tehr

cahayacinta ummikami hafizmd

hairulafiz apacerita azura

Terseliuh Sendi Cabang Paha

Kali ini Mr Tehr mahu ceritakan sebab Mr Tehr meninggalkan blog selama tiga minggu. Bukan merajuk dan bukan juga hanyut ke laut. Sejak sebelum cuti sekolah lagi Mr Tehr bermalam di rumah emak di kampung.

ketika malam diulit sunyi
raya korban lagi tiga hari
malang tiba menyapa kami
ibu terjatuh di rumah sendiri

gundah gulana menerjah hati
kasihan ibuku terseliuh sendi
menahan sakit di punggung kiri
separuh malam menjelang pagi

wahai malam cepatlah pergi
tak sabar rasa menanti pagi
tabib dan bomoh mahu dicari
moga ibuku sembuh kembali

di dalam rugi terdapat untung
ibuku ringan senang diusung
ke mana pergi dapat didukung
tidaklah sesukar aku dikandung

terseliuh sendi di cabang paha
ambil masa nak sembuh semula
bomoh dicari bantuan diminta
ibuku dapat berjalan akhirnya

sekarang ibu boleh bertongkat
tapi tak dapat bergerak cepat
sekitar rumah memerah kudrat
berjalan jauh memang tak larat

Dua orang bomoh patah/tergeliat/terseliuh termasuk seorang tukang urut telah Mr Tehr jumpa untuk merawat sendi punggung emak. Setiap kali membuat rawatan, sakit emak Mr Tehr kelihatan semakin baik dan semakin sembuh. Alhamdulillah.

TehrDemikian kisah 'Terseliuh Sendi Cabang Paha' yang sempat Mr TehR tulis untuk kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan untuk Mr TehR boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.





Ada kisah baru nanti




Sila buat pengesahan anda melalui email yang dihantar.

41 Comments

  1. Bro Zulkbo says:

    salam..
    alhamdulillah..nampaknya
    ibunda Tuan semakin sembuh…

    anak yang soleh selalunya
    mendahulukan kedua orang tuanya
    bergembiralah kerana anda berjaya
    menjadi sebahagian daripada golongan
    itu :)
    Bro Zulkbo recently posted..Untuk Mu Palestine : La Tahzan!My Profile

    1. tehramuan says:

      salam kembali
      jasa ibu memang tak terbalas

      1. hafizmd says:

        Alhamdulillah. Semoga ibu cikgu akan cepat sembuh….ameen

        p.s-jasa dan bakti mereka hanya Allah mampu membalasnya.
        hafizmd recently posted..iPhone 5 Gadget ImpianMy Profile

        1. tehramuan says:

          terima kasih, bro
          moga2 emak aku segera sembuh

  2. donnyien says:

    welcome back bro Tehr! baru balik dari bercuti ke?…

    syukurlah ibu bro dah sembuh sekarang..
    donnyien recently posted..Blogger yang sombongMy Profile

    1. tehramuan says:

      masih bercuti kat rumah emak, bro :D

  3. padin says:

    wah, nada melankolik kali ini,
    emm moga ibu bro cepat sihat seperti biasa,,

    1. tehramuan says:

      nak buat macam mana, bro
      dah memang ada berbagai nada dan irama dalam hidup kita ni
      yang penting kita layan semuanya dengan senang hati

      1. padin says:

        hehee betul2..
        kena matang hadapi perkara yg mendatang

        1. tehramuan says:

          itu la yang aku selalu pujuk hati sendiri
          semua yang berlaku semata-mata ujian untuk kita
          moga2 kita sentiasa bersabar

  4. syukur alhamdulillah ibu bro dah kembali sihat…lepas ni blh berblog sakan la..hehe.
    OBS Alpha Lipid recently posted..Makan Cara Sihat Ikut Sunnah NabiMy Profile

    1. tehramuan says:

      alhamdulillah
      berblog sekadar terdaya je, bro

  5. semoga cepat sembuh dan sihat seperti sediakala..
    LangkawiHomestay recently posted..Najhan HomestayMy Profile

    1. tehramuan says:

      insya-allah

  6. titan says:

    lama pergi bertapa rupanya..
    titan recently posted..20 info tentang Contest tempatan.My Profile

    1. tehramuan says:

      balik kampung untuk bertapa :D

      1. selamat pulang dari bertapa :)
        Jebeng Otai™ recently posted..Cubaan HackMy Profile

        1. tehramuan says:

          haha
          aku masih dalam pertapaan
          cuma sekarang ni ada kemudahan untuk online :D

  7. ghost writer says:

    utamakan kepentingan ibu. kesihatan dan keselamatan. alhamdulillah, sudah semakin sihat.
    ghost writer recently posted..menancap pancang hidupMy Profile

    1. tehramuan says:

      alhamdulillah
      walau pun belum sihat sepenuhnya

  8. akubiomed says:

    Nampak serius kecederaan yang ditanggung oleh ibu bro Tehr. Harap semakin bersansur pulih kesihatannya.
    akubiomed recently posted..Dapat barang idaman dengan Sold myMy Profile

    1. tehramuan says:

      betul tu, bro
      memang takut sangat lihat keadaannya pada malam kejadian

  9. Semoga penyakit ibu bro Tehr cepat sembuh seperti sedia kala..
    Hazmin Hamudin recently posted..Seni Graffiti Di Sungai KlangMy Profile

    1. tehramuan says:

      amin
      insya-allah

  10. beckhrooy says:

    semoga cepat sembuh sepenuhnya
    beckhrooy recently posted..Barbie Manusia Valeria Lukyanova Living Barbie DollMy Profile

    1. tehramuan says:

      moga2 diperkenankan

  11. shraqs says:

    Salute dengan Mr Tehr. Gunakan peluang yang ada utk berjasa kepada org tua…
    shraqs recently posted..Aplikasi Android Untuk Blogger TegarMy Profile

    1. tehramuan says:

      rasanya seperti sedang mengikuti kursus ketahanan diri
      memang perlu banyak bersabar :D

  12. Norizwan says:

    bro menghilang selama 3 mggu rupanya ibu bro kurang sihat…nampak macm serius kesihatannya….semoga ibu bro sembuh sepenuhnya…
    Norizwan recently posted..The Walking Dead Season 3 semakin panasMy Profile

    1. tehramuan says:

      alhamdulillah sekarang sudah beransur pulih

  13. maza says:

    emak kandung hanya seorang
    untung badan tak terperi-peri
    syukur masih ada ibu nan seorang
    perlu ditatang perlu diberi kasihi…

    mudah2an cepat sembuh.. ameeennn
    maza recently posted..Kem Pek 3 KluangMy Profile

    1. tehramuan says:

      patah dahan batang rapuh
      jatuh terduduk atas tanah
      mudah-mudahan lekas sembuh
      sangat elok berhati tabah

  14. hafidz says:

    seronok betul la balik kampung.
    moga emaknya semakin pulih dan sihat selalu ya, amin.
    hafidz recently posted..WordPress Theme: Minimalis Light By HafidzMy Profile

    1. tehramuan says:

      sebenarnya kampung emak aku ni tak la jauh sangat dari rumah aku dan tempat kerja

  15. Eizil says:

    Semoga ibu cepat sembuh, diwaktu beginilah kita sebagai anak perlu membantu sedaya mungkin, siapa lagi yang akan membantu kalau bukan anak sendiri.
    Eizil recently posted..Aktiviti hujung mingguMy Profile

    1. tehramuan says:

      jasa ibu memang tak terbalas, bro
      sampai bila2…

  16. cik tom says:

    alhamdulillah..semoga emak cikgu cpt sembuh..amin..
    cik tom recently posted..3 Blog Pilihan TerbaikMy Profile

  17. Pemikir says:

    Alhamdulillah..
    semoga cepat sembuh. bak kata orang tua tua. jangan putus asa berusaha. selepas itu bertawakallah..
    Pemikir recently posted..MAHA International 2012My Profile

  18. Cik Siti says:

    al-hamdullilah…. semoga makin sembuh.
    Cik Siti recently posted..mee hoon goreng sicilikMy Profile

  19. kakyon says:

    alhamdhulillah..ibu tehr sudah semangkin sihat..
    kakyon recently posted..menu orang malas masak..tapi rajin pulak nak upload..My Profile

  20. ohcikgu says:

    sakitnya macam mana tuhh..
    ohcikgu recently posted..3 Blog Pilihan TerbaikMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge