Telekung Reehans Pilihan Muslimah

Telekung Reehans Pilihan Muslimah bukan hanya satu tajuk kontest. Ia juga bukan sekadar satu entri santai untuk dibaca sambil minum petang.

Bukan.

Telekung Reehans sebenarnya semakin menjadi pilihan pengguna. Menjadi Pilihan Muslimah di Malaysia dan mungkin sekali akan juga menjadi pilihan pengguna di seluruh dunia.

In Sha Allah.

Jenama Reehans Pilihan Muslimah,
Harga tak mahal tak juga murah;
Selesa dipakai cantik dan indah,
Tempah online dihantar ke rumah.

Telekung Reehans Pilihan Muslimah

Telekung Reehans Pilihan Muslimah

Reehans Balqis dipakai selalu,
Reehans Nur pilihan dahulu;
Reehans Rania kelihatan ayu,
Semua produk orang Melayu.

Telekung Reehans dibuat menggunakan bahan terbaik jenis English Cotton dan Italian Valentro. Memang selesa dipakai dalam semua keadaan cuaca di Malaysia. Dalam iklim panas lembab di negara kita.

Bahan English Cotton dan Italian Valentro boleh menyerap dan mengurangkn bau peluh.

Pakai telekung cantik selesa,
Nampak berseri di raut muka;
Anak gadis dan Makcik dara,
Bila nak solat jangan ketawa.

Membakar dian di tengah rumah,
Di malam yang sejuk hati berserah;
Telekung Reehans Pilihan Muslimah,
Khusyuk Tawadhuk mengadap Allah.

Pilihan mata aku [kerana aku lelaki] ialah Reehans Rania. Tak tahu apa sebab aku suka yang ini. Tak tahu. Lagi pun aku tak pakai telekung bila mengerjakan solat.

Mungkin juga aku berkenan dengan Rania kerana warna vanilla dan dusty pink. Mungkin.

Reehans Balqis yang bercorak tu cantik juga. Nampak sesuai untuk anak gadis remaja.

Kalaulah aku bakal berkahwin dengan gadis pilihan hati, tentu sekali Reehans Rania akan aku jadikan barang hantaran untuk pengantin perempuan.

Kedua-dua warna sekali gus. :D

Ibadah Selesa, In Sha Allah Hidup Ceria

Ya. Mengerjakan ibadah adalah tanggungjawab utama kita di dunia. Apa yang kita buat, apa yang kita fikir dan apa yang kita angankan, biar semuanya nanti menjadi ibadah. Menjadi bekalan kita pulang ke akhirat nati.

Ketika beribadah pula kita dituntut untuk berada dalam keadaan selesa. Dalam keadaan tenang dan khusyuk. Lagi pun kita digalakkan memakai pakaian yang cantik dan bagus ketika mengerjakan solat. Ketika kita mengadap Allah.

In Sha Allah amalan kita diterima sepenuhnya.

Info Lanjut dan Tempahan
WhatsApp/Tel: +6011-14481591
Email: reehanstelekung@gmail.com
Facebook: Reehans Telekung
Website: www.reehans.com

Kontest Telekung Reehans Pilihan Muslimah dianjurkan oleh HasrulHassan.com, ditaja utama oleh Reehans Telekung Muslimah Eksklusif Istimewa serta tajaan bersama Lyssa Faizureen, Pakej Percutian Murah, serta Cheap and Budget Car Rental Kuala Lumpur

TehrDemikian kisah 'Telekung Reehans Pilihan Muslimah' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


15 Comments

  1. ringantangan says:

    Sejuk mata memandang orang yang memakai telekung tu.. Eh? Hehe.. :D
    ringantangan baru je tulis kisah Mari MengajiMy Profile

  2. Hero Borneo says:

    Alamak tuan tehr ada hati nak tambah cawangan baru ke.
    Hero Borneo baru je tulis kisah Nikkhazami.com Dalam Blog ReviewMy Profile

    1. Alongxp says:

      niat yang baik insyaAllah akan dipermudahkan hehehehe
      Alongxp baru je tulis kisah Dapatkan semula nombor telefon dan contactMy Profile

  3. dja@sishaza says:

    Wah ada hati ,dalam diam2 simpan angan-angan nak naik pelamin semula ya cikgu :-D
    dja@sishaza baru je tulis kisah Makan Ikan Bakar di Restoran Api-ApiMy Profile

    1. TehR says:

      sekadar kalau je tu, cikgu… :D

  4. dja@sishaza says:

    Apa pun,moga berjaya cikgu. Nak menghadap Sang Pencipta, mesti kena dalam keadaan bersih dan cantik kan …
    dja@sishaza baru je tulis kisah Makan Ikan Bakar di Restoran Api-ApiMy Profile

  5. sensasi2020 says:

    Wah… bro pun join jugak Telekung Reehans Pilihan Muslimah. Terbaik dari tuan… Kini berada di kedudukan terbaik. Semoga berjaya…
    sensasi2020 baru je tulis kisah Telekung Reehans Pilihan MuslimahMy Profile

  6. Hafizul says:

    Menda ni sangat penting untuk kaum pempuan..jadi, buatlah pemilihan yang baik..agar kita kusyuk dalam beribadah..
    Hafizul baru je tulis kisah Pendapatan Ke 40 Dari JobdirumahMy Profile

  7. Alhamdulillah, saya terima penyertaan tuan.
    Hasrul Hassan baru je tulis kisah Weekend Getaway Bersama Keluarga di Golden Sands Resort, Batu Feringgi, PenangMy Profile

  8. Terbaik semoga sukses ya.
    Khairul Zamri baru je tulis kisah Telekung Reehans Pilihan MuslimahMy Profile

  9. salam, BW here
    inovasi telekung yg sgt memudahkan kaum hawa utk beribadah
    semoga berjaya!
    Murni Mohd Yusof baru je tulis kisah Telekung Reehans Pilihan MuslimahMy Profile

  10. Aynora Nur says:

    Artikrl yg unik, siap dengan pantun. Good luck!

  11. Hajar Shikin says:

    Moga jenama reehans telekung ini dapat menjadi salah satu pilihan oleh muslimah masa kini
    Hajar Shikin baru je tulis kisah Biodata Dan Gambar Pelakon Nur RuhainiesMy Profile

  12. Azhan says:

    Cantik semua koleksi telekungnya. Telekung untuk budak ada tak? Rasa macam nk cari satu utk anak saya..
    Azhan baru je tulis kisah Sebab Kenapa Perlu Tukar Ke ONEXOXMy Profile

  13. putri says:

    cara berhijab segi empat Say: Subhanallah, sesungguhnya alah cinta kepada kita kaum hawa dengan kewajiban kita di dalam bersyar’i.
    putri baru je tulis kisah Cara Berhijab Segi Empat Simple Mudah Anggun dan ModisMy Profile

Leave a Reply to Khairul Zamri Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun