Thumbnails Untuk Website

Entri pertama lepas cuti ini saya mahu berkongsi mengenai snapshots thumbnails yang telah saya letakkan di blog Teh Ramuan ini. Fungsingya untuk memaparkan image laman yang dibuat pautan/link. Cantikkan? Kerana ralit dengan benda ni, seharian saya tak sempat berkunjung ke blog rakan. :(

screenshots

Kemudahan yang disediakan oleh WebSnapr untuk sebarang pautan sama ada perkataan atau image. Contohnya boleh dilihat pada ruangan Pantun Pilihan Dari Sahabat pada blog ini. Snapshots blog sendiri [tehramuan] pun boleh.  :D   Gerakkan mouse dan screenshots akan dipaparkan.

orang berbudi kita berbahasa
orang memberi kita merasa
tak perlu bayar percuma saja
dia yang buat kita yang guna

Tiada sebarang plugin diperlukan. Hanya daftar dan dapatkan key percuma. Kita diberi pilihan samada mahu membuat snapshots untuk semua pautan atau hanya yang tertentu sahaja. Ubah suai pula boleh dibuat dengan memasukkan key di WebSnapr Preview Bubble ini.

TehrDemikian kisah 'Thumbnails Untuk Website' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


38 Comments

  1. Cik Siti says:

    dalam hati berbunga riang,
    bila melihat seperti kenal,
    ilmu yang ada bersilih datang,
    ilmu disampai sebagai bekal
    Cik Siti baru je tulis kisah Belajau bahasa MelakaMy Profile

    1. tehr says:

      jalan-jalan ke kota bharu
      pakai baju bunga-bunga
      tiada rugi berkongsi ilmu
      sama tahu sama gembira

  2. Princess says:

    Princess datang berlenggang aje
    Wah macam menarik aje!
    Princess baru je tulis kisah ESOK!!!! UrghhhMy Profile

    1. tehr says:

      cuba la daftar dan buat, princess :D

  3. Waaaaaaah….
    terima kasih ya tehr…
    Blehlah ni saya try untuk blog. tapi x menganggu loading ke?
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah How to install Google Web AnalyticsMy Profile

    1. tehr says:

      cubalah
      saya nampak tidak mengganggu loading
      script nuffnang lagi beratnya dan ambil masa untuk loading

  4. ghost writer says:

    semakin banyak info yang tehr bagi sekarang.
    mekasih ok..
    ghost writer baru je tulis kisah femmesMy Profile

    1. tehr says:

      sekadar tukang canang :D
      mungkin ada yang berminat, kan?

      1. suri says:

        minat juga yang watermak masih tak dapat lagi cari huuu..

  5. zulkbo says:

    salam saudara..
    nampak menarik
    akan saya cuba nanti..
    zulkbo baru je tulis kisah Gambar Unik Serata Dunia Koleksi MenarikMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      cuba dulu, kalau tak berkenan, boleh dibuang
      tak banyak yang perlu diubah

  6. zik says:

    menarik tuh .. ilmu baru yang tahu…
    zik baru je tulis kisah Zik the magician code- angkat tin minuman mengunakan straw yang tegakMy Profile

    1. tehr says:

      ya la, zik
      mana tahu terpikat nanti :D

  7. kaizen says:

    still tak paham untuk ape thumbnails nih~ huhuhu
    kaizen baru je tulis kisah SoMe PHoTo DuRiNG THiS WeeKeNDMy Profile

    1. tehr says:

      hanya sekadar sebagai hiasan, bro

  8. akubiomed says:

    Wah bro Tehr makin hebat sekarang. Tanniah banyak perkara mengenai blog dikongsikan sejak akhir-akhir ini :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Google tangkap Bing copy result Google searchMy Profile

    1. tehr says:

      sama guna kalau suka :D

  9. mie says:

    wow!!
    semakin banyak info menarik..
    ehheee
    mie baru je tulis kisah Exchange Link vs Exchange BannerMy Profile

    1. tehr says:

      jom kita pakat belajar dan guna

    2. mie says:

      nak guna belum lagi..
      simpan untuk masa depan..
      ehehehee
      mie baru je tulis kisah Kek Pilihan Bulan FebruariMy Profile

  10. Ismail N says:

    Menarik jugak ni cikgu…
    Mungkin consider guna di masa akan datang. :D

    1. tehr says:

      yups,
      pakat la tengok kalau2 berkenan

  11. toyol says:

    trima kasih cikgu..
    TK akan praktikkannya..
    toyol baru je tulis kisah MOTIVASIKAN DIRI SENDIRIMy Profile

  12. toyol says:

    cikgu..
    TK berjaya la buat satni..
    hehe..
    trima kasih daun keladi..
    toyol baru je tulis kisah MOTIVASIKAN DIRI SENDIRIMy Profile

    1. tehr says:

      tahniah2

  13. Hadi Rofiee says:

    orang berbudi kita berbahasa
    orang memberi kita merasa
    terima kasih kerana perkongsian yang berguna
    moga memperoleh manfaat sesama.

    p.s: baru belajar, salah silap minta beri tunjuk ajar. :D
    Hadi Rofiee baru je tulis kisah Ketegangan di Mesir &amp rakyat Malaysia di sanaMy Profile

    1. tehr says:

      buah cempedak di luar pagar :D

      1. Hadi Rofiee says:

        Ambil galah tolong jolokkan. :-)
        Hadi Rofiee baru je tulis kisah Semangat yang hilangMy Profile

        1. tehr says:

          mari kita sama2 belajar :D

          1. Hadi Rofiee says:

            Kalau salah tolong tunjukkan. :-)

  14. hafizmd says:

    orang memberi kita merasa
    orang tak beri jangan nak paksa
    bro tehr dah tunjuk ayuh cuba
    baru tahu apa rasanya
    hafizmd baru je tulis kisah Review Januari sambil jaga anak isteri…My Profile

    1. tehr says:

      kita sama-sama cuba
      nanti sama-sama rasa
      kalaulah tidak berjaya
      kita cari yang lain pula :D

  15. padin says:

    hehee saved dulu link yang di bagi, nanti nak cuba juga..
    macam menarik

  16. decrewz says:

    Buah cempedak diluar pagar
    Ambil galah tolong jolokkan
    Saya budak baru belajar
    Kenapa suruh saya jolok..ha3

    p/s : Bro tehr, berat tak lentak ilmu ni dalam blog?
    decrewz baru je tulis kisah Cara periksa gambar palsuMy Profile

    1. tehr says:

      kamu jolok baik2, jai

      apa kamu sedang jolokkan
      buah cempedak atau durian
      jangan pula salah tumpuan
      kelak terjolok sarang tebuan

      hahaha

      rasanya jauh lebih ringan dari skrip nuffnang

  17. Norgadis says:

    Tinggal jejak dibuku tamu
    kunjung mengunjung amalan mulia
    Datang sini menambah ilmu
    Agar hidup tambah ceria.
    Norgadis baru je tulis kisah Cara Membuat Menu LinkMy Profile

  18. kakyong says:

    teringin nak test kat blog… hehehhe… terima kasih berkongsi
    kakyong baru je tulis kisah Isu iFrame Traffic banner baru HeartBeatMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun