Tidur

Malam tadi blackout lagi sekali. Apa lagi yang hendak dibuat selain daripada tidur yang mengalahkan anak kecil. Sememangnya kita tahu anak kecil lebih banyak tidur berbanding orang dewasa. Semakin berumur seseorang, semakin kurang pula tidurnya. [Kalau ada yang semakin banyak tidur, pasti ada bahagian yang tak kena.]

kalau elektrik terputus lagitidur
gelap malam berkeliling diri
segala kerja payah nak jadi
tidurlah sahaja seperti mati

kalau diri banyak pekerjaan
badan pula dalam keletihan
tidur juga di mana keadaan
di belakang setor di tepi jalan

Tidur sekejap di tengah hari
bukanlah suatu kelakuan keji
badan menjadi segar kembali
seperti menjana semula bateri

Tahap kesihatan dan urusan seharian biasanya mempengaruhi tidur kita. Lebih-lebih lagi kalau hari hujan. Orang tua-tua kata, kalau banyak tidur di waktu siang itu musang. Tak sesuai lagi dengan dunia sekarang, kan? Yang pasti jangan tidur ketika memandu dan jangan berjalan ketika tidur. :D

Tidur juga adalah ‘mati kecil’ bagi seseorang. Sebab itu kita digalakkan membaca doa, berzikir atau membaca ayat-ayat Al-Quran sebelum tidur. Bukan membebel tak tentu hala, menyanyi atau memainkan lagu-lagu yang melalaikan. Orang tua-tua kita, kalau nak dodoikan bayi, mereka juga berzikir, bukan menyanyi atau menceritakan kisah dongeng Aladin Dengan Lampu Ajaib.

TehrDemikian kisah 'Tidur' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


57 Comments

  1. Cik Siti says:

    tidur adalah nikmat yang tiada terhingga…. cara untuk merehatkan badan dan minda… kalau tak cukup tidur pun tak boleh nanti badan letih dan semua kerja pun serba tak kena…
    Cik Siti baru je tulis kisah BEN ASHAARI – 5 BLOG PILIHAN HATIMy Profile

    1. tehr says:

      selalu juga saya tak cukup tidur
      tapi tak boleh banyak hari
      setakat sehari dua je

  2. Sekarang ni, urusan blog juga mempengaruhi tidur saya. :)
    Kalau sabtu dan ahad tu mungkin tak tidur. :D
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah Access block website with DNS IPMy Profile

    1. tehr says:

      saya pula selalu ganti tidur bila cuti hujung minggu :D

    2. yas says:

      Wahh..sampai x tidurr…dasat tuuu!!!
      yas baru je tulis kisah Gunung berapi Puyehue ChileMy Profile

      1. Blog baru ada banyak nak dijaga bro. Kena kerja keras sikit untuk permulaan.
        Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah How To Access Blocked Web SitesMy Profile

        1. Tapi bolehke bro kalau tak tidur langsung.Kalau saya tak tidur langsung, badan akan rasa letih sangat dan kerja tak jadi.
          PakarBuahPinggang baru je tulis kisah No Posts Were Found!My Profile

    3. benjy says:

      kau biar betul inda tidur sabtu dan ahad ? … ngeri sia dengar tu ..
      benjy baru je tulis kisah KECEMASANMy Profile

      1. Takdelah tiap Sabtu dan Ahad. Kalau ada nak tukar theme/template, kena buat nonstop. Kena buat auto post untuk blog2 semua. Sebab tu hampir nak tutup SBC sebab blog SBC banyak buang masa kami sebenarnya.
        Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah How To Access Blocked Web SitesMy Profile

  3. padin says:

    hehee.. kalau petang takde game,
    memang aku balik rumah, tidur…
    kena ubah tabiat nih

    1. tehr says:

      aku hanya main gam dengan rumput tepi pagar je, bro
      dah lama tak turun padang

  4. ghost writer says:

    kalau time malam blackout,gelap tak kisah bro..tapi bab takde angin tuh yang jadi rimas..panas jer.badan berpeluh biar malam.lain lar kalau angin malam laju giler masuk dalam bilik..

    ya,tidur itu koma.koma itu mati yg sekejap.
    ghost writer baru je tulis kisah terikat pada batu dalam ruang yang kelamMy Profile

    1. tehr says:

      tempat kami malam tadi hujan
      dah tu blackout
      jadi tak la panas sangat

  5. jumlah dan masa tidur tu bergantung juga dengan jam biologi seseorang..ada yg steady je tido 4 jam sehari, dan ada yg memang perlukan 6 jam..

    kita sendiri perlu jaga masa tidur, elakkan insomnia
    tengkorak emas baru je tulis kisah Wordless Wednesday II – Hidden Words- still WordlessMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu
      keperluan badan seseorang memang tak sama
      bagi aku, lima jam sehari dah cukup

    2. benjy says:

      itu merupakan fakta sains yang menarik ..

  6. wadud says:

    setuju tehr..
    tidur yang banyak kurang memberi manfaat kepada sesiapa pun..
    wadud sendiri mengalami..
    kalau tak tido sehari (blog jer) nanti dlam kuliah palajaran xmasuk..
    serius.. :0
    hehehe
    wadud baru je tulis kisah Bagaimana Gerhana Bulan Terjadi Beserta GambarMy Profile

    1. tehr says:

      memang kena cari kesempatan untuk cukupkan tidur
      kalau tak, pening je rasa :D

      1. yas says:

        Badan pun rasa x selesa…dok lenguh sana sini…huhuhu
        yas baru je tulis kisah Gunung berapi Puyehue ChileMy Profile

  7. izan ishak says:

    tidur sekejap boleh buatkan badan kita segar kembali~

    *lama tak singgah sini n komen2~
    izan ishak baru je tulis kisah Wordless Wednesday 3 – Cekodok Pisang &amp ABCMy Profile

    1. tehr says:

      saya la tu
      15 minit pun cukup

    2. benjy says:

      Ada org kata 5 minit pun cukup … betul ke tu ?
      benjy baru je tulis kisah KECEMASANMy Profile

  8. sud@is says:

    kalau blackout sah x boleh tido
    tak taulah kalu rumah kat tepi pantai tentu angin bersepoi
    sud@is baru je tulis kisah PakcikMy Profile

    1. tehr says:

      rumah kami dekat sawah, cik siti
      malam tadi pulak hujan
      memang syok je tidur :D

  9. benjy says:

    Yang bestnya tentang tidur ialah mimpi … itu pendapat b3njy je … hehehe … lagi-lagi mimpi yang ***** (terpulang kepada tuan punya badan …. hehehehe
    benjy baru je tulis kisah KECEMASANMy Profile

    1. tehr says:

      harap2 la mimpi best malam ni :D

  10. akubiomed says:

    Semalam petang kawasan perumahan tidak ada bekalan elektrik bermula jam 4 petang nasib baik bekalan kembali pulih sebelum pukul 7 malam.

    1. tehr says:

      kat rumah kami jam 4 pagi baru dapat bekalan
      tu yang buat kawe terjaga tu

  11. Hisyam says:

    jom tidur, dah lewat malam ni, still lagi blogwalking.
    Hisyam baru je tulis kisah Wordless WednesdayMy Profile

    1. tehr says:

      malam masih muda, bro :D

  12. Gayahspears says:

    tidur mati kecil ya???
    kalau mati besar tu meninggal ya??? hahaha

    hujan2 memang sedap tidur….
    jum tidur!!!
    krohkrokkroh~fuu >_<

    1. tehr says:

      aik, awal masuk tido, gayah
      hehe lupa
      malam ni malam jumaat ni :D

  13. puteri says:

    xde letrik, ujan = sejuk xpe..
    kalau pnas xleh tdo..
    sitambah pulak jika khadiran nyamuk
    hee
    puteri baru je tulis kisah cakes dayMy Profile

    1. tehr says:

      ada la juga nyamuk bertandang
      tapi dah sediakan bekalan untuk mereka :D

      1. tak susah nak sedikan bekalan utk nyamuk kan? :D
        Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Mengapa Kita Masih Perlukan ISAMy Profile

    2. Mus says:

      kesian melihat anak-anak yang kepanasan
      Mus baru je tulis kisah Kisah Kampung Yang Dahulunya HilangMy Profile

  14. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_—\_l__l—[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)–o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    اسلام عليكم

    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    kembara mahkota johor 2011 daulat tuanku

    eeeemmm mmg selalu tidur sekejap waktu tengah hari… buat buat layan mata diwaktu rehat bekerja…

    Tanam pinang di atas kubur
    Tanam bayam jauh ke tepi
    Walaupun musang sedang tidur
    Mengira ayam di dalam mimpi

    bahagi bubur sama rata
    dimakan dengan telur puyuh
    hendak tidur tidur lah mata
    usah di kenang orang yg jauh
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tips-tips periksa kereta untuk perjalanan jauhMy Profile

    1. tehr says:

      dimakan dengan telur puyuh
      ditambah lagi beberapa kali
      usah di kenang orang yg jauh
      orang di sini sedang menanti

  15. zulkbo says:

    salam..
    bab tidur siang ni yang paling best
    bila dapat lelap mata sekejap dalam
    10 minit di meja tempat kerja..aduhh
    asyiknya…
    :D
    zulkbo baru je tulis kisah Siapa Anonymous Penggodam Laman Web Kerajaan My Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      memang amalan saya ni
      sementara tunggu anak [sekolah menengah] pulang

      1. Mus says:

        tidur yang berkualiti.. walaupun cuma beberapa minit
        Mus baru je tulis kisah Tugu Peringatan Pahlawan Murut AntanomMy Profile

  16. maza says:

    Bumi dipijak belum kiamat
    Usah tersasar Jalan bersimpang
    Tidur nyenyak memanglah nikmat
    asal elak waktu asar matahari rambang
    maza baru je tulis kisah Terjah sama itu orangMy Profile

    1. tehr says:

      kalau tuan berhajat datang
      jemput singgah selepas asar
      bila petang elok ke padang
      atau merumput di tepi pagar

  17. zik says:

    kalau black out memang tidur lah jawabnya…. sini malam semalam hujan renyai2…
    zik baru je tulis kisah Gambar-gambar gerhana bulan 16 Jun 2011-My Profile

    1. tehr says:

      dah tak ada apa2 lagi yang nak dibuat
      semua kelam :D

      1. Mus says:

        pasti peluang untuk berehat sudah ada di depan mata..
        Mus baru je tulis kisah Perkongsian Resipi Untuk SemuaMy Profile

  18. titan says:

    tak ngantuk lagi. Jap lagi la tidur..
    titan baru je tulis kisah Edisi Siasat – Buat duit dengan ClicksorMy Profile

    1. tehr says:

      tidur awal, bangun awal, bro
      banyak faedahnya tu

      1. Mus says:

        memang betul tu..
        Mus baru je tulis kisah Jeti Kampung Kuala Abai- Kota BeludMy Profile

  19. erkkk kawe kalu blackout tak leh tido ehhh…
    so kawe call TNB/SESB berkali-kali sampai copat sikit baik… :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Mengapa Kita Masih Perlukan ISAMy Profile

    1. tehr says:

      hanya sekali kawe pernah call
      selalunya orang lain yang call dulu :D

  20. yusri says:

    saya siang tak tidur…malam bru tidur
    yusri baru je tulis kisah Jom Cikgu jadi Guru Bahasa JepunMy Profile

  21. tips-kurus says:

    mata saya nak mati kecil dah ni..
    tips-kurus baru je tulis kisah Mi Udang Banjir Tanjung KarangMy Profile

  22. Mus says:

    lebih baik tidur 10 minit yang berkualiti dari tidur 10jam yang penuh dengan mimpi sahaja..
    Mus baru je tulis kisah Kisah Kampung Yang Dahulunya HilangMy Profile

  23. Khidhir says:

    elektrik takde sy xleh tdo la tehr.. Panas.. Terpaksa b’jalan2..
    Khidhir baru je tulis kisah Tindakan SKMM Block Website File Sharing Tidak WajarMy Profile

  24. bEe says:

    bEe sgt takut bila tidur tak bgn2 lagi….

    Tp bEe pnh terbaca dlm satu kolum agama… Mati y plg baik adalah mati waktu tidur…. Wallahualam

  25. dyea says:

    tido yg paling tak best ialah tido masa pantang…time kita nak lelap baby lak bgn…hehehhehehe…klu tak sabar abisssssssssss
    dyea baru je tulis kisah patutkahMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun