Tiket Perlawanan Akhir Piala FA 2013 Habis

Peminat bola sepak Kelantan ramai yang kecewa apabila gagal mendapatkan tiket Perlawanan AKhir Piala FA 2013 antara Kelantan dan Johor Darul Takzim. Tarikh perlawanan akhir ialah pada 29.06.13 di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti.

Kekecewaan mereka terserlah apabila sanggup mengejar kerani tiket di Stadium Sultan Muhammad Ke-4 hingga ke dalam stadium bila tiket Perlawanan Akhir Piala FA dikatakan habis dijual dalam masa beberapa minit sahaja.

Lucu, sedih dan geram juga melihat situasi ini.

aksi sebelum perlawanan akhir

Tiket Oh Tiket

tiket oh tiket
kenapa kau dah habis
macam mana aku tak habis
ulat banyak sangat
ulat banyak sangat

ulat oh ulat
kenapa banyak sangat
macam mana aku tak banyak
peluang dah diberi
peluang dah diberi

peluang oh peluang
kenapa ada ruang
macam mana tak ada ruang
aku pun nak senang
aku pun nak senang

aku oh aku
kenapa kau begitu
macam mana aku tak gitu
memang makanan aku
memang makanan aku
memang makanan aku
memang makanan aku

Bila ditanya jumlah tiket, katanya cukup. Tiket bola cukup. Tiket Perlawanan Akhir Piala FA 2013 cukup. Tiket bas cukup. Tiket keretapi cukup. Tiket balik kampung cukup. Tiket balik raya juga cukup. Tapi bila dilihat pada apa yang berlaku, memang berlainan sungguh. Dah bertahun-tahun, sama saja.

sungguh gemilang negeriku
yang ku puja oh tanah airku
di merata dunia
harum semerbak namamu
oh malaysia

TehrDemikian kisah 'Tiket Perlawanan Akhir Piala FA 2013 Habis' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


33 Comments

  1. papa mifz says:

    mesti trauma kerani tiket tuh…hehe
    papa mifz baru je tulis kisah Wordless Wednesday – Di Saat Lautan BergeloraMy Profile

    1. hafizmd says:

      maunye tak trauma…kena kejar keliling padang kot? hehehe
      hafizmd baru je tulis kisah Wordless Wednesday #39 Pantai Pandak ChenderingMy Profile

      1. TehR says:

        harap2 peminat tak berterusan marahkan beliau
        dia hanya menjalankan tugas

  2. kakiblog says:

    selongkar masalah ini hingga ke akar umbi..

    lepas nie..jual tiket melalui blog tehramuan.com ..confirm meletup punya
    kakiblog baru je tulis kisah Blogger Dan Mesin Penjawab Email Automatik TempatanMy Profile

    1. TehR says:

      boleh2
      admin 25 persen :D

  3. azura says:

    perasan kat tv…haiya abis sudah

    1. TehR says:

      sudah habis tapi khabarnya masih boleh dibeli

  4. cikgu naman says:

    kesian kat kerani tu

    tapi kalau kerani tu memang pakat dengan si ulat, geram jugak lah

    harapĀ² dia tak bersalah lah
    cikgu naman baru je tulis kisah WW-Bukan Nak Elak JerebuMy Profile

    1. TehR says:

      ya. harap2 dia tak terlibat dengan ulat tiket

  5. Mohd Shubhi says:

    dengar berita tiket habis dalam masa 15 minit…! berapa banyak tiket boleh dijual dalam masa 15 minit? ada yang tak kena tuh!
    Mohd Shubhi baru je tulis kisah Petua buat keputusan berhenti kerja atau tidak?My Profile

    1. TehR says:

      nampak macam ada yang tak kena
      hanya KAFA je yang boleh beri penjelasan

  6. fyna says:

    siap ada lagu lagi tue. tengok juga kat tv semalam pasal hal nih.
    fyna baru je tulis kisah Review Blog Bersama : Feroz OthmanMy Profile

    1. TehR says:

      lagu untuk menghiburkan hati je :D

  7. suri says:

    sebab dalam hati manusia itu ada sikap tamak
    suri baru je tulis kisah Bacalah Luahan Ini..My Profile

    1. TehR says:

      yups, macam2 sebab ada

  8. suri says:

    yelah kesian depa tak bersalah heeee..
    suri baru je tulis kisah Potong Pola Baju Kurung TradisionalMy Profile

    1. TehR says:

      hati peminat juga nak kena jaga

  9. Hairul Azni says:

    Ada benda yang tak kena tu..kena siasat..
    Hairul Azni baru je tulis kisah Maaf, Masa Saya Sangat BernilaiMy Profile

    1. TehR says:

      siasat dan umumkan hasil siasatan
      moga2 tak berlaku lagi di lain hari

  10. hafizmd says:

    Pelik bin ajaib. Mana perginya tiket byk2?

    Tgk jer nanti, tiba2 byk tiket yg ada utk dijual, tp harganya mungkin lebih mahal
    hafizmd baru je tulis kisah Wordless Wednesday #39 Pantai Pandak ChenderingMy Profile

    1. TehR says:

      satu kemungkinan yang hampir pasti tu

  11. maza says:

    Huhuhu.. maza turut rasa kecewa..
    tak dapat nak menonton perlawan akhir itu..

    kali ini bukan disebabkan tiket, tetapi terpaksa berkelana ke pantai timur… ada agenda kerja di situ.. uhuk!

    Jawabnya, ngadap astro ajelah sambil kunyah kepok lekor!

    1. TehR says:

      sama la kita, bro
      ngadap tv je :D

  12. akubiomed says:

    Malu melihat sikap orang kita tidak mencerminkan adab budaya timur dan lebih-lebih lagi sebagai seorang islam.
    akubiomed baru je tulis kisah Gambar eksklusif Floria Putrajaya 2013My Profile

  13. eiela says:

    kesian kerani tiket, tapi nak buat mcm mana setiap tahun tuh yg blaku. ramai yg mgamuk.
    eiela baru je tulis kisah Syukur Nikmat Jerebu Semakin PulihMy Profile

  14. hentam saja sama dia, jangan sampai penyokong tak datang tengok bola abes laa korang huhu
    Khairul Zamri baru je tulis kisah Apa kita tulis hari ini?My Profile

  15. AUC says:

    abis dah ke?
    tengok TV je la…

    harap kelantan boleh menang
    Gomo Kelate Gomo
    This is pantai timur hehehe
    AUC baru je tulis kisah Cara Membersihkan PusatMy Profile

  16. PerenLee says:

    Haha!Pandai juga awak olah lagu ya TehR..
    PerenLee baru je tulis kisah Kenapa Telinga GatalMy Profile

  17. Ismail N says:

    Beli tiket tengok wayang jer lah. Tengok Superman ker?
    Ismail N baru je tulis kisah Coffee Without SugarMy Profile

  18. Hafizul says:

    Emm mcm mana boleh habis ni..confius2..haha
    Hafizul baru je tulis kisah Program MyKad Smart ShopperMy Profile

  19. PerenLee says:

    Masalah “ulat” ini perlu diatasi segera oleh pihak yang berwajib,kalau tak akan mencemar dunia bola sepak di Malaysia.
    PerenLee baru je tulis kisah Jacobs Tawar RM100 RibuMy Profile

  20. titan says:

    confirm esok malam jalan jem. haha
    titan baru je tulis kisah Cerita Hantu Laptop.My Profile

    1. Hafizul says:

      Kedai makan pun turut jem…haha
      Hafizul baru je tulis kisah Rindu Sangat Kat AwakMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun