Telur Mata Sapi

Bukan kisah ‘lembu punya susu, sapi dapat nama’ tapi kisah ni lagi teruk. Kisah ‘ayam punya telur, sapi dapat nama’. Ayam yang penat-penat bertelur tapi korang, kita dan aku sendiri senang-senang je sebut telur mata sapi.

Ha Ha Ha…

Telur mata sapi, telur mata lembu atau telur mata kerbau. Semuanya sama. Asalnya telur ayam!

Kesian ayam…

telur mata sapi telur ayam yg digoreng bulat-bulat (tidak dipecahkan merahnya); Kamus Dewan Edisi Keempat

Aku memang tak suka makan telur mata sapi. Aku lebih suka makan telur dadar. Walau pun lebih sukar untuk dimasak tapi aku suka bila ia diaduk dan dibalik-balik ketika memasak. Bukan seperti telur mata lembu yang dimasak sebelah macam tu je…

Kadang-kadang tak cukup masak.

Tak best!

telur dadar telur (ayam dll) yg diaduk lalu digoreng; Kamus Dewan Edisi Keempat

‘Jika jurulatih tidak boleh ajar pemain, maka ia salah jurulatih bukannya pemain’ – telur mata sapi.

Cuba kita buat telur dadar. Kacau, aduk dan balik-balikkan ketika memasak. Pasti sekali rasanya akan lebih enak.

  • Jika jurulatih tidak boleh ajar pemain, maka ia salah jurulatih bukannya pemain.
  • Jika pemain tidak boleh ikut jurulatih, maka ia salah pemain bukannya jurulatih.
  • Jika persatuan tidak boleh kawal pegawai, maka ia salah persatuan bukannya pegawai.
  • Jika pegawai tidak boleh ikut persatuan, maka ia salah pegawai bukannya persatuan.
  • Jika presiden tidak boleh faham ahli, maka ia salah presiden bukannya ahli.
  • Jika ahli tidak boleh tegur presiden, maka ia salah ahli bukannya presiden.

He He He…

Bukankah seronok masak telur dadar berbanding telur mata sapi? Kita boleh membalik-balikkan telur. Kita juga boleh melihat dengan lebih jelas sebelah mana yang belum masak secukupnya.

Tak gitu ke? :D


“Tak faham la, cikgu!”

Tak apa.

Korang yang tak faham kisah ni tak payah la susah-susahkan diri untuk memahaminya. Kalau faham sikit, dah cukup bagus kerana faham yang sedikit itu lebih baik dari salah faham.

Penat-penat ayam bertelur,
Sapi pula yang dapat nama;
Kereta sarat pemandu tidur,
Masuk gaung laa jawabnya…

TehrDemikian kisah 'Telur Mata Sapi' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


20 Comments

  1. kakyon says:

    tak sedap naw bunyinya “telor mata sapi”..sama juga dgn rasanya. sedap lagi “telor dadar” yg boleh di tambah perencah/ perasa mengikut selera kita..
    kakyon baru je tulis kisah suasana raya ke7My Profile

  2. akubiomed says:

    Telur mata lembu saya kurang gemar berbanding telur dadar.
    akubiomed baru je tulis kisah Cerita semalam home made fish nuggetMy Profile

  3. amirulfaiz says:

    Ya, salah jurulatih, tak banyak makan telur mata sapi.

    Ada juga yang panggil, telur mata kerbau, ada juga yang panggil telur goyang. :D Hehe.
    amirulfaiz baru je tulis kisah Fanzuru, Maka LihatlahMy Profile

  4. umi says:

    Mak cik nasi goreng telur mata 1! Siappp ^_^
    umi baru je tulis kisah Set Penyusuan Shaklee Terlajak LarisMy Profile

  5. Cik Siti says:

    telur dadar kalau tambah bawang dengan cili dah tak yah lauk lain dah…
    Cik Siti baru je tulis kisah Kad Raya Bayu KenanganMy Profile

  6. Ismail N says:

    Alahai, ayam punya telur, sapi dapat nama..

    Penat-penat ayam bertelur,
    Sapi pula yang dapat nama;
    Kawe penat tak cukup tidur
    Blog kengkawan dikunjungi juga
    (Insya-allah…)
    Ismail N baru je tulis kisah 5 Android Apps To Keep Your Kids Busy On Your Way To HolidaysMy Profile

  7. Faizal Nizam says:

    Dalam bro. Memang dalam. Sekali baca aku dapat mesej yang nak disampaikan. Mudah tapi “very deep”.
    Faizal Nizam baru je tulis kisah World’s Shortest Escalator in Kawasaki Japan at a Modest Rise of 32.8 Inches (83.4cm)My Profile

  8. saya suka sangat telur mata kerbau/sapi ni.
    Raihanah Ahmad baru je tulis kisah Rawat Cyst Dengan GLA ComplexMy Profile

  9. dja@sishaza says:

    Hahaha…mendalam sungguh maksud telur mata sapi ni ye…
    dja@sishaza baru je tulis kisah NOSTALGIA RAYA ZAMAN KANAK-KANAKMy Profile

  10. dja@sishaza says:

    Telur mata lembu,masak sebelah…habis juga dimakan orang :-D
    dja@sishaza baru je tulis kisah NOSTALGIA RAYA ZAMAN KANAK-KANAKMy Profile

  11. Nurul says:

    Hehe…kisah yang menarik. Saya suka 2-2, telur mata sapi n telur dadar. Makan dengan nasi panas…memang best!
    Nurul baru je tulis kisah Apa Kelebihan Susu Ibu Untuk Anak Kita?My Profile

  12. hafidzramli says:

    Salam Hormat.

    Hidup Telur Dadar!

    ahaks ;)
    hafidzramli baru je tulis kisah Selamat Kembali Berblogging Dengan Selamat.My Profile

  13. Hafizul says:

    Huhu..telur mata sapi..memang janggal bunyinya..telur mata kerbau jer saya biasa..haha
    Hafizul baru je tulis kisah Aku Nak Beli Sebuah Kapal PeranginanMy Profile

  14. zara says:

    kene goreng bulat-bulat la gitu..kalau senget bagaimana pula tu :)
    zara baru je tulis kisah Cerita Saya Dan ShakleeMy Profile

  15. Hero Borneo says:

    telur dadar lebih sedap dari telur mata kerbau..
    Hero Borneo baru je tulis kisah Terima Kasih DenaihatiMy Profile

  16. Nasi minyak memang sedap
    Lemak berkrim dengan minyak sapi
    Manusia mana tak buat silap
    Termasuklah pemain bernama sapi

    Hehe.. Pantun awal pagi
    Tudung Labuh Online baru je tulis kisah Tudung Labuh Online Lycra Chiffon Butterfly InspirasihanaMy Profile

  17. Bahrain says:

    Saya pula suka makan telur masak sapi..hehehe
    Bahrain baru je tulis kisah Adab Dalam Group Di Alam MayaMy Profile

  18. puterijamu says:

    cuba try test resepi ni.. ni versi telur dadar, tapi sebelum masukkan telur tu, tumis bawang besar & tomato yg dihiris halus. sekejap je then masukan telur atas bawag besar & tomato tadi. ini telur dadar versi org arab… :)
    puterijamu baru je tulis kisah Tahap kesuburan lelakiMy Profile

  19. titan says:

    telur mata sapi memang dappppp
    titan baru je tulis kisah Spa Coklat Aishah RadhiahMy Profile

  20. Lyn™ says:

    Kat rumah saya, anak-anak panggil telur mata sapi tu sebagai telur air.
    Pasal telur tu kena goreng separuh masak baru best bila dicurah kicap habhal di atasnya. yummy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun