cahayacinta brohantu apacerita
tak kenal maka tak cinta Cik Siti akubiomed coretananuar

tehramuan

Tarikh Puasa 2011

Salam dan selamat sejahtera semua. Sebulan lagi umat Islam akan mula berpuasa. Sebulan kemudian akan menyambut hari raya.  Tahun ini 1 Ramadan 1432 sama pula dengan 1 Ogos 2011. Nampak seperti ada perayaan berkembar pula bersama sambutan Hari Kebangsaan. Hehe…

Baju raya dah sedia? Rasanya ada yang telah berkunjung ke kedai-kedai jahit menempah baju raya. Tarikh Hari Raya Puasa dah memang pasti tak susah untuk difikir, kan? :D

bila kita sedang berpuasatarikh puasa 2011
tahan lapar serta dahaga
kawal mata kawal telinga
kawal lidah dalam berkata

bila kita menyambut raya
hati riang berbunga-bunga
makan minum ada tersedia
syukur pada Yang Maha Esa

sekarang kita masih di sini
dalam terlena kita berlari
rumah besar berkata pergi
lahad sempit menjemput diri

Pejam celik, pejam celik… makin dekat kita dengan kubur dan pastinya makin jauh pula daripada rumah. Untungnya hanya kerana tidak perlu menyediakan kain kapan nanti. Semua tu tugas orang yang masih hidup.

TehrDemikian kisah 'Tarikh Puasa 2011' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.



59 Comments

  1. zulkbo says:

    salam..
    selamat datang Ya Ramadhan
    yang di rindui…
    zulkbo baru je tulis kisah Aku Seorang Blogger : Nak Rasa Juga Bagaimana Pakai SARJANMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      moga2 kegembiraan dan rahmat untuk kita bertambah2 tahun ini

  2. selamat memulakan ibadah pada awal bulan lapan (8) nanti.. :)
    insyallah kita sama-sama dapat sambut Ramadhan tahun ni.
    Kamarul Azri™ baru je tulis kisah Penanti.com kini PageRank (PR) 1My Profile

    1. tehr says:

      insya allah

  3. zool says:

    baju raya?? wargh.. tengah sibuk nak fikir cari modal nak buat homestay ngan bisnes kraftangan.. pakai baju raya tahun lepas la..
    zool baru je tulis kisah Buat homestay di Jasin, MelakaMy Profile

    1. Kawe nak buat baju melayu utk anak masuk pertandingan… aduh payahnya.. ramai org dah serbu tukang jahit rupanya.. walhal puasa pon belum start lagi ehhh… :D sebulan lagi ….

      1. pertandingan apa tu bro? he

    2. tehr says:

      bisnes bagus tu, zool
      saya pernah dengar, ada yang masih balik kampung walau pun ibu bapa dah tiada

  4. awal pagi sudah ke pekan
    hajat di hati mencari sarapan
    bulan Ramadan bulan latihan
    persediaan menghadapi 11 bulan
    tengkorak emas baru je tulis kisah Terima kasih Pak AsrafMy Profile

    1. tehr says:

      pejam pejam celik celik
      sudah setahun berlalu
      abang kakak adik adik
      tingkatkan iman dan ilmu

  5. Tak lama lagi ehhh…. Bulan mulia.. bulan dirahmati…
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Macro Photography | Fotografi MakroMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      sebulan lebih sikit je lagi

  6. Chipcoklat says:

    Dah Ramadhan dah?…cepat btul mase berlalu.. rasenye bru je puasa..dah puasa blik..nmpknye chip dah makin tua..adoyai..

    Chip tak sedar Ramadhan dah tiba
    Otak chip masih lagi gila-gila
    umur makin lama makin tua
    insaf la chip sebelum ajal tiba

    p/s: pantun untuk diri sendiri..hehehe… ok tak cikgu..?

    1. bEe says:

      Wah, cikgu tehr dah ada student pulak skang ye. Hehehe

      1. Chipcoklat says:

        Student dari jauh bee..hehehe
        Chipcoklat baru je tulis kisah Mengenali HostingMy Profile

      2. tehr says:

        pendafaran masih dibuka sekarang ni :D

    2. tehr says:

      semua kita makin tua, chip

      umur makin tua, hati masih muda
      umur tersia-sia, sampai akhir usia
      :D

  7. wadud says:

    hahaha..
    insyaallah kita masih dipanjangkan lagi umur untuk puasa dan raya..
    amin..
    aku pakai baju yang lama jer.. :)
    wadud baru je tulis kisah YmAds Penghancur Glitterati NuffnangMy Profile

    1. tehr says:

      aku juga mungkin sekali pakai baju tahun lepas je :)

  8. akubiomed says:

    Kalau ada umur panjang dapatlah menunaikan solat Terawih untuk tahun ini

    1. bEe says:

      Samalah kita bro :-) InsyaAllah

    2. tehr says:

      insya allah. amin

  9. Mus says:

    baju raya dah tempah..
    berharap puasa kali ini lebih manis..
    Mus baru je tulis kisah Tambang Murah AirAsia Untuk Balik RayaMy Profile

    1. tehr says:

      harapan kita semua, mus
      moga2 diperkenankan olehNYA

    2. akubiomed says:

      Tahun ini kami sekeluarga tema biru lagi sebab pakai baju Raya tahun lepas :-)

  10. kakyong says:

    ada sebulan lebih sikit jer lagi…

    1. tehr says:

      kejap je tu, kakyong
      pejam celik… dah sebulan berlalu

  11. bEe says:

    Tak lama lagi Ramadhan
    Kemudian AidilFitri

    & kemudian Aidiladha…
    Genap sethn arwah emak pergiii :cry:

    1. tehr says:

      bila raya memang kita teringatkan orang tersayang
      lebih2 lagi mak ayah
      moga2 mereka aman di sana

  12. padin says:

    emm rasa sekejap je kan, padahal rasa macam baru je kita puasa tahun lepas.. dah setahun rupanya

    1. tehr says:

      betul sangat, bro
      rasanya baru je kita puasa dan raya

      demi masa…

  13. Cik Siti says:

    dah nak puasa rupanya… baju anak dah settle baju maknya belum nak cari lagi…huhuhu
    Cik Siti baru je tulis kisah Dan setiap rezeki datang dariNYAMy Profile

    1. tehr says:

      mak ngan bapa pakai baju raya tahun lalu je :D

  14. nasslimdiet2 says:

    kejap je masa berlalu. alih-alih dah nak puasa. saya paling suka tibanya puasa ni coz seronok berpuasa danseronok bisnes biskut raya. hehehe

    1. tehr says:

      murah rezeki sentiasa, nass

  15. yas says:

    Dulu masa kecik2 rase lama betul nak tunggu ramadhan…la ni bila dh beso panjang..tup..tup..dah sampai Ramadhan…
    kenkadang tu rase heran gak yerr…:)

    1. Chipcoklat says:

      masa kecik2..kita mmg tunggu bulan ramadhan ni..sbb itu tanda nak raye.. bila dah besa ni..kita sebok ngan keja kita..mmg tau2 dah puasa..
      Chipcoklat baru je tulis kisah Mengenali HostingMy Profile

      1. tehr says:

        betul3X :D

    2. tehr says:

      aku pun rasa memang macam tu, yas
      mungkin sebab banyak sangat hal dalam kepala

  16. dnoBiz says:

    heheh tak sabar nak tunggu puasa..
    Aku cukup suka suasana dia…
    Ps : Dan paling tak suka bila dah nak penghujung puasa rasa takbest je
    dnoBiz baru je tulis kisah Bersih 2.0 – NGO gerakan Kristian penyumbang dana Bersih?My Profile

    1. tehr says:

      hujung puasa ada raya, bro :D

  17. Lagi sebulan jer kan? :D
    Dah sedia baju raya ke untuk anak-anak?
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah Why some blog still PR0 or PR dropMy Profile

    1. tehr says:

      kami belum buat apa2 lagi untuk raya
      mungkin nanti dekat2 nak puasa baru mula :D

  18. Norasikin says:

    Sebulan je lagi…. harap saya dapat merasa ramadhan tahun ini.
    Norasikin baru je tulis kisah Panduan Menganyam Ketupat Bawang, Pasar, Sate, JantungMy Profile

    1. zik says:

      kak ada resepi untuk bulan puasa??? huhu
      zik baru je tulis kisah Keputusan terkini malaysia vs Taiwan 29 june 2011 (bukit Jalil)My Profile

    2. tehr says:

      insya allah, norasikin

  19. maza says:

    aduhh.. sudah mau puasa lagi..
    masa terasa begitu pantas sekali
    bermakna kita khayal dalam dimensi
    usia berlari entahkan bererti..

    huhuhu
    maza baru je tulis kisah Sungai Tua, Ulu YamMy Profile

    1. tehr says:

      puasa datang lagi
      terawih malam hari
      raya datang lagi
      semua senang hati

  20. zik says:

    cepat masa berlalu…. macam baru sebulan jer… lepas beraya…. memang rasalah…
    zik baru je tulis kisah Tip blogging terbaik, macam mana ek?My Profile

    1. tehr says:

      betl, zik
      memang masa cepat je berlalu
      memang tak terkejar

  21. sayacomel says:

    ohh. ada sebulan lagi. Kena makan banyak-banyak. hehe..
    sayacomel baru je tulis kisah Comel Nakal – Bila kucing-kucing comel bersenam..My Profile

    1. tehr says:

      haha
      makan buat bekal untuk sebulan
      larat ke, bro?

  22. mugik says:

    selamat menyg suci smga amal ibadah kt bertmbhyambut bln ramadhan

  23. mugik says:

    selamat menyambut ramadhan yg suci.smoga amal ibadah kt blh bertmbh dibln yg suci ini.amiiin

  24. QAISY SYA says:

    sha masih ingat masa bulan puasa… mak bawa g masjid… dari depan skit2 masuk ‘saf’ blakang… bila sampai line akhir, blah la … mak sibuk beribadat, sha tolong kawan mak catering MOREH. tolong letak buah dlm pinggan, 10 pinggan, sebiji telan… balik kena kitai… kenangan yang tak dapat lupakan… Fatihah buat arwah Hjh. Mariam dan Hj Abd. Halim tersayang.

  25. budak skodeng says:

    memei ar

  26. sya says:

    emm..tk sbar nk pose esok…heheheh…pa nk buat er… cba g cdgan ckit..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge