Teknik Mudah Kaya

labur seribu dapat ribu-ribu
lelaki perempuan menyerbu

ingat nak labur tambah rezeki
cepat sahaja ejen berlalu pergi

aku kaya aku kaya aku kaya
nanti boleh dapat berjuta-juta

awal pagi bersidai kedai kopi
cerita wang mudah datang lagi

singgah petang dekat warung
pakai seluar bukan lagi sarung

senandung malam angan-angan
nanti wang penuh dalam tangan

mimpi bersama berkain pelikat
tersenyum dalam malam pekat

aku kaya aku kaya aku kaya
seronok bos skim cepat kaya

Penganjur Skim Cepat Kaya memang tidak pernah serik dengan tindakan undang-undang yang dikenakan ke atas mereka. Pelabur Skim Cepat Kaya juga masih tidak serik biar pun telah kerugian berjuta ringgit. Sememangnya penipu wujud selagi ada orang yang mudah ditipu. Cuma saya tertanya-tanya, apakah di negara lain juga wujud keadaan seperti ini? Ada kawan-kawan yang tahu?

TehrDemikian kisah 'Teknik Mudah Kaya' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


One Comment

  1. toyol says:

    dh bnyk didengar, tp kenapa masih ramai lg yg terpedaya hal2 cmni ye..
    toyol baru je tulis kisah SI BOTAK JUAL SYAMPUMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun