Terlepas Atau Melepas

Terlepas dan melepas walau pun nampak hampir sama tetapi maksud sebenarnya adalah berbeza. Dan dalam hidup kita seharian, banyak sekali benda dan perkara yang kita terlepas dan melepas. Apa yang pasti ia tidak mungkin akan kembali lagi.

terlepas 1. telah lepas atau dilepaskan
2. tidak ditimpa (dilanda dsb) sesuatu, bebas (drpd sesuatu yg tidak baik)
3. bp, ki terlewat, melebihi (umur dll)

diri sendiri terlepas waktu
bukan kerana kurungnya ilmu
ruginya pula bukanlah satu
dunia akhirat sudahlah tentu

kalau sesekali terlepas kata
gelojoh lidah dalam bicara
adalah hati yang akan terasa
mungkin pula timbul sengketa

hidup remaja terlepas peluang
leka bermain malam dan siang
kesempatan tiba tidak berulang
sampai ke tua tentu tak senang

melepas 1. bp hampa (kerana tidak tercapai maksud), kecewa (kerana tidak sampai hajat)
2. Pn berbohong, tidak bercakap betul, berdalih;
3. bp mengeĀ­luarkan angin melalui pelepasan, kentut;
4. bp buang air besar;

Kadang-kadang kita melepas angin [kentut] di khalayak ramai dengan selamba badak sahaja. Harapan dan sangkaan kita ialah tiada siapa yang akan tahu. Muka kita pula control macho seperti tiada apa-apa yang berlaku. :D

Kalau tiada bau tak ada la dikisah sangat. Kalau ada bau?

TehrDemikian kisah 'Terlepas Atau Melepas' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


40 Comments

  1. nice share. Meh nak apply sat. Hehe

    -Saya nak jemput tuan rumah join contest saya. Jangan tangguh2 takut “terlepas” peluang ini. Ada 5 hadiah bernilai RM390 setiap satu. Jom. :D

    Haha
    Arieffahmi Abd Razak baru je tulis kisah Epic Pocket Giveaway by MindafahmiMy Profile

  2. Cikgu Hairul says:

    Terlepas tu tak sengaja manakala melepas adalah perbuatan sengaja..
    Cikgu Hairul baru je tulis kisah Petua Hidup Bahagia, Tenang dan Tak Pening KepalaMy Profile

    1. hafizmd says:

      hehee..ada jugak yg sengaja membuatkan ‘ter’ itu menjadi ‘me’
      hafizmd baru je tulis kisah Liga Super Kembali! Jom Layan Siaran Langsung & Live StreamingMy Profile

  3. Bro Zulkbo says:

    salam..
    kalau bab terlepas perkara yang dihajati
    maka agak kecewa juga rasa di sanubari
    tapi boleh di cuba lain kali :)

    tak suka ada yang melepas angin dalam
    lif..kena pula nak ke tingkat 44 adehh..
    jenuh tahan nafas..huhu

  4. kakiblog says:

    kalau dalam ilmu ekonomi ada teori kos melepas…
    kakiblog baru je tulis kisah Melayu BolehMy Profile

  5. Cik Siti says:

    melepas tu yang bahaya….
    Cik Siti baru je tulis kisah Wordless Wenesday: Madah…My Profile

  6. KembaraSenja says:

    teringat pulak kisah kawan kentut dalam selimut.. mak aih… seram.. hahahah
    KembaraSenja baru je tulis kisah Abu Nur, Kediaman Warga Emas Dan Anak Anak YatimMy Profile

  7. cikgu naman says:

    jangan melepas merata-rata,
    nanti kita akan dikata

    hehe
    cikgu naman baru je tulis kisah Danish Genap Setahun Hari IniMy Profile

  8. UmmiKami says:

    Salam manis pagi Khamis… :)

    Sepatu beralas hijau merelit,
    Berbaju chiffon kain jenama;
    Waktu terlepas walau seminit,
    Seribu tahun tak mungkin sama.
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Memori Kasih Ayah…My Profile

  9. UmmiKami says:

    Kerbau dara liar dan capik,
    Biasa bermain mencari makan;
    Kalau bicara biar berlapik,
    Bahasa mencermin perwatakan.
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Memori Kasih Ayah…My Profile

  10. akubiomed says:

    Melepas tidak berbunyi menganggu gugat keamanan. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Rasa Kampung Buffet Tropicana Golf & Country ClubMy Profile

  11. UmmiKami says:

    Senja berlabuh bersama pelangi,
    Berlalu merbah sampai ke awan;
    Remaja bertangguh terima rugi,
    Perlu berubah capai wawasan.
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Memori Kasih Ayah…My Profile

  12. UmmiKami says:

    Pantun lagi…

    Suami berkebun menanam kobis,
    Membina pagar rendah bercorak;
    Ummi berpantun di kelam Khamis,
    Kerana avatar sudah bergerak… :D
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Memori Kasih Ayah…My Profile

  13. fyna says:

    entri terbaik nih. hehehehe…
    fyna baru je tulis kisah Review Blog Bersama : http://www.mindasyukri.comMy Profile

    1. suri says:

      terfikir yang buang angin tu mmg perkara yang tarak baik punya
      suri baru je tulis kisah Potong Pola Baju Kurung TradisionalMy Profile

  14. Sop says:

    Jangan sampai terlepas keretapi kerana lama melepas :) huhuhu
    Sop baru je tulis kisah Restoran George Town White Coffee, Wangsa WalkMy Profile

  15. dja@sishaza says:

    Setuju,memang terbaik… mendalam mksudnya tu. Moga tak terlepas pandang lg..
    dja@sishaza baru je tulis kisah SEMAKAN TAWARAN KE INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (ILP) BAGI TAHUN 2013My Profile

  16. PerenLee says:

    Sekarang dah faham dah…terlepas maksudnya dah berlalu,melepas maksudnya tidak tercapai kan?
    PerenLee baru je tulis kisah Rawatan Untuk Gigi KuningMy Profile

    1. suri says:

      elah dah nak capai note ar tu ngheeee :)
      suri baru je tulis kisah Potong Pola Baju Kurung TradisionalMy Profile

  17. hafiz says:

    kadang2 da tak leh tahan sangat terlepas juga hihihi
    hafiz baru je tulis kisah Wordless Wednesday #26 : Gelagat hero-herokuMy Profile

    1. suri says:

      baik bro pi masuk kelas moral hiii :P
      suri baru je tulis kisah Berdakwah Dengan BismillahMy Profile

  18. Mohd Shubhi says:

    Melepas di khalayak bagi orang Perancis perkara biasa. Sebaliknya sendawa di kahalayak ramai adalah perbiatan biadab…kita pulak terbalik!
    Mohd Shubhi baru je tulis kisah 5 langkah ringkas membina perniagaanMy Profile

    1. suri says:

      setuju ayah sy pernah cakap macam tu heee
      suri baru je tulis kisah Job Dari Rumah Boleh Percaya Ke?My Profile

  19. nazray says:

    wah kelas bahasa melayu, mohon jangan melepas kat dalam kelas ni ye para pembaca :D hehe
    nazray baru je tulis kisah Facebook | Pautan gambar pada komen.My Profile

    1. suri says:

      dah terlepas kita lari jelah
      suri baru je tulis kisah Missed callMy Profile

  20. suri says:

    ada sesiapa yang terlepas masa zaman kanak-kanak ker?
    suri baru je tulis kisah Job Dari Rumah Boleh Percaya Ke?My Profile

  21. hafizmd says:

    terlepas boleh dimaafkan, tp ramai yg sengaja melepas sambil buat2 tak bersalah :P
    hafizmd baru je tulis kisah Liga Super Kembali! Jom Layan Siaran Langsung & Live StreamingMy Profile

    1. suri says:

      ras anak luku jer kepala orang yang kurang ajar itu heee
      suri baru je tulis kisah Berdakwah Dengan BismillahMy Profile

  22. papa mifz says:

    di negara barat biasanya kentut dikhalayak ramai masih ok, tapi jika tersendawa di khalayak ramai itu dianggap sangat kurang ajar…:)
    papa mifz baru je tulis kisah Papa…Mana..??My Profile

  23. auc says:

    melepas nak tengok bola… betul ke ayat ni? hehehe
    auc baru je tulis kisah Spain vs Tahiti Confederations Cup 2013 | Live StreamingMy Profile

    1. suri says:

      haa..melepas sahaja kerjanya..bukankah blogger dah buat posting date perlawanan sekian-sekian tarikh pasal apa boleh terlepas lagi ngheeee…
      suri baru je tulis kisah Berdakwah Dengan BismillahMy Profile

  24. Mus says:

    melepas lebih besar impaknya dari terlepas..
    Mus baru je tulis kisah Gambar Kejadian Kemalangan Kereta Api Berhampiran Flyover Petagas, Kota KinabaluMy Profile

  25. Joe says:

    Tengok la situasi macam mane. Ikut keadaan. Jika terlepas buat selambe je.
    Joe baru je tulis kisah Tambahkan Income Adsense Dengan EksperimenMy Profile

  26. hatiputera says:

    kalau ada bau memang aku bukak langkah seribu dengan meninggalkan seranah.hahaha
    hatiputera baru je tulis kisah Resepi Kerabu Kacang BotolMy Profile

  27. nazra says:

    terlepas kentut ngan melepas kentut, dua2 aktiviti ni cuma bergantung antara sengaja atau tak sengaja. hehehehe. tapi melepas tu pun kadang-kadang tak sengaja. tau-tau dah melepas :D
    nazra baru je tulis kisah Kulit gebu berseri hanya dengan protein.My Profile

  28. Hafizul says:

    Hehe..ingtkan melepas dan terlepas apa sakni..rupanya menda baik..haha..jangan melepas merata2 bro..haha
    Hafizul baru je tulis kisah Hari Jumaat Yang IndahMy Profile

  29. titan says:

    melepas itu normal. terlepas pun normal gak. haha
    titan baru je tulis kisah Isu Putus Tunang Redzwani Puteri dan Shah JazleMy Profile

  30. Ismail N says:

    Kelas UPSR BM ni ehh… Bagus kawe refer anak kawe cam ni :D
    Ismail N baru je tulis kisah Canon EOS 100D aka Digital Rebel SL1: Smallest And Lightest DSLR EverMy Profile

  31. kalau ada yg terlepas angin tu dalam lift.. mmg nayaaaa . heee
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Sempena Ulang Tahun Ke Tiga: Full Time Bisnes Online. Saya Nak Bagi Free Pakej Kincin.ComMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun