Tempat Dan Tarikh Melihat Anak Bulan Syawal 1432H

Anak bungsu Mr Tehr pernah bertanya, “Mengapa hanya ada anak bulan, mak bulan tak ada ke?” :D Rupanya ada kegelisahan dan kekecohan bahawa tarikh hari raya di Semenanjung tidak sama dengan tarikh sambutan hari raya di Sabah dan Sarawak. Seingat Mr Tehr, belum pernah terjadi perbezaan sambutan hari raya antara negeri-negeri di negara kita. Kalau berbeza tarikh dengan Thailand memang ada.

tempat dan tarikh melihat anak bulan

Apa-apa pun kita tunggu sahaja pengumuman hari raya oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada 29 Ramadhan 1432 atau 29 Ogos 2011 mengenai tarikh hari raya nanti. Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, 30 lokasi atau tempat melihat anak bulan adalah seperti berikut:

Johor Pontian Kecil
Kedah Kampung Pulau Sayak
Pemandangan Indah Langkawi
Menara Alor Setar
Kelantan Bukit Peraksi Pasir Putih
Bukit Kampung Tembeling Kuala Krai
Menara Bangunan SEDC Kota Baharu
Melaka Kompleks Falak Al-Khawarizmi
Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara
Pahang Bukit Tanjong Batu Nenasi
Gunung Berincang, Cameron Highlands
Bukit Pelindong, Kuantan
Perak Pantai Pasir Panjang, Manjong
Perlis Kuala Sungai Baru
Pulau Pinang Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh
Sabah Balai cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil
Sarawak Tanjong Lubang, Miri
Teluk Bandung, Kuching
Tanjung Batu, Bintulu
Selangor Bukit Melawati
Pulau Angsa Bukit Jugra
Balai Cerap Selangor
Negeri Sembilan Teluk Kemang, Port Dickson
Terengganu Bukit Besar Kuala Terengganu
Bukit Kemuning, Kemaman
Pulau Perhentian
Balai Cerap KUSZA, Setiu
W.P Kuala Lumpur Menara Kuala Lumpur
W.P Labuan Menara Universiti Malaysia Sabah
W.P Putrajaya Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya

Tarikh 29 Ogos 2011 bersamaan 29 Ramadan 1432 adalah Tarikh Mencerap Anak Bulan Syawal dan Penetapan Hari Raya Aidilfitri 2011. Negara kita Malaysia menentukan tarikh aidilfitri atau tarikh hari raya puasa mengikut kiraan rukyah dan hisab.

segala kerja sekejap berhenti
ada terduduk ada yang berdiri
semua tercongok kat depan tv
pengumuman raya dinanti-nanti

“Adalah dengan ini diumumkan bahawa tarikh…” Selamat Hari Raya semua. Ingat, anda lebih lawa dan manis kalau tak main mercun! Maaf Zahir Batin.

Google+

Post Berkaitan:

  1. Anak Bulan vs Anak Kita
  2. Tarikh Tukar MyKad Baru
  3. Tarikh Puasa 2011
  4. Tarikh Gaji 2012
  5. Juara Piala FA Malaysia 1990 – 2011

Mahukan entri terkini dihantar terus kepada anda?

Masukkan alamat email di sini:

Oleh FeedBurner

Aktifkan akaun anda melalui email yang dihantar sebagai pengesahan.


21 Comments

  1. Mus says:

    kita tunggu saja keputusannya..
    Mus recently posted..Kompleks Mahkamah LamaMy Profile

    1. tehr says:

      kejap je lagi, mus :)

  2. adele says:

    budak2 mmg kreatif soalannya..kdg2 kita pun tak tahu nak jwb apa.. hehe
    adele recently posted..Wordless Day #2 – Nourishing Oil Care: Nutri Oil Serum With Nutri Oil EssenceMy Profile

    1. tehr says:

      kadang2 soalan mereka memang soalan maut
      boleh malu dibuatnya kalau depan orang ramai :D

  3. Hadi Rofiee says:

    Sungguh kelakar soalan yang ditanya oleh anak bongsu itu. Pasti dia seorang yang bijak nanti. i’Allah.

    Suka dengan ayat ini: “Ingat, anda lebih lawa dan manis kalau tak main mercun!”. Setuju. :-)

    Salam aidilfitri juga. ;-)

    1. tehr says:

      salam aidilfitri
      insya-allah. amin

  4. Nuar Haruha says:

    berbeza tarikh? Semasa Tun Mahathir jadi Perdana menteri ke-4, usul pertama sekali yg dibuat; selaraskan waktu antara Semenanjung Malaysia dgn Sabah & Sarawak. Thus, Semenanjung +30 minit. Sebenarnya kita yg di semenanjung ni cepat 30 minit. Boleh buat alasan datang lambat.

    Budak² memang cerdik.
    Nuar Haruha recently posted..Pantun Merdeka – Menyambut KemerdekaanMy Profile

    1. tehr says:

      yups, betul tu
      lepas tu ada punch card dan dasar pandang ke timur

  5. Nuar Haruha says:

    Awal bulan samar di mata,
    bagi penentu syawal yang mulia;
    Awal Bismillah pembuka kata,
    selamat menyambut hari yang bahagia.

    1. tehr says:

      besok sudah hari raya
      sudah diumum dalam tv
      silap salah kalau ada
      usah simpan dalam hati

  6. Khidhir says:

    lebih lawa dan manis kalau xmain merecun. tapi dorang kata kurang macho.. haha
    Khidhir recently posted..Domain CO.CC Hilang Daripada Google Search EngineMy Profile

    1. tehr says:

      kalau putus jari, langsung tak macho :D

  7. akubiomed says:

    Ohh pening juga kalau sambutan Hari Lebaran tidak sama tarikh

    1. tehr says:

      pening dan rasa pelik
      terutama orang tinggal di sempadan

  8. Nik Thoha says:

    En. teh tinggal di kawasan mana ya? saya tak pernah tanya pulak sebelum ni. Kepada en teh dan keluarga. saya mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin. semoga hari raya disambut dengan gembira bersama dengan keluarga tersayang..

    1. tehr says:

      tumpat, bro
      dekat sempadan thailand :D

      selamat hari raya juga untuk nik dan keluarga

  9. padin says:

    alamak ade pesanan plak kat hujung tu hehee
    aku dah bakar sumbu ni.. erkkk
    hahaaa
    padin recently posted..Cinta PertamaMy Profile

    1. tehr says:

      baik2 main tu, bro
      terbakar kampung nanti :D

  10. Sarah                                                  says:

    that is a lovely place to stay during ramadhan. so peaceful.
    Sarah                                                  recently posted..Chamonix Mont Blanc FranceMy Profile

  11. Cik Siti says:

    dah raya dah….
    Cik Siti recently posted..Kuih raya….My Profile

  12. wandisini says:

    salam aidilfitri
    wandisini recently posted..Salam Aidilfitri 1432HMy Profile

Tinggalkan Komen

Artikel terbaru boleh dihantar terus ke kotak email anda.

Sila hindari daripada menyentuh sensitiviti individu, agama dan perkauman. Anda bertanggungjawab dengan komen yang anda tulis.

CommentLuv badge