Terbaik Julai 2011

Hari ini Mr Tehr ingin mengucapkan terima kasih kepada 5 pengomen terbanyak sepanjang bulan Julai 2011 di blog tehramuan ini iaitu saudara MusPadinGhostWriterAkuBiomed dan IsmailN. Di samping itu ucapan terima kasih yang tak terhingga juga dari Mr Tehr kepada Zikrihusaini kerana menjadi Top Referring Site untuk blog ini.

Seperti biasa avatar 5 pengomen terbanyak dan banner top referrer akan menghiasi ruangan di sidebar. Kali ini Mr Tehr cuba buat flash banner untuk top referrer dan harap sangat ia tidak memberatkan loading blog.

biji selasih buat berbuka
air barli dihidangkan sekali
terima kasih kepada semua
kerana sudi singgah kemari

ikan siakap tetamu undangan
siap terhidang semua sekali
salah dan silap harap maafkan
apa terkurang usahlah dicaci

Nampaknya bulan Julai lepas, sahabat blogger lelaki lebih banyak meninggalkan komen di blog ini berbanding sahabat blogger wanita. Mr Tehr dapat rasakan bahawa kemungkinan besar kaum wanita menjadi lebih sibuk menjelang puasa dan hari raya yang akan tiba nanti. Terima kasih semua dan selamat berpuasa.

TehrDemikian kisah 'Terbaik Julai 2011' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


73 Comments

  1. zik says:

    yeker dapat top referer.. huhu.. bulan nie mungkin dapat sikit traffic jugak.. ada dapat banner di blog kawe.. tahniah2.. tapi tak siap lagi..
    zik baru je tulis kisah Kisah 1 ramadhan 1432 masihi (1st day puasa)My Profile

    1. tehr says:

      tahniah dan terima kasih, zik
      dah sahur ke?

      1. kena selalu BW ke ZikrniHusaini.Com nih… Dapat ramai pelawat ehhh dari sana… :D
        Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah 50 Brilliant Portrait IdeasMy Profile

        1. zik says:

          belum2 sahur lagi.. huhu… bulan lepas adalah naik sikit traffic….
          zik baru je tulis kisah Wordless Wednesday 9 (zikir harian)My Profile

        2. Mus says:

          blog Zik mmg ada auranya tersendiri..
          blog org bujang…
          Mus baru je tulis kisah Gambar Kemalangan Tak Berapa Ngeri Di TenomMy Profile

          1. tehr says:

            orang bujang terbaik tu
            bila agaknya nak tamatkan zaman bujang ni :D

  2. padin says:

    ahah.. moga blog ni terus steady update :D
    padin baru je tulis kisah Salam RamadhanMy Profile

    1. tehr says:

      sehari dua ni memang sibuk semacam je aku ni
      hehe

  3. titan says:

    cis, kalah lagi. haha..

    1. tehr says:

      malaysia kalah gak ari tu, bro
      hehe

      apa pun tq kerana selalu singgah

  4. Jai says:

    Tahniah buat yg tersenarai.. Aku skrg jrg bw, jrg ngadap lappy, nnti org umah bising…ha3

    1. Amirez says:

      haha. dengar kata org umah tu :P
      Amirez baru je tulis kisah Cara Mudah Buat Duit Dengan BlogMy Profile

      1. Mus says:

        hahaha.. betul tu bro..
        kalau merajuk.. payah nak pujuk.. :)
        Mus baru je tulis kisah Papan Tanda Amaran Ini Bukan Main-Main. Kena.. Sendiri Tanggung!My Profile

        1. tehr says:

          jangan2 tak bersahur nanti, jai :D

  5. Cik Siti says:

    dah lama singgah cni… nak minum teh puasa lak… tinggal jejaklah ye… apa pun nak ucapkan :

    SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN BULAN YANG MULIA….

    1. Mus says:

      minumlah masa berbuka.. hihihihi..
      Mus baru je tulis kisah Gambar Kemalangan Tak Berapa Ngeri Di TenomMy Profile

      1. tehr says:

        juga waktu bersahur :D

  6. Amirez says:

    tahniah kepada yg tersenarai. aku pun sekarang ni jarang bw lagi2 dlm bulan puasa, tak sempat. apa2 pun harapnya TR terus sukes ;)

    selamat berpuasa bro
    Amirez baru je tulis kisah Selamat Datang Ramadhan al-MubarakMy Profile

    1. tehr says:

      sama la kita
      dah berapa hari aku tak bw
      huhu

  7. akubiomed says:

    Terima kasih bro Tehr. Saya masih lagi tersenarai walaupun tengelam timbul komen disini. Selamat mengerjakan ibadah Puasa bersama keluarga
    akubiomed baru je tulis kisah Selamat mengerjakan ibadah puasaMy Profile

      1. tehr says:

        asal jangan tenggelam tak timbul2 dah la kan, mus
        hehe

  8. tahniah, wah semakin meriah di buatnya ni.. :)
    Kamarul Azri™ baru je tulis kisah Komen tertinggi: Julai 2011My Profile

    1. tehr says:

      dalam seminggu ni tak berapa nak meriah. KA
      tak sempat aku nak ngadap blog

  9. puteri says:

    mak aih.. awal sunggoh tehr balas komen zik..
    lagi awal zik bagi komen?!

    :)

    out of topic,
    tehr..
    dekat Sarawak ada satu pesanan kalau nak gi ngundi
    mungkin semenanjung pun leh praktis..
    “kalau pergi mengundi jangan lupa bawa torchlight”
    takut2 blackout macam yang tehr cakap tu..
    hehehe
    puteri baru je tulis kisah Mubarak Ya RamadhanMy Profile

    1. tehr says:

      apa hal pulak gi ngundi bawa torchlight?
      bukannya masa ngundi sebelah malam
      pelik juga tu

  10. ghost writer says:

    siap terhidang semua sekali
    tunggu masa untuk dimakan
    apa terkurang usahlah dicaci
    seeloknya beri panduan untuk kebaikan
    ghost writer baru je tulis kisah fragmenMy Profile

    1. tehr says:

      sama memberi sama terima
      bantuan diberi untuk semua
      bersama pula kita gembira
      untung juga bersama-sama

      1. ghost writer says:

        bantuan diberi untuk semua
        bukan balasan yang diharapkan
        untung juga bersama-sama
        itulah erti sebuah keseimbangan
        ghost writer baru je tulis kisah orang turki bilang:’uyum endişe’My Profile

  11. yas says:

    Selamat berpuasa bro….:)
    yas baru je tulis kisah 21 Ranjer Iban kembali dikampung halamanMy Profile

    1. tehr says:

      selamat, yas
      sahur lauk apa tadi?

  12. kakyon says:

    selamat menjalankan ibadah puasa dan terawikh juga..
    kakyon baru je tulis kisah kota kinabalu part 2My Profile

    1. tehr says:

      anak2 tak ngigau minta nasi jam tengahari ke, kakyon?
      hehe

      selamat berpuasa

  13. Cik Siti says:

    tahniah kepada yang tersenarai…
    Cik Siti baru je tulis kisah Berehat SebentarMy Profile

    1. tehr says:

      tahniah dan terima kasih untuk cik siti juga :D

  14. zulkbo says:

    salam..
    ermm..tk terkejar saya jadi
    top-5..selalunya saya hanya komen
    satu untuk satu entri..nak kena komen
    lebih lepas ini..
    zulkbo baru je tulis kisah Nyaris Mati Bunuh Diri Dan Twitter Menjadi PenyelamatMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      selalunya memang macam tu la, bro
      ada masa sempat buat bw
      ada masa memang tak sempat
      apa lagi kalau nak komen banyak2

  15. Juan says:

    sayang seribu kali sayang,
    Surat dihantar oleh posmen,
    sayang sekali nama hamba tidak ditayang,
    mungkin kerana hamba x selalu komen,

    heheehe
    Juan baru je tulis kisah Biar Orang Cina Pimpin IslamMy Profile

    1. tehr says:

      bulan ni kena buat banyak2 komen tu, juan :D

      1. Juan says:

        saya dah kerap singgah tapi tehramuan kena agresif kan lagi entry baru saya agresif komen, hehehehe
        Juan baru je tulis kisah Kempen Hias Laman Web Dan Blog Sempena Merdeka ke 54My Profile

  16. Jai says:

    Kebelakangan ni jrg aku BW.. Hanya datang melawat pantung nak tgk komen berpantun yang buatkan aku gelak sorang diri…he3

    1. tehr says:

      hehe
      apasal kali ni tak komen dengan pantun, bro
      aku tak kira pantun macam mana pun
      semua aku suka :D

  17. Seperti biasa.. hujung bulan kawe abis minyak.. he he.. Nasib baik dah score banyak awal bulan.. sikit lagi terkeluar senarai…:wink:
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah 50 Brilliant Portrait IdeasMy Profile

    1. Mus says:

      kena guna NGV ni bro..
      Mus baru je tulis kisah Kenangan Dulu-Dulu, Kerja Berat Ketika BerpuasaMy Profile

    2. tehr says:

      haha
      tetiba je aku teringat kat singapura yang score banyak masa main kat tempat mereka :D

  18. Norgadis says:

    Selamat menunaikan ibadah puasa buat cikgu sekeluarga…

    1. tehr says:

      sama2, nor
      moga2 amalan kita diterima

  19. ‘wanita lebih sibuk di bln puasa dan raya..’

    teori yg baru terfikir. memasak dan menjahit baju raya agaknya :)

    ghost … berhantu tulisan dia.
    rainbowcloudy baru je tulis kisah hakikat : wanita lebih banyak bercakapMy Profile

    1. tehr says:

      wanita memang sibuk dan gigih laksanakan tanggung jawab

      pasal ghost tu
      tulisan dia memang best, memang berhantu

  20. shameel says:

    Tahniah kpd yg menang. Dan salam ramadhan kareem buat tehr
    shameel baru je tulis kisah #7 Wordless Wednesday: RAMADHAN FAKULTI ROHANI.My Profile

    1. tehr says:

      salam ramadhan
      tahniah dan terima kasih untuk shameel juga

  21. bEe says:

    As Salam cikgu :-)

    Dah lama tak menepek kat blog cikgu ni

    Betul tu… kaum Hawa agak busy sedikit kot hehehe

    Btw, tahniah kpd kwn2 blogger di atas. Mereka pun rajin BW ke blog bEe…. :-)

    1. tehr says:

      kaum hawa memang banyak kerja nak dibereskan
      saya memang tabik

      tahniah kepada semua blogger kaum hawa :D

  22. mie says:

    dah lama xmasuk sini…
    terlampau sibuk sampai lupa rakan blogger..
    anyway, selamat berpuasa..
    mie baru je tulis kisah Sorry!! I’m WorkaholicMy Profile

    1. Mus says:

      takkan lupa rakan blogger…
      buat apa tu?
      Mus baru je tulis kisah Gambar Kemalangan Tak Berapa Ngeri Di TenomMy Profile

      1. tehr says:

        lupa acah2 je tu, mus :D

  23. Norasikin says:

    Tolong saya mengangkat gula
    Tangan dah penuh takut terlupa
    Avatar saya entah bila pula
    Dah jenuh rasanya mencuba
    Norasikin baru je tulis kisah Panduan Membeli-belah dan Berbelanja Dimusim PerayaanMy Profile

    1. tehr says:

      avatar adalah tu nanti
      tunggu saja di lain kali

  24. maza says:

    wah.. maza tak dapat mengungguli di blog ini.. uhuk!

    kena cuba lagi ni.. ahaks.. hehehhe
    maza baru je tulis kisah Diam-diamMy Profile

    1. Mus says:

      abang maza ni mmg sengaja nak bagi peluang kpd kita orang ni..
      Mus baru je tulis kisah Peluang Ke-2. Tiket Murah Balik Raya Dengan AirAsia.My Profile

      1. tehr says:

        sama rata, sama rasa :D

  25. suri says:

    salam..
    kaum hawa p solat terawih smbil bawk anak2 heeee
    suri baru je tulis kisah Berita Kehilangan Peer Counselor MbfpcMy Profile

    1. tehr says:

      jangan lupa awasi anak2 jangan bermain dan buat bising
      hehe

  26. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
    أهلا وسهلا يا رمضان!! … رمضان كريم
    Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka
    firestartingautomobil.blogspot.com
    bukandoktorveterinar.blogspot.com
    ~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    tip periksa kerosakan san servis radiator

    Dalam seminggu tujuh hari,
    Berbagai nikmat telah diberi,
    Cubalah lihat, renung dan kaji,
    Agar faham dan tahu mensyukuri.

    Terbaikkk dan syabass untuk semua… tahniahhh
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tip periksa kerosakan dan Servis RadiatorMy Profile

    1. tehr says:

      dalam seminggu tujuh hari
      dua hari pula bercuti
      tanya akal tanyalah hati
      di mana kita mahu berdiri

  27. Mus says:

    masih belum panas lagi untuk bulan ogos ni..
    Mus baru je tulis kisah Gambar Kemalangan Tak Berapa Ngeri Di TenomMy Profile

    1. tehr says:

      bulan ogos ni aku baru je tulis 2 entri
      tak tahu bila nak panas :D

  28. eiela says:

    tahniah kepada mereka.
    eiela baru je tulis kisah 12 Sekeluarga Berbuka Puasa Atas Tapak HangusMy Profile

    1. tehr says:

      tahniah2

  29. Nik Thoha says:

    Tahniah semuanya hebat2 belaka.. :)

    1. tehr says:

      tahniah untuk semua
      selamat berpuasa

  30. ohcikgu says:

    wahh, hebat-hebat semuanya. :)
    ohcikgu baru je tulis kisah Lirik lagu dan Video Aku Suka Dia.. – Ainan TasneemMy Profile

  31. Khidhir says:

    hmm.. bila turn nak tersenarai camni.. rajin sgt dorang ni
    Khidhir baru je tulis kisah Melindungi PC dan USB Flash Drive Dijangkiti dan Menjadi Penyebar Virus – Bahagian 4My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun