Tekun

Kata orang kampung, TEKUN ialah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga, sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Kata kamus, tekun bermaksud rajin, asyik, leka serta berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkerjaan. Kata Mr Tehr;

tekun melayan muka buku
banyak kerja akan terganggu
tekun melayan bemacam hobi
kadang untung terkadang rugi

kalau tekun belajar memasak
setiap hari hidangannya enak
kalau tekun mencari rezeki
hidup keluarga lebih bererti

Menjadi blogger sama ada lelaki atau wanita bukan sekadar perlu tekun blogwalking atau rajin mencari entri untuk dicopy paste sahaja. Blogger perlu lebih tekun membaca, mengambil gambar, membuat video atau penyelidikan untuk lebih berjaya. Cuba tengok apa yang saudara affanruslan tulis, memang bagus.

tekun seorang blogger

Apa sekalipun tujuan seseorang berblog, perlu ada tumpuan dan ketekunan untuk mencapai sasaran. Jangan nanti kecewa dan ditimpa tekanan perasaan hanya kerana diri sendiri tidak tekun dan masih meraba tak tentu haluan dalam menguruskan blog.

TehrDemikian kisah 'Tekun' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


31 Comments

  1. He he, kalu kawe dah start aktif balik.. seperti biasa nama teratas..:D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Pameran Kereta IdamanMy Profile

    1. tehr says:

      oh namamu
      terukir di hatiku

      tetiba je rasa nak nyanyi :D

  2. Kalu minat menggiler utk blogging, nescaya boleh jadi tekun gak bro :D Cuma kalu ada niat cari pendapatan dari blogging, maka kena atur lah strategi sikit agar hasrat tercapai dan minat tak hilang :wink:
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Pameran Kereta IdamanMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      apa2 nak buat perlu kena caranya
      baru la mengena

  3. padin says:

    yelah kata orang alang – alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.. buat apa pun, kena tekun dan bersungguh tak boleh sambil lewa,
    padin baru je tulis kisah Tinggal 1 PerkaraMy Profile

    1. tehr says:

      masalah aku ni
      kadang2 tekun aku hilang dalam kesibukan

  4. zulkbo says:

    salam..
    ermmm..kreatif Blogger Affan tu ye?
    tahniah..saya masih terkial2 mencari
    Identiti..
    :(
    zulkbo baru je tulis kisah Aku Seorang BloggerMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      blog bro affan memang banyak ilmunya
      banyak yang saya sendiri tak faham :D

  5. ghost writer says:

    ada banyak benda yang kita harus tekuni ketika melakukan sebarang pekerjaan dan ada yang harus kita jadikan sampingan.fokus pada apa yang dilakukan lebih memberi benefit pada kita dari kita cuma sambil lewa.rugi masa dan tenaga.
    ghost writer baru je tulis kisah hari minggu untuk mereka yang tidak punya pacarMy Profile

    1. tehr says:

      kalau hal blog ni
      aku sendiri masih tercari arah, ghost
      apa yang perlu difokuskan

  6. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

    ~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    tip bersihkan lining roof kereta

    Pergi ke kedai naik beca,
    Beca dinaik bersama tamu,
    Rajin kita tekun membaca,
    Penuhkan diri dengan ilmu.

    Jika kamu pergi ke dusun
    Jangan lupa bawa beras
    Belajarlah kita dengan tekun
    Jangan kita hjadi pemalas

    Pokok ditebang sumur digali,
    Mennggembur tanah untk bertani;
    Tekun Buku dibelek berulangkali,
    Biar subur ilmu di nurani.
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tip Bersihkan Lining Roof keretaMy Profile

    1. tehr says:

      kalau kita pergi ke jepun
      jangan lupa bawa selipar
      kalau kerja dengan tekun
      sudah pasti banyak sabar

  7. mak lagenda says:

    jgn kata Berblog..semua benda yg kita buat perlukan ketekunan. arulah ada hasilnya bila kita tekun..

    1. tehr says:

      hehe
      memang itu la sebaiknya, mak

  8. puteri says:

    Tekun = fokus dalam sesuatu perkara

    TEKUN sahabat baiknya RAJIN

    Kalau TEKUN tapi TAK RAJIN,
    kalau RAJIN tapi TAK TEKUN
    dua-dua ini kurang membuahkan hasil

    (petikan kuliah pagi oleh Syeikh Ahmad Faisol bin Hj Omar AMK., BCK.,)
    puteri baru je tulis kisah cadangan Sistem Biometrik TIDAK SELAMATMy Profile

    1. tehr says:

      terima kasih, puteri
      keduanya memang perlu seiring

  9. akubiomed says:

    Pernah terfikir menulis blog tidak pernah kita pergi kelas formal. Macam tidak percaya sahajakan :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Mata ganjaran Green Clubcard Points TescoMy Profile

    1. suri says:

      em.main terjah ayat je,,sedar tak dah lebih 100 ayat kita tulis..
      suri baru je tulis kisah Tukar Tapak Rumahlah Nampaknya..My Profile

    2. tehr says:

      sama la kita
      kerana minat dan rasa ingin tahu
      akhirnya sampai di sini sekarang

      sokongan rakan blogger memang sangat bererti

  10. tips-kurus says:

    TEKUN tu pon boleh jadi pantun. mantap!!
    tips-kurus baru je tulis kisah Donat & Jadual KaloriMy Profile

    1. tehr says:

      semuanya kerana tekun, tips :D

  11. suri says:

    tekun tu usaha kejayaan hee…ilmu di manfaat kan mmg bagus skli jami takk rugi..malah bakal tambah pengalaman lgi
    suri baru je tulis kisah Tukar Tapak Rumahlah Nampaknya..My Profile

    1. tehr says:

      kita sama2 berkongsi
      untuk sama riangkan hati :D

  12. adele says:

    sy tau pinjaman TEKUN ni..hehe

    hmm..rajin2 semua menulis blog..kalau nak copy paste jgn lupa kredit je..hehehe
    adele baru je tulis kisah Kesilapan Yang Kerap Dibuat Dalam KesihatanMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu, adele
      tak susah mana pun nak beri kredit kepada penulis asal
      kan? kan?

  13. faizul says:

    dulu aku gila kejar trafik, walaupun trafik tak datang-datang jugak aku pun mula sedar. Skang ni aku blogging cuma sekadar nak melepas perasaan shaja. :) Tak ada iklan pun.
    faizul baru je tulis kisah Jangan Putus Sahabat, Putus Saudara Kerana PolitikMy Profile

    1. tehr says:

      sebaiknya memang tak perlu terkejar-kejar, bro
      tak perlu untuk menambah tekanan

  14. maza says:

    aduh.. .. semacam kena penampar selipar jepun bila cikgu tehr bercakap pasal tekun ni…

    ahaks..

    maza sokong! hehehehe
    maza baru je tulis kisah Izinkan Aku Berzina…My Profile

    1. bEe says:

      Sbb maza malas kot tu nak kena penampor laju2 :-P

  15. zik says:

    tekun nak dapat pinjaman pun macam susah juga…
    zik baru je tulis kisah Tip blogging terbaik fasa kedua(tangani komentar blogger/anymous yang cari pasal)My Profile

  16. bEe says:

    Tekun itu adalah tekun dlm study hehehe ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun