Terlewat Lagi

terlewat lagi

Kenapa ni bro? Tidur lewatkah malam tadi hinggakan terlewat lagi hari ini? Semua ok? Anak, isteri, keluarga semua sihat? Atau kamu sendiri yang kurang sihat?

Kita pasti biasa terlewat. Kalau tidak sekali pasti banyak kali! :D Mengapa? Saya pasti banyak sebabnya mengapa kita terlewat. Paling utama adalah kerana kita sendiri. Sikap kita yang kurang memberi perhatian mengenai masa, sudah semestinya akan menyebabkan kita selalu terlewat.

Terlewat juga boleh disebabkan oleh keadaan. Bencana alam misalnya. Apabila sebatang pokok tumbang dipukul ribut dan merintangi jalan, pastinya menghalang laluan kita. Tiada apa yang boleh kita lakukan kerana bukan dalam kawalan kita. Begitu juga dengan kemalangan jalan raya, biasanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan kita juga pasti akan terlewat.

Orang lain yang lewat, kita juga terbabit sama ikut terlewat. Apa nak buat, kan. Bila kita menumpang untuk ke sesuatu tempat, pemandu atau kenderaan yang mahu ditumpang pula lewat tiba, terlewatlah kita jadinya. Kenderaan awam juga biasa menyebabkan kita terlewat. Pasti ada yang telah sering mengalaminya.

sungguh cantik delima merekah
pokok kepayang belum berbunga
janganlah adik bermuram wajah
terlewatnya abang sekejap sahaja

Apa tindakan atau alasan kita bila terlewat? Pasti ada beribu alasan untuk diberikan. Pernah sengaja mencitpa alasan? Saya sendiri secara jujurnya pernah. Alasan mudah untuk melepaskan diri dari ditegur atau dimarahi. “Tayar motor bocor, cikgu.” :D

TehrDemikian kisah 'Terlewat Lagi' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


53 Comments

  1. kaizen says:

    pernah mencipta alasan…

    susah cari parking… padahal nek moto je ngan member… hak hak
    kaizen baru je tulis kisah LeNSaRoSaK! You CRoSS THe LiNE!My Profile

    1. tehr says:

      ramai yang buat alasan macam ni
      kadang2 senyum sorang2 :)

  2. padin says:

    errkk aku pernah 2 kali lewat masuk pejabat,
    bukan lewat seminit dua, tapi 30 minit, huuu

    masa tu memang takde alasan dah, aku cakap
    lewat bangun tido, jadi lewat la pergi kerja huuuu

    1. tehr says:

      terbaik bro
      tak payah cari alasan
      bagi tau je yang sebenarnya
      kalau le semua bos memahami
      hehe

      1. padin says:

        tapi 2 kali tu je la, keh3..
        kalau banyak kali mau bising jugak dia,

  3. Zik says:

    terlewat bayar saman.. kepada sesiapa yang belum bayar saman..
    Zik baru je tulis kisah Kucing canggih belajar mewarna guna ipad!!My Profile

    1. tehr says:

      beberapa minit je lagi kaunter akan tutup
      cepat2 :D

  4. ghost writer says:

    kadang-kadang alasan yang sama setiap kali terlewat….

    terlajak tidur.haha
    ghost writer baru je tulis kisah general yang kalahMy Profile

    1. tehr says:

      hehe
      nasib je bos tak tolong ciptakan alasan, kan?

  5. sud@is says:

    alang2 terlewat biarlah sampai 10 20 dan 30 minit
    yang geram dan ralat 1 2 3 minit…
    tetap juga kena buat alasan..haha
    sud@is baru je tulis kisah Sudah Check Blacklist Saman !!!My Profile

    1. tehr says:

      memang geram tu, sud@is
      kad tetap juga merah

  6. Hadi Rofiee says:

    Zaman sekolah menengah dahulu, ada2 sahaja alasan yang akan diberi untuk melepaskan diri daripada guru disiplin mahupun para pengawas. Hehe.

    Di dalam urusan seharian, jika terlewat, pastikan beritahu kepada yang dijanji terlebih dahulu supaya tidak bermasam muka. Masa itu nyawa. :-)
    Hadi Rofiee baru je tulis kisah Revolusi atau EvolusiMy Profile

    1. tehr says:

      sambil2 tu tak putus2 doa agar mood cikgu disiplin baik pagi tu
      pengalaman masa sekolah
      memang lucu

  7. Ismail N says:

    Kawe pun tido lewat semalam… Terlewat tido sbb tgk bola. Mula2 tak mahu tengok tapi bila nampak macam ada chance je Arsenal kalah.. mula bersemangat tengok (jahatnya aku!). 1.30 pagi baru tido.. Nasib baik tak de extra time dan penalty shoot-out!

    1. tehr says:

      tido lewat tak apa, bro
      asal saja bangun time biasa
      masalahnya bila bangun juga akan lewat
      mula la kepala berpusing nak cari alasan

  8. puteri says:

    (masa zaman gi kelas/kuliah)

    saya terlewat sebab
    - bas xdatang ikut time
    - bas xada
    - bas slow

    haha…
    semuanya bas dan driver bas yang disalahkan
    hehe..

    kadang2 sndiri salah
    tapi kdg2 btul2 orang lain yg salah

    Tehr..isu hindraf?

    1. tehr says:

      nasib juga cikgu disiplin tak minta laporan dari pemandu bas
      kalau tidak, naya je semua pecah tembelang

  9. Mus says:

    hari ni awal jer 20 minit..
    biasa lewat sahaja…
    masalahnya.. nak cari lot parking kereta
    Mus baru je tulis kisah Gambar Kandid Gelagat Manusia Di Kota Kinabalu Petang SemalamMy Profile

    1. tehr says:

      besok cuba awalkan 25 minit pulak, bro :D

  10. DaHLia says:

    alhamdulillah tahun ni cikgu dahlia tak pernah lewat lagi..punch card xpernah merah lagi.. :D
    DaHLia baru je tulis kisah Serangan Gangster di KuantanMy Profile

    1. tehr says:

      saya juga
      alhamdulillah tahun ni belum dapat merah lagi

  11. Ali ridha says:

    mengapa kau bermenung oh adik
    berhati risau.
    Ali ridha baru je tulis kisah Perhimpunan Haram hindrafMy Profile

    1. tehr says:

      ya la, bro
      kenapa?

  12. zulkbo says:

    salam..
    saya seoraang yang yang menitik beratkan
    solak ketepatan waktu..kalau berjanji
    saya rela awal 30 minute dahulu sampai
    tak mahu orang menunggu saya..
    zulkbo baru je tulis kisah Perempuan vs LelakiMy Profile

    1. suri says:

      sy pun bgtu..tapi sy dri masa bljar smpi skrg asyk sy jer yg tunggu orang,tapi tak der plh org nak tgu saya huu..

      knp mreka sslu lewat..klo sekli dua tak per huu..

      sabar mie ..sabar..

      1. tehr says:

        yups
        kenapa mereka selalu lewat?

    2. tehr says:

      salam kembali
      itu la yang semestinya, bor
      ‘demi masa manusia itu dalam kerugian’

  13. Yang penting, jangan biasakan diri untuk terlewat. Saya biasanya bersedia setengah jam lebih awal di tempat temu janji, terutamanya kalau temujanji itu berkaitan bisnes.
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah Kerdau- Merlimau by-electionMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      saya perhatikan orang bisnes yang berjaya memang mendahului masa
      mereka memang bagus

  14. mie says:

    alasan selalu dicipta…
    kadang2 susah nak percaya alasan kelewatan..
    mie baru je tulis kisah Senaman Yang Tidak DisengajakanMy Profile

    1. suri says:

      haa cam dah biase jer bunyinya…

      slu terlwat bgun klu cuti sabtu ahad..tapi sarap pagi wajib buat geeee,,

      1. tehr says:

        memang dah biasa la tu
        hehe

    2. tehr says:

      hahaha
      terus je aku teringatkan lagak si sudin dalam filem bujang lapok :D

      bos dia tanya, “jam berapa?”
      sudin pulak bilang berapa banyak jam dalam opis
      hahaha

  15. izanishak says:

    pernah terlewat…gara2 mimpi ngeri dan menyeramkan. van sekolah pun terlepas~
    izanishak baru je tulis kisah Weekend Yang Padat!My Profile

    1. tehr says:

      pengalaman yang tak boleh dilupakan
      sebagai guru
      senyum2 je saya dengar alasan pelajar
      mereka ingat kita ni tak tahu :D

  16. toyol says:

    sangat sesuai dngn situasi TK hari ni..
    masuk pejabat kul 10.30..
    malas sungguh rasanya hr ni..
    biasa kul 9.30 dah sibuk layan pelanggan..
    alasan bila pekerja tanya..
    ‘kes kecemasan..’
    hehe…
    toyol baru je tulis kisah SI BOTAK JUAL SYAMPUMy Profile

    1. tehr says:

      kes kecemasan!
      alasan umum dan mencemaskan
      idea ni memang terbaik juga ni

  17. Norgadis says:

    Burung merpati terbang senja
    Mari melompat si ikan keli
    memanglah adik bermuram durja
    abang terlewat berkali-kali.

    Hehehe…
    Norgadis baru je tulis kisah Jemputan Majlis Penutup Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2011My Profile

    1. tehr says:

      mari melompat si ikan keli
      senyum sahaja si ikan puyu
      abang terlewat berkali-kali
      adik di sini sangatlah jemu

  18. fikryn says:

    Aku selalu terlewat bayar cukai pintu.. selalu dpt surat merah… Nasib baik tak kena sita rumah aku tu..
    fikryn baru je tulis kisah Konsisten – Faktor SEO Yang DilupakanMy Profile

    1. tehr says:

      kenapa mereka selalu guna warna merah
      kalau dapat ang pau merah ok la juga :D

  19. suri says:

    oh terliwat daku masuk ke belog ini huuuu..demam melanda buat teh tdk smepat d jamah heee

    1. tehr says:

      eh, demam ke, suri
      jangan terlewat makan ubat

  20. kulanz says:

    Tadipun aku terlewat pegi kerja.. sbb semalam anak bungsu tak sihat.. badan panas dan batuk2.. terpaksa bjaga sampai dekat pagi..
    nasib baik bos tak banyak tanya sbb aku lewat.. jadi akupun tak perlu bagi alasan.. :)
    kulanz baru je tulis kisah Apple iPad 2 Bakal Dilancarkan Bulan Mac dan Boleh Dapat Percuma!My Profile

    1. tehr says:

      bos bro kulan memang sangat memahami
      agaknya beliau memang tahu bro bukan sengaja
      kalau sesekali terlewat, pasti ada sebab yang munasabah

      memang lega kalau bos tak tanya apa2 :D

  21. suri says:

    harini tak terlewat cuma lemah badan nak bt keje..demam tak kebah lagi,batuk mula menjadi2..

    1. tehr says:

      ingat ubat tu, suri
      usah lewat makan ubat :D

  22. adah says:

    dolu2 kalau msuk lewat ke kelas mula la masuk senyap2 asalkan lecturer xperasan..hehehe
    adah baru je tulis kisah Gabungkan ceritaYeehhaaaOh japMacho kah akuMy Profile

    1. tehr says:

      mula la pikir2 macam mana nak jadi halimunan
      kan, adah :D

  23. akubiomed says:

    Hari ini masih terlewat sampai untuk sesi brainstorming kerana tumpang kawan :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Pemakaian tali pinggang keledar kepada kanak-kanak SelamatkahMy Profile

    1. tehr says:

      tu la pasal, bro
      bila dah ke pejabat sama2, alasan lewat juga nak kena selari

  24. tadi pagi IM terlewat lagi untuk ke lokasi kerja. lewat bangun!
    insan marhaen baru je tulis kisah Sesekali Aku TerkenangMy Profile

  25. decrewz says:

    Dulu kalau time sekolah asrama, xleh nak bagi alasan kalau terlewat sebab ustaz dah kejut pagi2 lagi semayang subuh.. Kalau lewat, confirm ponteng nyorok kat hostel..hu3
    decrewz baru je tulis kisah Tukar Gambar Kepada Bentuk TeksMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun