Teh Herba Melayu

daun jambu dan limau purut
juga serai dan misai kucing
herba melayu kalau diturut
banyak khasiat dan setanding

lebah madu di dahan tinggi
batang serai daun asam paya
herba melayu khasiat terpuji
luar dan dalam cantik semua

bunga roselle mas secotek
selasih hitam dukung anak
badan sihat berwajah cantik
fikiran tajam cerdaskan otak

daun pegaga hempedu bumi
dedaun kesum si ulam raja
ringankan tangan buatan asli
jimat pula dalam berbelanja

asam gelugor lemuni peria
daun selom selasih hitam
semua sekali bebas kimia
terjamin pula halal haram

Secara ringkas herba boleh dikelaskan kepada lima kumpulan. Ada jenis yang boleh dimakan mentah-mentah. Ada pula herba sebagai tanaman hiasan manakala sebahagian pula digunakan khusus dalam perubatan. Herba juga digunakan dalam masakan dan ada pula digunakan sebagai bahan asas dalam pembuatan pewangi.

Pernah menggunakan produk berasaskan herba? Sekali sekali cubalah…

Payah benar aku nak buat pantun berasaskan herba ni, tetapi aku gagahkan juga – Akhirnya terhasil juga ramuan yang ala kadar ini – Jemput minum – hehehe

TehrDemikian kisah 'Teh Herba Melayu' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


One Comment

  1. ray ban says:

    Banyak khasiatnya Teh Herba Melayu
    ray ban baru je tulis kisah Types lens use by Ray banMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun