Tapai Ubi Kayu Goreng

Tapai ubi kayu goreng adalah antara makanan yang popular di Kelantan. Pernah makan tapai ubi kayu? Kalau tak pernah, jom singgah ke Pantai Sri Tujuh. Nanti aku belanja makan tapai ubi kayu goreng dengan teh o ais limau.

Tapai ubi digoreng-goreng,
Buat hidangan di tengah hari;
Setuju hati kepala digeleng,
Malu gerangan si tuan puteri.

Buat hidangan di tengah hari,
Di ruang dapur di meja makan;
Malu gerangan si tuan puteri,
Segan ditegur jejaka tampan.

tapai ubi kayu goreng

Di ruang dapur di meja makan;
Sambil berbual berhibur hati;
Segan ditegur jejaka tampan,
Mengawal diri cermat pekerti,

Sambil berbual berhibur hati,
Habis hidangan kenyang terasa;
Mengawal diri cermat pekerti,
Begitu pesan orang-orang tua.

Tapai ubi kayu goreng sungguh enak dimakan panas-panas. Aku biasa singgah membeli tapai ubi kayu goreng waktu pulang dari sekolah. Biasanya aku beli seringgit sahaja dan dapat la tiga ketul. Cukuplah untuk aku seorang. Makan tapai ubi kayu goreng panas-panas, lepas tu minum segelas air kosong. Best. :D

TehrDemikian kisah 'Tapai Ubi Kayu Goreng' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


51 Comments

  1. pipoq says:

    maknanya tapai ubi tu digoreng ? menarik jugak ni

    aku tak berapa gemar sangat kalau tapai ubi..tapai pulut tu mmg hantu la..
    pipoq baru je tulis kisah Tolong berikan tajuk untuk entri iniMy Profile

    1. TehR says:

      tapai pulut tu pun sedap juga
      tapi makan sikt je la
      manis sangat

  2. Cik Siti says:

    erm…. dah lama tak makna tapi ubi…. makan dengan aiskrim pun best juga
    Cik Siti baru je tulis kisah rindu pada blogMy Profile

    1. TehR says:

      yups, sejuk dan manis

    2. suri says:

      klu balik kg mmg ada ubi sedap makn panas2 he.. mak sy pi berkebun tanah abg sy kt kg mmg dpt hasil yang agak bayak.
      suri baru je tulis kisah Trick Melawan Pelbagai Rasa Di HatiMy Profile

  3. Bro Zulkbo says:

    salam..
    memang tak pernah makan
    tapi saya suka tapai ubi..
    mesti sedap tapai ubi goreng nih :)
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Fakta Sains Tentang Ular Yang Perlu Anda TahuMy Profile

    1. TehR says:

      salam kembali
      memang sangat sedap, bro :D

      1. suri says:

        apa kata bro latak resepi kt sini blh ker? resepi sambil berpantu
        suri baru je tulis kisah Glasses, Cat & Gift 2013My Profile

  4. lebih kurang macam cucur pisang…memang belum pernah makan menu ini.
    hanafi abdullah baru je tulis kisah Wordless Wednesday : Siapa Lebih Kuat ?My Profile

    1. UmmiKami says:

      Takkan sampai ke Bangkahulu,
      Lepas bermain letih meriba;
      Makan tapai Ummi tak lalu,
      Tapi mungkin boleh dicuba. :D
      UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Sayang Si Buta…My Profile

      1. TehR says:

        Lepas bermain letih meriba,
        Terlena pula hingga petang;
        Tapi mungkin boleh dicuba,
        Harap nanti jumpa peluang.

  5. hatiputera says:

    Aduhai memang dah lama betul tak merasa tapai ubi kayu goreng nie. terliur pulak nie.
    hatiputera baru je tulis kisah Wordless Wednesday – proses modifikasi part 2My Profile

    1. TehR says:

      yups, kalau kena dengan ramuan tepung
      dan tapai pula tak terlalu keras
      memang best :D

  6. Hamdan says:

    Tak pernah lagi makan tapai ubi kayu goreng ni. Tapai pulut pernah la merasa walaupun tak brape nak suka…

    1. TehR says:

      tapai pulut kat kampung aku ni musim raya memang banyak
      tapai ubi goreng ni pula biasa dijual bersama di gerai pisang goreng

  7. UmmiKami says:

    Ya Salam.. :)

    Berbuih pantai di timba-timba,
    Tampi biji di tepi perahu;
    Kuih tapai tak pernah cuba,
    Tapi yang ini seperti mahu.
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Sayang Si Buta…My Profile

    1. TehR says:

      Tampi biji di tepi perahu,
      Perahu payang di tepi air;
      Jamah saja jikalau mahu,
      Sebelum liur menjadi cair.

      1. nazray says:

        tilam siraja tilam siputeri,
        beradunya mereka dimalam hari,
        mahu menjamah tapai berseri,
        tapi dimana hendak mencari,
        nazray baru je tulis kisah Wordless Wednesday | Right on time.My Profile

  8. Katak Comel says:

    x prnh mkn..nti aku dtg tmpt ko bwk satu batalion bala tentera..ko nk blnje sgt kn..ahaha
    Katak Comel baru je tulis kisah CITA-CITA NAJWA LATIFFMy Profile

    1. TehR says:

      haha
      habis runtuh la gerai makcik tu

  9. maza says:

    wah! maza tak pernah cuba makan tapai goreng itu.. kalau Cendol tapai pernah lah.. slurrppp satu kali.. hehehe
    maza baru je tulis kisah Tanpa kata: Dewasa ini nilai budi bahasa di balik pintu di rumah usang . . ?My Profile

    1. TehR says:

      cendol tapi pun sedap, bro
      cuma tapai ubi goreng ni kiranya sebagai pilihan la

  10. onlajer says:

    Tapai ubi pernah makan,
    Ubi goreng lagilah
    cuma tapai ubi goreng ni jer yang belum pernah try
    onlajer baru je tulis kisah RM 1.00My Profile

    1. TehR says:

      tapai yang lembut dan rangup
      hehe

  11. donnyien says:

    hai bro tehr apa khabarnya,
    harap sihat dan ceria selalu,
    nampak sedap ubi kayunya,
    tapi jauh sangat la cikguuu…

    hehe..
    donnyien baru je tulis kisah Rahsia menaikkan Pagerank BlogMy Profile

    1. TehR says:

      tu la pasal
      makanan ni biasa bagi orang kampung je
      tapi memang sedap :D

  12. sud@is says:

    pernah dengar tak pernah rasa
    kalau orang belanja mungkin kot suka
    sud@is baru je tulis kisah Sahabat SetiaMy Profile

    1. TehR says:

      belanja?, boleh2 :D

  13. sud@is says:

    pic kat atas tu goreng pisang kan teh
    sud@is baru je tulis kisah Sahabat SetiaMy Profile

    1. TehR says:

      itulah sebenar2 tapai ubi kayu yang digoreng
      tepung yang diguna sama je dengan tepung untuk goreng pisang

  14. azura says:

    saya ni tak reti makan tapi ubi ke tapai pulut…lagikan tapai goreng, wujud ker
    azura baru je tulis kisah Bonus CNY 2013My Profile

    1. TehR says:

      memang kena percaya
      tapai ubi kayu boleh digoreng
      bukan tapai pulut

  15. tapai ubi kayu biasa makan.. tapi yg goreng.. tak pernah lagi…

    tapai tu digoreng ke bro tehr?
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Kisah Penemuan Resepi Putu Ubi Kayu Original | Anda Nak Kongsi Tulisan di Blog Ini Tak?My Profile

    1. TehR says:

      yups, goreng dengan tepung yang sama macam goreng pisang

      1. tqvm bro.. nak cubalah nanti.. Nampak rupanya memang sedoppp..
        Hairul Hissam baru je tulis kisah Kisah Penemuan Resepi Putu Ubi Kayu Original | Anda Nak Kongsi Tulisan di Blog Ini Tak?My Profile

  16. Hmmm.. tapai pon bergoreng. First time dengar. Harap dapat rasa one day. Dalam gambo mcm rupa pisang goreng pon ada.
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah The Story of Slash’s Kris Derrig Les PaulMy Profile

    1. TehR says:

      ya. gambar kurang jelas
      nampak sama dengan pisang goreng kerana tepungnya adalah sama

  17. teringat ubi goreng yang bulat-bulat tu :)
    Rapunzeel Cikilolo baru je tulis kisah wordless wednesday : pilih warna temaMy Profile

  18. papa mifz says:

    den tak pernah lagi makan tapai ubi kayu goreng…nampak macam pisang goreng jer yer…
    papa mifz baru je tulis kisah Wordless Wednesday – Pemakaian Cermin Mata Hitam Yang Tidak BetulMy Profile

  19. akubiomed says:

    Saya belum pernah merasainya.
    akubiomed baru je tulis kisah Wordless Wednesday – Jom menonton wayangMy Profile

  20. hairulafiz says:

    sedap ni ubi goreng pastu cicah sambal kicap
    hairulafiz baru je tulis kisah Blog hairulafiz dapat PR2My Profile

  21. perghh tapai ubi! sedap tu. kalau kat johor ada jugak. rasanya manis2 kelat. ngidam lah pulak. T.T
    khairul asrol baru je tulis kisah Bina Rangkaian Backlink Dengan BlogwalkingMy Profile

  22. yas says:

    Belum pernah merasa lagi tapai ubi goreng…mcm sesuatu yg baru je bagi aku nih…..
    yas baru je tulis kisah Gambar Ngeri Anggota Polis DiTetak Rambo BentongMy Profile

  23. suri says:

    salam..
    tak pernah tengok. rasa dan makan. mesti rasa berlemak kan cikgu?

    pst. bro jenuh saya call hp bro 019-… htr sms bro tak bls…call tak jawab dah tak guna no tu ker? sy nak mohon no akaun utk top komen tu sekli lgi.email di beri kelmarin terdelet huu..
    suri baru je tulis kisah Trick Melawan Pelbagai Rasa Di HatiMy Profile

  24. fiezaradzi says:

    mula2 ingat tapai ubi yg kuning2 tu, ada byk jual kat kedai yg tuannya kelantan..

    bila tgk kembali, rupa2nya tapai ubi yg sudah digoreng rupanya.. macam pisang goreng wajahnya.. hehe
    fiezaradzi baru je tulis kisah Anak Kita, Acuan KitaMy Profile

  25. suri says:

    sekali tengok macam goreng pisanglah
    suri baru je tulis kisah Tak Sampai HatiMy Profile

  26. Sharafie says:

    biasa aku makan tapai ubi kayu je..tak pernah pulak tapai tu digoreng..sampai kelantan nanti kena try ni..
    Sharafie baru je tulis kisah WP-Autopilot Plugin Punya PenanganMy Profile

  27. Wan Fauzi says:

    rindunye nak makan tapai ubi kayu goreng nie… rasa dah bertahun tak makan tapai nie sejak mninggalkan bumi malaysia…
    Wan Fauzi baru je tulis kisah Definisi Akhlak dan Tabiat ManusiaMy Profile

  28. Amirez says:

    sedap dimakan waktu petang sambil ditiup angin :)
    Amirez baru je tulis kisah Misteri Restoran Adik Manja di KuantanMy Profile

  29. titan says:

    mak gua selalu buat. sebab tu gua sayang mak gua. haha..
    titan baru je tulis kisah You raise me up..My Profile

  30. ohcikgu says:

    sedap makan masa hujan nih..
    ohcikgu baru je tulis kisah Persahabatan Singa dan Manusia.My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun