. tuhla..skrg ni ramai sgt bdak2 obese..mana taknya,asik makan fast food je..huhuhu..

    1. tehr says:

      fast food memang tak bagus
      semua jadi cepat je
      cepat makan, cepat gak obes

      1. Mus says:

        cepat jugak lapar balik..
        kenyang tu sekejap jer..
        Mus baru je tulis kisah Apabila Anak Dah Ketagih KartunMy Profile

  3. LiFe KaMi says:

    nampaknya dua2 kami normal range lagi..
    seronok plak..hehe
    pemakanan tu harus dijaga,
    jgn terlalu mengikut hati yang sedap je,
    nant takut berpenyakit dikemudian hari..

    1. tehr says:

      wah, tahniah2
      macam pinang dibelah dua :D

      1. bEe says:

        BAGUS…. CHAIYOK!!!!! ;)
        bEe baru je tulis kisah Aku Mencari 1-111My Profile

  4. sud@is says:

    kesian kanak2 obes

    makanan perlu dijaga untuk lebih sihat
    fikiran yang cergas, BMI yg mantap

    1. tehr says:

      hensem dan anggun
      semua terpikat
      hehe

  5. Cik Siti says:

    pernah juga jumpa doktor buat BMI ni… doktor kata awak tak tally… awak rendah berat lebih… kena kuruskan badan hu…hu..hu…

    1. tehr says:

      ada yang kata jangan makan nasi lemak
      hehe

      1. Cik Siti says:

        hahaha…. sesekali x pe
        Cik Siti baru je tulis kisah Bijaknya anak-anak sekarangMy Profile

  6. padin says:

    BMI 24, masil dalam normal range ekekee
    padahal dah border tu

    1. tehr says:

      ok lagi tu, bro
      belum keluar sempadan :D

  7. toyol says:

    TK doktor cakap, mcm orang tak cukup mkn..
    hehe..
    toyol baru je tulis kisah SERIUS DALAM GURAUANMy Profile

    1. tehr says:

      apasal, tk
      tak ada selera makan ke?

  8. adele says:

    BMI 19.23

    erk,ok x ok? rsa ok je..skrg pun rsa dah berisi ckit..chubby2 gitu..wahaha :D

    1. maza says:

      tinggi adele berapa ek?

      hehehe
      maza baru je tulis kisah Garden of Eden- Contest Organised by Gubuk Kecil Kembara JalananMy Profile

      1. adele says:

        tinggi 166cm..huhu

        cik maza plak?haha

        1. maza says:

          172 cm… hehehe

          ouch! Jgn bayangkan yg bukan2 ya kengkawan.. hahaha
          maza baru je tulis kisah Garden of Eden- Contest Organised by Gubuk Kecil Kembara JalananMy Profile

          1. maza says:

            heheh.. maza tau berapa berat adele skrg.. hahahaa
            maza baru je tulis kisah Garden of Eden- Contest Organised by Gubuk Kecil Kembara JalananMy Profile

          2. adele says:

            owh tidak.trick rupanya. anda menceroboh rahsia besar perempuan!! haha

            berat tu amatlah sensitip. :D

          3. bEe says:

            @maza : suka tau nak minta kami fikir double meaning ;)

            @adele : maza kan………. biasalah dia tu!!!! LAYAN jer ;)
            bEe baru je tulis kisah Aku Mencari 1-111My Profile

          4. nasslimdiet2 says:

            pandai betul tuan maza ni memasang perangkap.kantoi terus.hehehe
            nasslimdiet2 baru je tulis kisah TGV Birthday Suprise dari NuffnangMy Profile

    2. tehr says:

      memang cantik sangat tu, adele
      tahniah dapat kontrol anggun :D

  9. ghost writer says:

    setiap pengal mesti ada penilaian nih dilakukan hanya untuk memastikan setiap orang punya kecergasan maksima…biasalah terlalu banyak tenaga nak guna dalam menjalankan tugas.
    ghost writer baru je tulis kisah laparMy Profile

    1. tehr says:

      ya la, ghost
      kalau dah terlebih berat
      memang payah nak bergerak laju

  10. maza says:

    Urap meranti si kelapa parut
    Kuah lopes taruk ulam pegaga
    Angkat besi jelas urat bertaut
    kempis tiada perut begitu juga..

    huhuhu.. cam mana tu ckigu?!
    aderkkk..

    hahahhahaah
    maza baru je tulis kisah Garden of Eden- Contest Organised by Gubuk Kecil Kembara JalananMy Profile

    1. tehr says:

      urat dawai tulang besi
      hanya gigi makin longgar
      makan petang makan pagi
      tiada memilih ketika lapar

      1. bEe says:

        @maza : puasa sebulan… tp masa berbuka jgnlah melantak ;)
        bEe baru je tulis kisah Aku Mencari 1-111My Profile

  11. MDHAFiZ.NET says:

    terkurang makan daa…. :)

    1. tehr says:

      jangan macam batang galah dah la, bro :D

    2. mie says:

      kena seimbangkan makanan..
      baru ideal bmi tu..
      eheheheee
      mie baru je tulis kisah Gambar Perkahwinan Diraja Prince William &amp Kate MiddletonMy Profile

    1. tehr says:

      tahniah, mus
      ada orang kata bila dah berkeluarga
      badan mesti naik
      hehe

      1. padin says:

        wah ye ke hehee
        ada kemungkinan lepas sempadan aku nanti huu

  12. mie says:

    alamak!!
    termasuk dalam normal range..
    ok ke tu? heheheee
    mie baru je tulis kisah The Great ChurpChurp Race WinnerMy Profile

  13. buat pilihan dengan cermat
    supaya seluar tak jadi sendat
    hensem anggun semua terpikat
    BMI lepas kerja pun dapat

    :D

    TE sebelum temuduga spa ada menjalani ujian fizikal dan berat badan hehe so BMI normal range

    1. bEe says:

      Syabas TE!!!! hehehe :-)
      bEe baru je tulis kisah Aku Mencari 1-111My Profile

  14. bEe says:

    Mcm bEe pulak, masa anak dara trang tang tang kategori KURUS…
    Skang ni pulak dlm kategori normal range…. heheheh

    bEe takleh melebihi 50kg mau digelar cik embam…. uwaaaaaaa!!!!!!!!!!!!
    bEe baru je tulis kisah Aku Mencari 1-111My Profile

  15. titan says:

    masih maintain dalam kelas kurus. Nasib tak masuk kelas obes. haha..
    titan baru je tulis kisah Best ke belajar kat MatrikulasiMy Profile

  16. akubiomed says:

    Berat saya masih ideal lagi walaupun di sempadan dibawah berat badan. Cuma bimbang kandungan kolestrol tidak kira berbadan besar atau kurus berisiko mempunyai kolestrol tinggi.

    Jangan asyik menitik berat badan sahaja kerana perkara lain yang mengancam kesihatan patut dititik berat juga

  17. cik tom says:

    alhamdulillah bmi cik tom ok…tapi rasa nak kuruskan sikit lagi baru best kot..heehe
    cik tom baru je tulis kisah Giveaways Julung Kalinya Dari Cik TomMy Profile

  18. Norgadis says:

    Kalau umur dah meningkat ni susah pula nak turunkan berat badan huhuhu…
    Norgadis baru je tulis kisah Santai Puisi Perwila Sabtu IniMy Profile

  19. insan normal says:

    —- normal tetapi semakin dekat menghampiri overweight —— mmmmmmmmm

  20. ann lian says:

    Emm..still maintain msh lam class nrmal range… : )

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun