Theme Blogger Percuma Kedai Online

Berniaga sendiri di rumah atau mempunyai kedai online sama ada sepenuh masa atau hanya secara sambilan memang seronok. Operasi perniagaan di rumah sambil melayan anak-anak, sambil mencuci pakaian dan lain-lain. :D

Cantik sayap si rama-rama,
Duit terdapat di mana-mana.

Waktu mak aku sakit dulu, aku tolong jaga kedai runcit dekat kampung. Seronok. Tiap-tiap hari ada orang datang bagi duit. Siapa yang berniaga secara online juga seronok, duit terus je masuk akaun bank. Seperti rakan kita Suri dan Eiela ni. Best kan?

Lompat katak empat kaki,
Asal hendak semua jadi.

Tak tahu nak jual apa, Mr Tehr! Macam mana?

Pagi-pagi turun ke sawah,
Bawa cerana serta bekal;
Hasil seni sangatlah indah,
Boleh diguna atau dijual.

Kalau puteri dari kayangan,
Usah diharap akan berjumpa;
Kalau berseni buat kraftangan,
Usah dibiar bakat yang ada.

Blog ini pernah memberi peluang kepada rakan yang menghasilkan barang di rumah untuk menulis entri. Peluang masih dibuka dan syarat-syarat juga masih sama [baca DI SINI].

Pagi petang mahu diurut,
Makin diurut makin sakit;
Ringan tulang berat perut,
Seperti busut menjadi bukit.

Kalau biru bunga kemboja,
Usah hairan warna dedalu;
Kalau mahu hidup berjaya,
Usah segan menambah ilmu.

Rakan-rakan yang mempunyai kedai online, molek sangat untuk luangkan masa melihat update terbaru dari My BlogShop Pro. Theme ini adalah percuma dari rakan blogger Irsah. Aku sudah melihatnya, nampak bagus dan menarik.

TehrDemikian kisah 'Theme Blogger Percuma Kedai Online' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


26 Comments

  1. akubiomed says:

    Theme yang pro siapa sangka ia untuk blogspot.
    akubiomed baru je tulis kisah Gelagat baby Aslah selepas minum Milo aisMy Profile

  2. cikgu naman says:

    baru je tukar template..hehe
    cikgu naman baru je tulis kisah Tukar TemplateMy Profile

    1. suri says:

      hai rajin membosdek theam lagi kita je mals sb skli usik ada jer masalahnya mmg mls betullah hu..hu..
      suri baru je tulis kisah Cinta Dalam Bakul, Bila Lelaki Menggoda HatimuMy Profile

  3. Wan Fauzi™ says:

    banyak jasa cikgu nie kepada blogger yang buat iklan kat sini…
    Wan Fauzi™ baru je tulis kisah Sejarah Peperangan Mu’TahMy Profile

    1. suri says:

      muga murah rezeki tuan admin ank2.terima kasih beri pelung utk my suri shop di perkenalkan kt sini. stu penghargaan bt blogger yg mencari tapak berniaga on line
      suri baru je tulis kisah Sampai Sakit KepalaMy Profile

  4. dja@sishaza says:

    Peluang jgn dilepaskan sementara org tawarkan secara percuma…. mmg cantik dan nmpk pro theme2 tu. Dlm bnyk2 rezeki, rezeki berniaga paling bnyk dan besar. Jd jgn biar peluang berlalu mcm tu sj
    dja@sishaza baru je tulis kisah TERIMA KASIH CIK LAILIMy Profile

  5. suri says:

    tapi apa blh buat aku jua ttp suka theam kamu camner tu cikgu tehr? heeee

  6. suri says:

    layan anak, cuci pakaian mmg best, msk menu tgri, ,mkn sama ank, amik ank mmg best dlm idup ni.bila ank tdo kita smbung bt keje kraft nghee…

    bro tehr cam tahu2 jerk..
    suri baru je tulis kisah Sampai Sakit KepalaMy Profile

  7. hatiputera says:

    Bagus tu untuk yang bisnes shop online.
    hatiputera baru je tulis kisah Jalan-Jalan Ke Bukit Gambang Water ParkMy Profile

  8. hafiz says:

    sapa yang terkial-kial cari theme blog boleh cuba ni..
    hafiz baru je tulis kisah Makan malam di hujung mingguMy Profile

  9. HafizAmri says:

    wah..info yg sangat bermanfaat utk yg buat bisnes on9 :) terbaik
    HafizAmri baru je tulis kisah FindMasjid Aplikasi Masa KiniMy Profile

  10. Dkna Abza says:

    suka lak dkna baca pantun kat sini
    Dkna Abza baru je tulis kisah Layan Game Axiata CupMy Profile

  11. Bean Moreno says:

    saya dah banyak kali tukar theme hehe
    Bean Moreno baru je tulis kisah Menjelang PRU 13My Profile

  12. thaqibzaki says:

    Cantik theme tuu. Event untuk blogspot. Tapi nampak cantik. Nice. Kalau ada benda nak diniagakan, surely aku aku theme tuu.
    thaqibzaki baru je tulis kisah Review Tema Sahifa [Percuma Download]My Profile

  13. titan says:

    aku gak yang takde..haha
    titan baru je tulis kisah Johan Parody Shae – Sayang ABPBH2013My Profile

  14. hafizmd says:

    Ambe kalau bab2 themes percuma ni mmg laju jer…keh3..

    terima kasih cikgu berkongsi info ni..
    hafizmd baru je tulis kisah Fakta Penting Tentang Bayi Kekuningan/JaundisMy Profile

  15. peluang terbaik yang tidak harus dilepaskan oleh mereka yang berkaitan..
    hanafi abdullah baru je tulis kisah Jangan Bertangguh Jika Dapat Dilakukan SekarangMy Profile

  16. Memang boleh tahan theme tu bro. Cuma, maleh dah nak tukar theme dan rupa blog. :D Sebab kalu tukar pun tetap mahu tweak dan sesuaikan dengan citarasa kita. Hmmm.. berjam-jam gak tu…
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Kre-O’s Super Robot Constructicon DevastatorMy Profile

  17. kakyon says:

    dulu rajin berjualan online.skrang dah rasa malas pulak.mungkin faktor usia..bnyk masa di habiskan dgn aktiviti keluarga..
    kakyon baru je tulis kisah rezeki lagi..My Profile

  18. suri says:

    murahnya hati selalu :)
    suri baru je tulis kisah Kenali Jenis-Jenis Dan Faedah Bertungku Part IIMy Profile

  19. Bro Zulkbo says:

    salam..
    lama juga blog saya tak bertukar theme
    malas nak godek sana, godek sini..
    pening dah..huhu
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Telefon Bimbit 40 Tahun Dulu, Kini Dan Akan Datang?My Profile

  20. thnks bro untuk hebahan. harap dapat manfaat sepenuhnya kerana rata2 kedai on9 memerlukan fee untuk setup (boleh tahan jugak tuh)…

    senarai katalog kedai on9 Malaysia ada di http://my-blogshop-tool.blogspot.com/2013/04/7-promising-malaysian-on-line-supplier.html jika ingin rujukan… :-)

    sekurangnya ada theme percuma boleh setup blogshop dengan mudah, cepat.. serta dengan berbagai kepelbagaian…
    Irsah inDesigns baru je tulis kisah Blogger Themes, Blogspot Responsive E-Commerce Shopping Cart TemplatesMy Profile

  21. Hafizul says:

    Emm tu la kan..duit siapa tak seronok kalau hari2 ada yang hulur..hehe..ooo mak bro peniga la dulu yer?hehe
    Hafizul baru je tulis kisah Pendapatan Ke-10 Dan Ke-11 Dari JobdirumahMy Profile

  22. Hit Seo says:

    Template nie berguna sangat lorh…
    Hit Seo baru je tulis kisah Begitu banyak kepentingan Ranking AlexaMy Profile

  23. Rina says:

    themesnya mudah diakses dan responsive
    walau percuma bukan berarti kalah dengan yang premium2, best theme ni
    Rina baru je tulis kisah How To Create CSS Search Box Form DesignMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun