Tehramuan 2011

Kali ini aku nak berkongsi sedikit laporan mengenai Tehramuan.Com sepanjang tahun 2011 yang aku ambil dari Google Analytics. Semoga ia dapat memberi sebanyak mungkin ilmu dan maklumat untuk faedah bersama lebih-lebih lagi untuk aku sendiri.

tehramuan-2011

Graf peratus trafik yang diterima oleh Tehramuan.Com sepanjang tahun lepas. Memang nampak ketara trafik yang diterima adalah dari Enjin Carian terutamanya Google.

visitors-2011

Tehramuan.Com jarang sekali mengambil isu semasa sebagai entri sedangkan ia adalah tips blogging terbaik yang diberikan oleh rakan-rakan blogger yang telah berjaya untuk mendapatkan trafik yang banyak. Aku harap tahun ini jumlah trafik Tehramuan.Com akan dapat ditingkatkan lagi.

sources-2011 buah betik buah papaya
buah labu si buah kundur
biar sedikit trafik diterima
tapi hatiku masih terhibur

Selamat berhujung minggu untuk semua. Apa pun yang kita lakukan, moga-moga hidup kita sentiasa gembira dan selamat.

TehrDemikian kisah 'Tehramuan 2011' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


39 Comments

  1. Ladfe Amir says:

    ada perbezaan yg ketara di melawat laman web bro… nama web pun dah menunjukkan keistimewaannya.

    1. tehr says:

      kadang2 kalau tersilap ramuan
      parah juga jadinya, bro :D

  2. eiela says:

    suka pantun tuh. berblog boleh release tension.
    eiela baru je tulis kisah Sesi Rawatan 2012 – Takut CucukMy Profile

    1. tehr says:

      betul2
      tapi kalau asyik kejar sesuatu dengan blog
      boleh tambah tension juga

      1. cik tom says:

        suka blog tehr..mmg unik…penuh dgn pelbagai ramuan yg menghasilkan aroma yg wangi..mcm minum teh..hee =)
        cik tom baru je tulis kisah Ibu Sahabat TerbaikkuMy Profile

  3. kulanz says:

    blog yang unik…
    banyak peningkatan pada blog bro ni.. tahniah
    mungkin tahun 2012 ni boleh tambahkan perbincangan isu semasa juga.. tapi boleh ikut cara penyampaian yang sekarang.. melalui pantun.. ianya akan lebih menarik
    kulanz baru je tulis kisah 2011 dalam KenanganMy Profile

    1. tehr says:

      aku pun rasa memang ada peningkatan
      cuma tak banyak :D
      tahun ni aku akan cuba tingkatkan lagi

  4. yas says:

    Tahniah bro tehr…blog ko mmg unik sekali…cara dan penyampaian berbeza dgn blog org lain…aku tabik yg tu. Bab2 isu semasa yg aku nampak ko mmg suka ulas pasal bola…mmg peminat bola ko nih…he3x!!!
    yas baru je tulis kisah Khairul Fahmi [Apek], Safee Sali dan Fadhli Shas dicalonkan sebagai pemain terbaik Asia.My Profile

    1. nurmisnan says:

      itu pasal dia hari2 minum teh Yas.. peminat bola no.1
      nurmisnan baru je tulis kisah Penawar merawat perokok dan ketagihan dadahMy Profile

    2. tehr says:

      aku tahu bola dengan badminton je
      tu pun tak banyak mana pun
      huhu

  5. zulkbo says:

    Salam..
    tahniah..nampak menarik
    graf nya..maintain je..
    moga terus success dalam
    blogging :)
    zulkbo baru je tulis kisah Negeri Sembilan Juara Piala Sumbangsih 2012 (Video Gol)My Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      masih juga belum cecah 100k untuk tempoh setahun
      tahun ni tak tahu la dapat banyak mana pulak

  6. abam pantun!! he..

    mmg tak nafi, tehr minat bola.

    selain belajar berpantun, rain banyak rujuk pasal tarikh2 dan info terkini pasal berita contohnya jadual pmr 2011 (yang rain rujuk)

    all the best 2012 :)

    1. tehr says:

      minat dari jauh je, rain
      dah lama dah tak tendang bola

  7. dinar says:

    dari alor setar ke bandar satun,
    kadang-kadang meredah jalan susur,
    singgah di sini belajar berpantun,
    santai, seronok rasa terhibur..

    teruskan berpantun cikgu,,,,
    dinar baru je tulis kisah Ramalan harga emas 2012;My Profile

    1. tehr says:

      sekali meredah jalan susur
      silap langkah jatuh ke tanah
      jemput singgah sila berhibur
      samalah kita menjalin ukhwah

  8. budak-budak tengok kartun
    pasang astro sampai tertidur
    Tehramuan popular dengan pantun
    ramai yang suka ramai yang terhibur

    hari hari makan pengat
    pengat dimasak tanpa gula
    ulasan bola topik hangat
    info bagus peminat bola

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    excess caj rm400 kereta kemalangan
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tip periksa kerosakan dan Servis RadiatorMy Profile

    1. tehr says:

      pengat dimasak tanpa gula
      kedai gula jauh di seberang
      semalam sorak tengok bola
      hari ini chong wei menang

  9. nurmisnan says:

    Good 4 u brother.. boleh kongsi trafik sama2.. har3..
    nurmisnan baru je tulis kisah Penawar merawat perokok dan ketagihan dadahMy Profile

    1. tehr says:

      boleh2
      tapi aku tak tahu macam mana nak kongsi ni :D

  10. titan says:

    dulu masa datang sini..memang pelik. Tapi sebab ada benda yang aku leh masuk..sampai hari ini, hari-hari aku masuk blog ni. haha..
    titan baru je tulis kisah Tandukan pemusnah Effa Owona.My Profile

    1. tehr says:

      siang hari boleh masuk
      malam hari boleh juga
      blog ko banyak masyuk
      blog aku ni ciput sahaja

      haha

  11. padin says:

    hehee.. semoga pasni tehramuan lebih sukses.. mengupas isu semasa dengan cara berpantun selang seli dengan karangan pendek dah cukup bagus dan unik rasanya, :D
    padin baru je tulis kisah Tips Membeli Tayar KeretaMy Profile

    1. tehr says:

      teringin aku nak buat acara berbalas pantun antara tokoh politik
      haha

  12. kakyong says:

    biar sedikit trafik diterima, janji teman yg ada tetap bersama.. ;)

    pantun memang kerap menjadi carian … ;)
    kakyong baru je tulis kisah Sudah 40My Profile

    1. tehr says:

      betul tu, kakyong
      memang sentiasa ada yang cari pantun
      tapi tak la banyak

  13. Cikgu Hairul says:

    Trafik yang datang secara semulajadi camtu memang buat hati kita girang. Maknanya ada tips yang lebih baik dari tips blogging terbaik untuk kita praktikkan. Tulis apa yang orang tak tulis. Kan unik tu.
    Cikgu Hairul baru je tulis kisah Hantar SMS Dari Komputer PercumaMy Profile

    1. tehr says:

      kadang2 kering juga idea, cikgu
      tu yang terbabas ikut tulis apa yang orang tulis :D

  14. blog saya ni pun tak ikut perkembangan semasa, cuma tulis apa yang terlintas di fikiran :p
    sabree hussin baru je tulis kisah Duit Dari Internet. Siapa Tak Pernah Rasa Lagi?My Profile

    1. tehr says:

      mungkin boleh kalau sesekali je aku ikut

  15. akubiomed says:

    Google banyak menyumbang trafik kepada blog ini. Kalau hendak mengharapkan blog walking setakat mana yang mampu. Kesan pemilihan keyword yang unik memberi kesan trafik kepada blog ini. Tanniah bro Tehr.
    akubiomed baru je tulis kisah Blogger prihatin: Misi derma darah di PDN tercapai.My Profile

    1. tehr says:

      kadang2 je kena keywords tu, bro
      yang banyaknya kena keychain je :D

  16. ciksembang says:

    sy pun suka pantun ni.. sejuk hati
    ciksembang baru je tulis kisah Main spelling spellingMy Profile

    1. tehr says:

      sejuk seperti teh 0 ais limau :D

  17. Norgadis says:

    Bagi saya berblog ni adalah untuk kepuasan hati saya sendiri, tak kisahlah apa yang orang nak kata, tapi blog cikgu ni memang menarik dan unik serta penuh rahsia…
    Norgadis baru je tulis kisah 27 Award 2011 Dari Sahabat BloggerMy Profile

    1. tehr says:

      aik?
      mana ada rahsia, nor
      semua yang ditulis orang dah baca :D

  18. Ad-Dien says:

    macam mana nak tahu blog kita punya google analytic tu ya akhi tehr? tahniah atas kemajuan itu,
    Ad-Dien baru je tulis kisah [Soal Jawab] Sahkan Solat Dengan Darah dan Nanah?My Profile

  19. cikmin says:

    Tahniah teh atas pencapaian blog ni sepanjang 2011..semoga tahun 2012 ni lebih gempak..maaf kan sahabat ni yg selalu tak dapat berkunjung atas alasan yang skema…s.i.b.u.k..
    cikmin baru je tulis kisah Menaip Tak Serupa BikinMy Profile

  20. shraqs says:

    Wah tahniah bro. Paling best trafik banyak datang dari search engine tu… bukan senang nak dapat.
    shraqs baru je tulis kisah Kekerapan Blog Yang Ideal?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun