Tanpa Iklan TV3 Kita Masih Boleh Beraya

Walau pun TV3 telah menarik balik iklan raya yang mendapat bantahan dari masyarakat, persiapan hari raya kita masih perlu diteruskan mengikut jadual. Jangan kerana tiada iklan yang berkonsepkan krismas itu, kita pula tergendala hendak menyambut hari raya.

cubalah tanya kepada abang
kalau hendak makan ketupat
bila sahaja boleh ke seberang
cari daun palas sampai dapat

cubalah tanya kepada kakak
kalau selera terliur nasi himpit
jangan malas tolong memasak
membersih beras dalam kampit

cubalah tanya kepada ayah
kalau teringin makan lemang
nanti pergi kampung sebelah
kerat buluh barang sebatang

cubalah tanya kepada emak
kalau membuat nasi kerabu
ulam sambal mesti banyak
jangan lupa membeli budu

cubalah tanya kepada datuk
kalau mahu makan serunding
tidak boleh sentiasa duduk
perlu segera membeli daging

cubalah tanya kepada nenek
kita semua sudah susah hati
mahukah lagi makan tempeyek
kerana nenek sudah tiada gigi

bazarRasanya persiapan yang dilakukan telah hampir siap sepenuhnya. Hanya menanti ketika sahaja untuk merayakan aidilfitri tahun ini. Mana-mana keperluan yang masih belum diadakan, masih punya masa lagi beberapa hari untuk mendapatkannya di kedai-kedai.

Lupakan pasal iklan TV3 tu. Kita layan sahaja iklan Petronas kerana ‘Kekuatan Sebenar Kita Terletak Pada Hati.’

TehrDemikian kisah 'Tanpa Iklan TV3 Kita Masih Boleh Beraya' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun