Tentang Dia

Entri ini aku tujukan khas kepada adik-adik kita yang telah selesai menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia [SPM] tahun 2011 ini. Mereka seperti kita, menamatkan alam persekolahan dengan membawa bersama pengalaman dan kenangan indah [pahit, manis, tawar, masin, masam, kelat, payau]. Jangan pula ada yang nangis guling-guling bila terkenangkan teman sejati zaman sekolah nanti. :D

smkdbw

bila susah
dia ada di sebelah
hati ini sungguh damai dan indah
di tangannya ada kek dan air buah

bila sepi
dia datang ke sisi
hati ini sungguh meriah dan berseri
di tangannya ada hard disk dan juga cd

bila keliru
dia sedia membantu
hati ini sungguh gembira dan terharu
di tangannya ada senaskhah ombak rindu

bila merajuk
dia hadir memujuk
hati ini sungguh tenang dan sejuk
di tangannya ada sebuah bantal peluk

bila gembira
dia memang bersama
hati kami sungguh seronok dan ceria
di tangan kami ada segala-galanya

universiti-malaya

Sementara menunggu keputusan SPM 2011 keluar, bolehlah cuba-cuba buat rancangan untuk mengisi masa lapang. Banyak perkara boleh dibuat kalau kita mahu. Belajar mengaji pondok boleh, belajar memasak boleh, merempit boleh, jadi kutu rayau pun boleh… Atau boleh juga kalau hanya sekadar mahu menternak lemak di rumah. :D

TehrDemikian kisah 'Tentang Dia' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


32 Comments

  1. akubiomed says:

    Kalau zaman saya sudah mencari kerja untuk mengisi poket yang kosong. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Bila serba tak menjadiMy Profile

    1. tehr says:

      sama la kita, bro
      aku dulu kerja kat kilang batik
      gaji tak banyak mana pun :D

  2. Juan says:

    saya dulu lepas habis spm saya belajar kerja, kerja dikilang, itulah pengalaman pertama kali berkerja
    Juan baru je tulis kisah Kajian Perbandingan Agama bawa Keharmonian Negara – Perlukah?My Profile

    1. tehr says:

      betul tu, juan
      baik cari pengalaman daripada duduk kat rumah je otak jadi beku

  3. masa yg terluang jgn disia-siakan…
    dulu saya masa tunggu spm, saya kerja kilang buat baju..
    dapat gak duit… :D
    Petua Emak Hot baru je tulis kisah Ubat tradisional kencing manisMy Profile

    1. surihati_ku says:

      sy tak keje pun tapi rest kt umh.tapi pas hbis bljar sy keje kilang biskut hari2 mkn bskut…rasa krim boskut.. adei…muka pun ha jdi cam biskut heee…
      surihati_ku baru je tulis kisah Balão De Ar QuenteMy Profile

    2. surihati_ku says:

      bila dpt wet cam2 nak bli heee…
      surihati_ku baru je tulis kisah Makanan Merangsang Seks_18sxMy Profile

      1. tehr says:

        masa tu
        duit gaji yng sikit tu
        dah rasa macam kaya sangat :D
        lagi pun kat rumah, mak masih masak nasi

  4. time cuti ni kalau dah tak nak jadi manusia pun boleh
    sabree hussin baru je tulis kisah Jana Pendapatan Tanpa Had Bermodalkan RM100My Profile

    1. tehr says:

      haha
      harap adik2 kita pandai2 la fikir mana yang elok

  5. zool says:

    Rasanya elok adik-adik ni cari kerja..
    Cari pengalaman dan cari duit… Jangan duduk rumah tengok tv je..
    zool baru je tulis kisah Persoalan : Isteri , surirumah di zaman moden ?My Profile

    1. tehr says:

      yups
      orang kata ‘ringan tulang, berat perut’ :D

  6. b3njy says:

    Cerita pasal menternak lemak tu cikgu … hehehe berapa kilo suda lemak yang membiak tu … kalau jual sekila RM 15.00 untung OOOoo
    b3njy baru je tulis kisah ‘ANM’ MEMUDAHKAN SEMAKAN E-PENYATA GAJI KERAJAANMy Profile

    1. tehr says:

      hahaha
      tak tahu la sapa nak beli
      lemak yang penuh dengan penyakit tu

  7. b3njy says:

    Aduhh ! cikgu ni cerita pasal SPM pula … hehehe …. cikgu mengingatkan Benjy semasa meninggalkan SPM dengan kenangan yang cukup memalukan jika dikenang sekarang ni tetapi cukup membangakan pada masa tu … dimana bertekak dengan Pengetua sekolah semasa di tingkatan 5 … pecah rekod kejahatan Benjy tu …. hahahaha … Apa kes ? adalah mana boleh cita …. hahahaha
    b3njy baru je tulis kisah ‘ANM’ MEMUDAHKAN SEMAKAN E-PENYATA GAJI KERAJAANMy Profile

    1. tehr says:

      wah, aku tabik tu
      kurang2nya bro berani suarakan pendirian
      tak kira la apa kes pun

  8. b3njy says:

    Ada baiknya adik2 yang dah tamat SPM tu pergi merempit daripada pergi mencuri buah durian …. atau hisap dadah …. tetapi lagi baik kalau blogging …
    b3njy baru je tulis kisah ‘ANM’ MEMUDAHKAN SEMAKAN E-PENYATA GAJI KERAJAANMy Profile

    1. tehr says:

      yes!
      lagi baik blogging
      boleh tambah pengetahuan dan boleh juga asah bakat menulis

  9. b3njy says:

    Kalau mereka2 ni pergi part time kat KFC ke McD ke ok juga boleh dapat duit poket dan makan free …
    b3njy baru je tulis kisah ‘ANM’ MEMUDAHKAN SEMAKAN E-PENYATA GAJI KERAJAANMy Profile

    1. tehr says:

      yang ni memang aku sokong sangat
      sambil kerja, sambil cari duit… dapat makan free lagi :D

  10. b3njy says:

    Benjy dulu semasa tunggu keputusan SPM jaga kedai runcit orang tua … semua awek2 cun yang datang membeli di kedai semua habis kena ayat … malangnya semua tak sangkut …. nampak sangat ayat Benjy belum cukup power lagi ….. hahaha
    b3njy baru je tulis kisah ‘ANM’ MEMUDAHKAN SEMAKAN E-PENYATA GAJI KERAJAANMy Profile

    1. tehr says:

      hahaha
      masa tu guna ayat budak remaja je, bro
      mana nak sangkut
      cuba kalau sekarang :D

  11. zulkbo says:

    salam..
    ayat last tu saya sokong
    dan suka sekali..buatlah perkara
    yang lebih berfaedah buat adik2 semua
    zulkbo baru je tulis kisah Bantu Kanak-Kanak Terbiar UNICEF MalaysiaMy Profile

    1. tehr says:

      salam
      tak kisah kalau mahu rehat sekejap, kan
      lepas tu masa kosong yang ada kena la buat apa2 yang berfaedah

  12. titan says:

    dulu..aku keja kat cc..sambil ambil lesen. itu aje..malas buat benda lain. haha..
    titan baru je tulis kisah Komisen kedua dari NetklMy Profile

    1. tehr says:

      ok la tu, bro
      ada benda nak dibuat masa cuti

  13. chii says:

    macm chii dulu..keje kat kedai runcit…sementara dok umah tade wat pape..tp kejap je la..pas dpt result..ayah suruh isi form..masuk universiti..ehehe..

    kenangan zaman skolah menengah..memang sgt manis..
    chii baru je tulis kisah Jawapan Kepada PersoalanMy Profile

    1. tehr says:

      kerja sementara sambil isi masa lapang macam tu la, chii
      daripada tak buat apa2

  14. adele says:

    lepas spm sy duk rumah je..anak perempuan lah katakan..kenalah tolong mak kat rumah..huhuhu
    adele baru je tulis kisah Home Sweet HomeMy Profile

    1. tehr says:

      ni mesti banyak belajar memasak dan cuba resepi ni, kan?

  15. ahmad kamil says:

    Teman pula, lepas SPM, dok habiskan masa dengan hobi, sambil tu ada juga tolong pakcik berniaga. tapi seminggu je. lepas tu melepak kat rumah je. hehe

    Apapun harap adik2 yang dah lepas SPM ni tak terjebak dengan aktiviti negetif.
    ahmad kamil baru je tulis kisah Kisah Nabi Isa a.s bersama dua pengikutnyaMy Profile

  16. pergi ke kedai dengan aweknya
    jumpa pulak kekasihnya roslan
    Lepas SPM bukan segalanya
    ambil peluang kerja sambilan

    jumpa doktor periksa dalaman
    disuruh buka baju seluar
    mencari kerja menimba pengalaman
    sebelum keputusan peperiksaan keluar

    Maaf lama tak singgah sini sebab saya cuti panjang
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    tip pilih sport rim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun