Thomas Tak Mahu Ke Mana-Mana

thomas tak mahu ke mana-mana
masih mahu kekal duduk di china
untuk ke korea juga dia tak suka
apa lagi bertandang ke negara kita

bila lagi kita dapat berjumpa thomas
tiap hari badminton kita makin cemas

silap kita pada thomas tidak cermat
ego kita pada thomas banyak sangat
kasih kita pada thomas masih rapat
rindu kita pada thomas makin hangat

lima musim thomas kekal di china
takkanlah mahu di sana sampai bila-bila…

TehrDemikian kisah 'Thomas Tak Mahu Ke Mana-Mana' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


39 Comments

  1. ProfHariz says:

    Thomas impian hanya menjadi mimpi ?
    ProfHariz baru je tulis kisah Blog Hariz Berwajah BaruMy Profile

    1. tehramuan says:

      entah bila agaknya mimpi jadi kenyataan

      1. hafizmd says:

        Bila impian jadi kenyataan?
        Agaknya bila tukar pengurasan!
        hafizmd baru je tulis kisah Utusan Maharaja RomMy Profile

        1. tehramuan says:

          khabarnya mereka nak tukar/cari jurulatih lain nanti

  2. perlukan pelapis yang berbisa seperti chong wei. usah bergantung harap pada seorang ayam tambatan.

    1. tehramuan says:

      memang itu yang diperlukan
      cuma cara nak dapat pelapis dan tingkatkan pelapis tu yang belum menjadi

      1. kesian kt chong wei..mcm terbeban lak..
        Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Realisasi Kenderaan ElektrikMy Profile

        1. tehramuan says:

          memang nampak sangat tu
          asal badminton je, chong wei

    2. chii says:

      setuju sgt2…harus dicari pelapis dgn kadar yg segera..kalau tidak..susah juga nnt
      chii baru je tulis kisah Mengenang JasaMy Profile

  3. zool says:

    Memang tak de yang mampu mencabar China tu..
    bilalah Malaysia nak pegang balik.. dah 20 tahun lebih tu
    zool baru je tulis kisah Skuad bolasepak Malaysia menentang Filipina dan SingapuraMy Profile

    1. tehramuan says:

      mungkin kena tunggu tembok besar tu runtuh dahulu baru kita dapat
      huhu

  4. akubiomed says:

    Sekali lagi negara tembok besar China sukar digugat.
    akubiomed baru je tulis kisah Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.My Profile

    1. tehramuan says:

      memang kuat tembok besar tu

      1. chii says:

        ntah bila la agaknya dpt kita tembusinya..=) tp x mustahil satu hr nnt kan
        chii baru je tulis kisah Mengenang JasaMy Profile

  5. rahman says:

    cina memang layak menjadi juara. tiada negara lain yang mampu mencabar setakat ini
    rahman baru je tulis kisah Majlis cukur jambul dan akikah anak saudaraMy Profile

    1. tehramuan says:

      piala thomas kali yang akan datang pun rasanya china juga yang dapat

  6. cikgu naman says:

    Thomas and Friends ada, takpe..hehe

    dah genap 20 tahun selepas menang pada tahun 1992..lamanya
    cikgu naman baru je tulis kisah Himpunan Jutaan Belia Habis, Kembali AmanMy Profile

    1. tehramuan says:

      dah lama benar, cikgu

  7. Sebenarnya kecewa juga kerana malaysia kandas didalam perebutan piala thomas.. Bukan tu sahaja,saingan terdekat china iaitu korea selatan juga tewas didalam perebutan piala thomas dan uber.. nampaknya tembok besar china masih gah berdiri tanpa digugat oleh kuasa besar badminton yang lain..
    Pejuang Kesenian Extreme baru je tulis kisah Rintihan Seorang BloggerMy Profile

    1. tehramuan says:

      memang banyak yang kita perlu belajar dari china
      banyak sangat dari semua segi

  8. zulkbo says:

    salam..
    macam melekat je kat China
    pakai gam apa la agaknya?
    negara lain macam buat
    syarat je main Thomas Cup nih
    zulkbo baru je tulis kisah Video Dan Gambar Kemalangan Drag Race Himpunan Sejuta Belia 2012My Profile

    1. tehramuan says:

      salam kembali
      banyak yang target nak masuk akhir je
      bukan nak dapatkan piala

    2. chii says:

      hehe..semuanya made in china kot :p
      chii baru je tulis kisah Mengenang JasaMy Profile

  9. Rasanya kalau Rest Of The World v China pon, China masih akan menang. That’s how good diaorg sekarang.
    Kalau dilihat dari development diperingkat junior kita masih antara yg terbaik lagi. Somehow juara-juara kita diperingkat junior hadapi masaalah bila mahu step up ke peringkat senior. Satu perkara yg BAM perlu fikirkan baik2.
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Amendment to Section 114(a) of the Evidence Act 1950My Profile

    1. hafizmd says:

      Setuju. Rasanya Malaysia mmg punya ramai pemain junior berbakat, cuma agaknya BAM ‘takut’ nak naikkan pangkat mereka.

      Entahlah,harap BAM fikir baik2. Kalau tak, Malaysia akan makin terus tenggelam.
      hafizmd baru je tulis kisah Utusan Maharaja RomMy Profile

      1. tehramuan says:

        khabarnya BAM dok fikir nak tukar jurulatih
        tak tahu la kali ni menjadi atau tidak

  10. cik tom says:

    bila lah malaysia berpluang ye..

    1. tehramuan says:

      tunggu tembok besr runtuh, ciktom
      tapi tak tahu bila ketikanya

  11. Norizwan says:

    ingat kan thomas citer kartun kereta api tu huhu…lama juga tu Malaysia bila la nak pengang sejak 90 an lagi….
    Norizwan baru je tulis kisah Laluan pejalan kaki lutsinar di kawasan gunung tinggiMy Profile

    1. tehramuan says:

      …dan mungkin ambil masa lagi nak dpatkan kembali

  12. iwan delaroc says:

    thomas sudah jadi pemastatutin tetap di china agaknya
    iwan delaroc baru je tulis kisah antara photographer profesional dan pemilik nikonMy Profile

    1. tehramuan says:

      haha
      dapat ic biru tu sebab dah lama duduk kat sana :D

  13. titan says:

    selagi ada chong wei..selagi tu malaysia ada peluang untuk kalahkan china dalam piala thomas..

    dan bagi aku, Malaysia ajelah satu-satunya yang berpotensi untuk kalahkan China. Dengan syarat, ada lee chong wei..

    negara lain? jepun, korea, indonesia dan denmark? tu LAUK aje bagi china ni..

    indonesia, malaysia dan china. cuma 3 negara ini aje yang pernah pegang piala thomas. jadi, indonesia memang tak leh gi. Simon memang tak leh menang dengan lin dan, apa tah lagi chen long dan chen jin. taufik dah jadi kuda tua.. so..pemain single..semua out dengan single china..bergu toksah cerita lagi..

    so..semua pemain muda malaysia..nak tak nak, kena berguru dengan misbun sidek. baru leh jadi macam chong wei dan hafiz hashim. kalau tak..kirim salamlah kalau nak kalahkan chen long dan chen jin. haha..

    habis olimpik ni..chong wei dan lin dan bersara. jadi..chen long jadi raja baru..hoho..
    titan baru je tulis kisah Mencintai Ain Maisarah – Part 2My Profile

    1. tehramuan says:

      pasal berguru dengan datuk misbun tu aku setuju sangat
      BAM kena mengalah dalam hal ni kalau mahu badminton malaysia terus naik

  14. Ladfe Amir says:

    kena bermula semula daripada zaman bawah. kena cari pemain2 yang betul2 berminat.
    sayang bagi negara kita, pemain junior ada yg berpotensi tetapi badan bertanggungjawab takut nak pertengahkan mereka . takut nak kuarkan pelaburan yg lebih utk mereka.

    asyik nak tukar jurulatih aje, tapi pemain masih di takuk permainan dan ego yang sama pun susah juga.

    Lee Wan Wah yg main bergu (skrg bersara)..aku pernah sekelas dgnnya masa form 2. masa tu dia dah tunjuk bakat dalam badminton.
    Ladfe Amir baru je tulis kisah Ulang Tahun Perkahwinan Satu DekadMy Profile

    1. tehramuan says:

      tu la pasal, bro
      apa2 hal jadi, mereka ni tukar jurulatih je yg tahu
      macamlah hal lain semua dah sempurna, dah lengkap

  15. eiela says:

    bila lah thomas tu nak datang ke Malaysia, asyik duduk kat China je tak boring agaknya.
    eiela baru je tulis kisah BismillahirrahmanirrahimMy Profile

    1. tehramuan says:

      haha
      khabarnya makin ramai yang melawat china sekarang ni
      tu pasal la thomas tak boring :D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun