Terbaik Antara Yang Terbaik

fadhli shasMohd Fadhli Shas menjaringkan gol tunggal untuk Harimau Malaya menewaskan Peter Cech, penjaga gol Chelsea. Keputusan memang memihak kepada Chelsea tapi tandukan terbaik Fadhli memberi sedikit rasa gembira kepada kita.

Penjaga gol terbaik juga boleh ditewaskan!

Sepanjang perlawanan, apa yang aku nantikan ialah siapakah penyerang terbaik Malaysia yang berjaya menjaringkan gol. Adakah penyerang seperti Norshahrul, Safee Sali atau Amri.

Sekali, Fadhli Shas yang jadi hero! Beliau antara pemain terbaik Harimau Muda A yang telah beraksi di Sukan Universiti Dunia (Universiade) di Kazan, Rusia baru-baru ini.

gol fadhli shas

Tahniah kepada harimau kita yang telah memberikan persembahan terbaik dan tidak segan untuk melawan dengan segala kudrat yang ada. Walau pun kalah memang sudah dijangka.

Main dengan Chelsea memang payah kita nak menang. Seri pun masih payah. Tambah lagi dengan adanya pengurus terbaik dunia seperti Jose Mourinho.

Bukan senang percaturan terbaik Rajagobal nak kalahkan beliau.

Sesekali teringin juga untuk kita melihat Harimau Malaya menentang pasukan terbaik dari negara Amerika Latin, bukan hanya kelab. Menentang pasukan seperti Mexico, Argentina atau Brazil.

Mungkin ranking kita boleh naik nanti. Tidak mustahil juga untuk kita kembali menandingi Jepun atau Korea Selatan. FAM juga boleh menjadi persatuan terbaik di Asia Tenggara. Boleh, kan?

Yang penting kita buat apa yang terbaik untuk bola sepak kita.

TehrDemikian kisah 'Terbaik Antara Yang Terbaik' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


19 Comments

  1. SHIMI says:

    Kita pernah jadi antara yang terbaik, sebalik pernah juga jadi antara yang tercicir di kalangan jiran tetangga. Selagi mana Malaysia ada dihati mereka pasti keazaman mejjadi yang terbaik tersemat di dada mereka.
    SHIMI baru je tulis kisah WWJM : Hope of a servant…My Profile

  2. hafiz says:

    Memang berharap FAM buat sesuatu utk naikkan ranking kita
    hafiz baru je tulis kisah Wordless Wednesday 28 : Home made ikan bakarMy Profile

    1. suri says:

      siapa lagi kalau bukan kita
      suri baru je tulis kisah Kisah Dua Malam Abang Tak GangguMy Profile

  3. Zuan says:

    harap pihak2 yang bertanggungjawab ni terima la teguran kj tuk naikkan rank negara kita
    Zuan baru je tulis kisah Kopi + Senyum = Masa (Layan Kopi Tak Sedar Masa Dah Berlalu)My Profile

  4. titan says:

    dapat satu gol tu pun..dah cukup malukan diorang maa..
    titan baru je tulis kisah CUKUP.My Profile

  5. suri says:

    asal ada masuk karung orang rasa gembira

  6. eiela says:

    tengok jgk bola nih, pemain kita letih dah tapi diorg kejap2 dah gol, bola masuk camtu je. kesian penjaga gol.
    eiela baru je tulis kisah Wordless Wednesday : Adik & Abang KucingMy Profile

  7. dja@sishaza says:

    Nak jadi yg terbaik antara terbaik bukannya senang daa
    dja@sishaza baru je tulis kisah JANGAN LUPA BAWA KUNCIMy Profile

  8. dja@sishaza says:

    Apapun Mr TehR memang antara yg terbaik bab ulasan bola…cayalah :)
    dja@sishaza baru je tulis kisah JANGAN LUPA BAWA KUNCIMy Profile

    1. nazray says:

      saya setuju tu. tanya je mana2 team bola or player, conform A dia bagi.
      nazray baru je tulis kisah Plant vs Zombie 2 untuk pengguna iOS.My Profile

  9. Mohd Shubhi says:

    Insyallah, kita sedang berusaha untuk naikkan rangking bolasepak negara. Dengar kata FAM akan atur sekurangnya 9 perlawanan persahabatan tahun depan untuk tujuan itu.
    Mohd Shubhi baru je tulis kisah Siri kaya #4 : Bezakan antara Pelanduk dengan JeratMy Profile

  10. maza says:

    alamak.. maza terlupa dan tak sedar ada perlawanan Harimau dgn Chelsea.. hehehe

    errr… maza menghilangkan diri di masjid sambil bilang biji kurma.. oppps.. hehehe
    maza baru je tulis kisah Sehelai Kertas KuningMy Profile

  11. Wan Fauzi™ says:

    tahniah fadhli shas… antara gol yang terbaik dihasilkan oleh pemain muda negara…
    Wan Fauzi™ baru je tulis kisah Peristiwa Sejarah Bulan RamadhanMy Profile

  12. Semoga suatu hari nanti ada pemain Malaysia yang betul-betul berjaya bermain di liga luar negara.
    Obsolete Coin baru je tulis kisah Straits Settlements King Edward Vii 50 cents coin priceMy Profile

  13. Joe says:

    Dah kire ok la dapat score 1 gol. Cuma aku terkilan sikit dengan pengurusan Chelsea yang begitu sombong. Tahu la diorang tue kelab besar, tak yah nak sound2 orang. Lepas tue mintak maaf, senang je kan.

  14. kakiblog says:

    hanya terbaik layak mendapat pujian..
    kakiblog baru je tulis kisah 3 Blog Yang Menggunakan Gaya Bahasa Mengkagumkan (Siri #1)My Profile

  15. hafiz says:

    dengar2 johor nak amik dia main, kalau betul baguslah
    hafiz baru je tulis kisah Perencah Mee Bandung Mak PonMy Profile

  16. AUC says:

    memang terbaik… makin naik saham fadhli
    AUC baru je tulis kisah Tazkirah Ramadhan: 3 Pertanyaan, Jawapannya 1 PenamparMy Profile

  17. Hafizul says:

    Emm tak apalah kalah pun..kurang2 dapat gak sumbat satu gol..hehe..gembira sakan dah tu..kan?
    Hafizul baru je tulis kisah Sedu SedanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun