Tendangan Penalti Baddrol Bakhtiar

Tendangan penalti kapten pasukan Harimau Muda Malaysia, Baddrol Bakhtiar menamatkan gelora dalam dada aku sepanjang perlawanan. Lega! Baru senang sikit aku nak makan malam. :D Sejak petang aku memang tak selera nak makan dek kerana Perlawanan Akhir Bola Sepak Sukan SEA ke 26 di Indonesia ni.

burung garuda jatuh tersungkur
dibaham oleh harimau belang
hilang gelora mengucap syukur
emas dah boleh dibawa pulang

Itu cerita semalam, memang menggembirakan semua rakyat Malaysia dan mendukacitakan seluruh rakyat Indonesia. Nak buat macam mana, adat perlawanan akhir, selalunya hanya ada satu pemenang sahaja. Setinggi-tinggi tahniah kepada Harimau Muda Malaysia yang memenangi emas acara bola sepak Sukan SEA ke-26 di Indonesia.

harimau muda berlari-lari
di tengah hari hingga ke senja
perjuangan kita tak habis lagi
siapkan diri sepanjang masa

Bagaimana dengan cerita besok? Skuad Harimau Muda akan menentang Syria bagi Kelayakan Olimpik 2012 di London. Cerita besok pastinya tiada penentuan tendangan penalti yang boleh dijaringkan oleh Baddrol Bakhtiar atau diselamatkan oleh Khairul Fahmi. Harap-harap Ong Kim Swee dapat berbuat sesuatu nanti. Moga-moga aku akan berselera untuk makan malam. :D

TehrDemikian kisah 'Tendangan Penalti Baddrol Bakhtiar' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


32 Comments

  1. zulkbo says:

    salam..
    tahniah buat seluruh
    rakyat Malaysia..kita
    membuktikan kitalah juara
    bolasepak rantau Asean
    zulkbo baru je tulis kisah Gambar Bayi (Baby) Aishwarya RaiMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      syukur juga tampanan penjaga gol indonesia tu tak kemas
      kita masih ada perlawanan dok tunggu besok
      harap mereka masih mantap

  2. chii says:

    alhamdulillah..sekali lagi..badrol menjadi hero bagi skuad muda harimau semalam..caya lah..ehehe

    1. tehr says:

      besok jangan lupa
      terus berikan sokongan :D

  3. padin says:

    memang berdebar sampai ke wisel penamat, haihh.. seronok tengok Apex save penalti, dan Badrol utk gol terakhir..
    padin baru je tulis kisah My Typing Test ScoreMy Profile

    1. tehr says:

      lepas gol penalti akhir tu aku makan malam
      baru senang nak cedok nasi :D

      1. akubiomed says:

        Tentu tangan mengeletar ketika ceduk nasik. :-)
        akubiomed baru je tulis kisah Pingat emas bola sepak sukan Sea 2011 milik MalaysiaMy Profile

        1. tehr says:

          dak aihh… :D
          dah menang emas, tenang je
          setenang penyokong indonesia kat stadium

          1. surihati_ku says:

            haa.blh percaya ker tuh kiki…
            surihati_ku baru je tulis kisah Oh Abang..Oh SayangMy Profile

  4. akubiomed says:

    Gelora Bung Karno amukan Garuda
    Bukan mudah Harimau mahu mengalah
    Cerita menang bola tajuk utama
    Seminggu cerita bola tidak kebah
    akubiomed baru je tulis kisah Pingat emas bola sepak sukan Sea 2011 milik MalaysiaMy Profile

    1. tehr says:

      balik kampung gelap gelita
      hati cemas di senyap sunyi
      sabar bung, terima sahaja
      pingat emas milik kami lagi

  5. nurmisnan says:

    bila tgk bola blh buat jantung gugur.. hik3..
    smlm memang suspended betul.. lg2 indonesia
    buat tendangan sudut lagi.. haishhhh… mcm tak
    makin nak tercabut.. har3…

    Tahniah Harimau.. Khusus utk Fahmi dan Bad..

    1. tehr says:

      anak gadis saya memang tak senang duduk kalau tengok bola
      berdebar katanya :D

  6. ohcikgu says:

    tak reti nak komen pantun-pantun
    yang penting garuda dapat kita hayun.

    hehe.. :D
    ohcikgu baru je tulis kisah Sidji (Satu) – Short Film HDMy Profile

    1. tehr says:

      hehe
      macam pantun dua kerat
      kita lawan penuh semangat

  7. fiezaradzi says:

    mmg berdebar pun mlm tadi.. tahniah buat skuad negara, moga rabu ni pun buat terbaik.. go malaysia..

    1. tehr says:

      harap2 mereka dapat rehat secukupnya

  8. titan says:

    sepakan badrol memang menyerang jantung aku. Hoho..berhenti kejap bila kena tahan..terus berdegup balik bila masuk dalam gol..hoho..
    titan baru je tulis kisah Komisen ke 2 dari TipsPTD.comMy Profile

    1. tehr says:

      aku ampak muka baddrol pun saspen je bila bola ditampan
      hehe

  9. mie says:

    badrul hero…..
    yang pasti, Malaysia meraih kemenangan..
    heheheee
    mie baru je tulis kisah Wordless Wednesday #2My Profile

    1. tehr says:

      malam nanti kita nak menang lagi, bro :D

  10. Ad-Dien says:

    tahniah kepada kedua-dua pasukan atas kesungguhan mengekalkan kejuaraan dan kesungguhan untuk memberi saingan, jemput baca entri berkaitan kejayaan dan sedikit pesanan dari WADi, insyaallah
    Ad-Dien baru je tulis kisah Nasihat dan Ucapan Tahniah Atas Kejayaan Harimau MalayaMy Profile

    1. tehr says:

      yups,
      kia harap mereka tidak terlalu seronok dengan pingat emas ni
      tugas lain ada lagi menanti

  11. Juan says:

    memang best la semasa menonton final malaysia vs indonesia, bila gol jer, semua yahooooo, rasa bangga terhadap pasukan negara kita
    Juan baru je tulis kisah MasterChef Malaysia Astro RiaMy Profile

    1. tehr says:

      kalau ada anak kecil
      memang tak boleh nak yahoo sepenuh hati :D

  12. Sesat dihutan tiada ikhtiar
    Seorang diri dibelenggu kesunyian
    Bangga sungguh Baddrol Bakhtiar
    Menyumbat Gol Tanda kemenangan

    Lawan Musuh Sentiasa Waspada
    Kekuatan diri janganlah lupa
    Tahniah pada Harimau Muda
    Menunduk Lawan Garuda Muda

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    teknik penyaduran chrome electro
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tip periksa kerosakan dan Servis RadiatorMy Profile

  13. yas says:

    Dalam keadaan tekanan yang begitu tinggi, akhirnya pemain kita BERJAYA melakukannya….Tahniah Harimau Malaya!!!
    yas baru je tulis kisah Olimpik London 2012 – Malaysia vs SyriaMy Profile

  14. Badrol gamble tendang bola tu ke tengah sbb dia fikir goal keeper sure gamble terbang ke tepi utk selamatkan penalti terakhir. Hampir tak menjadi…. tapi tendangan dia cukup kuat utk disekat… legaaaaa….
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Jom Pergi Perdana Park Tanjung AruMy Profile

  15. dnoBiz says:

    debaran bermula dari saat sepak mula hingga lah kesaat bola melenggang masuk ke dalam gawang…..

  16. surihati_ku says:

    kita klah mungkin penat sisa pent tu masih ada huhu…
    surihati_ku baru je tulis kisah Dua QunutMy Profile

  17. surihati_ku says:

    satu kemenangan yg harus d puji
    surihati_ku baru je tulis kisah Moon SnailsMy Profile

  18. zik says:

    baddrol pemain yang terbaik… dan mempunyai pengalaman yang banyak… digunakan dengan sebaiknya… terima kasih dan juga kepada semua pemain. ada juga peranan2 yang penting…
    zik baru je tulis kisah Selamat menyambut Tahun Baru Maal Hijrah,1 muharam 1433HMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun