Untuk kakitangan awam yang terlupa bila tarikh gaji. Jadual Pembayaran Gaji Bulanan 2013 boleh rujuk di bawah. Muat turun Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 4 Tahun 2012 pula DI SINI. Kalau tak mahu muat turun, copy paste je jadual yang aku buat. Buat la yang mana patut. ![]()
| Bulan | Tarikh | Hari | Catatan |
| Januari | 23.01.13 | Rabu | |
| Februari | 25.02.13 | Isnin | Tahun Baru Cina - 10, 11 Feb |
| Mac | 25.03.13 | Isnin | |
| April | 25.04.13 | Khamis | |
| Mei | 23.05.13 | Khamis | Pesta Menuai - 30, 31 Mei |
| Jun | 25.06.13 | Selasa | Hari Gawai - 01, 02 Jun |
| Julai | 25.07.13 | Khamis | |
| Ogos | 22.08.13 | Khamis | Hari Raya Puasa - 08, 09 Ogo |
| September | 25.09.13 | Rabu | |
| Oktober | 10.10.13 | Khamis | Hari Raya Haji - 15 Okt |
| November | 25.11.13 | Isnin | Deepavali – 02 Nov |
| Disember | 19.12.13 | Khamis | Hari Krismas – 25 Dis |
Bila sudah dapat Jadual Pembayaran Gaji 2013 ni, kena la juga buat jadual pembayaran hutang 2013, kan? Kata orang tua-tua, bayar hutang ni, sedikit demi sedikit, makin lama baki hutang semakin sedikit. ![]()
Terendak lama dalam perahu,
Dari tanjung menuju kuala;
Sudahkah dibina azam baru?
Atau sambung yang lama saja?
Demikian kisah 'Tarikh Gaji 2013' yang sempat Mr TehR tulis untuk kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan untuk Mr TehR boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.
Tweet


Dah ada jadual gaji memudahkan perancangan tahun 2013
ZOOL recently posted..PENCAPAIAN 2012 DAN PERANCANGAN JANUARI 2013
Klu ada hutang yg hanya memerlukan ‘bayaran minimum’, ada baiknya bayar lebih drp jumlah minimum. Cepat habis bayar hati pun senang
de engineur recently posted..How do animals know where to migrate to?
kuikuikui…
ini fakta sangat mustahak..
terutama juga pada pera peniaga.. ahaks
maza recently posted..Kuantan Dingin. Sejuk yang amat sekali
Salam hurmat,
Bekal disaji kerana lapar,

Gelas ditatang Puan Sumanti;
Jadual gaji sudah dipapar,
Jelas hutang kemudian nanti..
UmmiKami recently posted..Pantun Dalam Setahun..
Terlupa sifir geram si guru,

Terpandang nama hendak menghukum;
Mengapa difikir azam yang baru,
Sedang yang lama buatnya belum.
UmmiKami recently posted..Pantun Dalam Setahun..
Wah! awal gaji tu. Mcm ni awal juga lah Astro, TNB, Indah Water dll dapat payment 2013 nanti

Dulu Lain Sekarang Lain recently posted..Countdown To 2013 : The Most Wonderful Aidilfitri Video
sept dan oktober rapat pembayaran gajinya. kena beringat2 masa berbelanja time tu
Nazri recently posted..Masa Untuk Zakat
Tarikh yang cantik dan mudah untuk diingati. Kalau pekerja swasta biasanya akan mengikut tarikh maksimum didalam Akta Buruh. Letih menunggu gaji masuk.
Raya tahun 2013 gaji tak dapat awal ya? huhu
hafidz recently posted..Video: They Will Kill US All – Sirens
Antara benda yang dicari selepas kalendar tahun 2013. Tahun 2013 tak banyak gaji yang masuk awal sangat, alhamdulillah. Tahun 2012 jenuh nak tunggu gaji seterusnya hehehe
saya dan isteri berkerja di syarikat swasta. gaji pun berbeza hari
Ladfe Amir recently posted..Kenapa saya ingin tersenarai di dalam bloglist Abang Ensem’s Blog
Awal betul gaji bulan Oktober tu, 10hb kan. Ni kena pandai2 kontrol bajet, kalau tak, tak sampai hujung bulan dah habis gaji nih

Shasha Mohamed recently posted..12 Cara Menjaga Keselamatan di Hotel
yelah dekat sangat gaji bulan sept dan okt.. Raya sakan lah kakitangan awam tahun nie.. heee..
thanks bro.. sgt membantu IM utk membuat promosi product online…
Hairul Hissam recently posted..Azam tahun lepas 2012 pun tak tercapai, Ada hati bercakap azam tahun baru 2013. Lemah aku dengar.
salam..
tarikh tu penting kan..?
lebih-lebih lagi tarikh
keluar gaji la..huhu
Bro Zulkbo recently posted..Usia Kita Semakin Meniti Senja – Selamat Datang 2013
apapun, sentiasalah berusaha setiap hari.

ohcikgu recently posted..Blog Popular – Blog cikgu-cikgu kurang popularkah?
Orang kerja kerajaan ni kaya raya, tiap-tiap bulan dapat gaji….

Malaysia Coin recently posted..Top 10 syiling buruan tahun 2012
Nasib lembaga getah malaysia bayar gaji setiap 23hb tak kira sabtu ahad. Hehe
Hazmin Hamudin recently posted..Selamat Tahun Baru 2013
Lagi 8 bulan nak raya. sempat nak menabung utk beli sofa ni hehe
effort lab recently posted..Tek Robotic Mobilization Device oleh AMS Mekatronic [6 gambar]