Tangisan Ibu Dan Anak

Seronokkah mendengar suara bayi menangis? Saya tidak pernah dapat mendengar tangisan pertama anak-anak di dalam dewan bedah. Saya biasa tunggu di luar depan pintu sahaja dengan kepala lutut bergetar. Ketika dibenarkan masuk, bayi yang baharu dilahirkan [anak saya ni] sedang tidur, ibunya pula [isteri saya la tu] masih tidak sedarkan diri sepenuhnya. Bila menatap wajah anak, nampak bibirnya bergerak-gerak. Macam senyum pun ada, sedih pun ada. Apa yang hendak dikatakan oleh si kecil ni?

tepuk amai-amai
belalang kupu-kupu
tepuk ramai-ramai
emak upah susu
bayi juga bersedih
susu lemak manis
santan kelapa muda
adik jangan menangis
emak ada kerja

kerja ulang-ulang
masa dah berlalu
nanti ayah pulang
kita baca buku

buku kisah nabi
hijrah ke Madinah
jangan susah hati
ingat pada Allah

Allah yang Pengasih
juga yang Penyayang
hilang hati sedih
buang hati bimbang

Pernah mendengar suara ibu menangis? Bukan isteri tapi ibu.  Tangisan ibu pastinya tak sama dengan tangisan si anak. Ini pendapat saya. Si ibu menangis kerana kasih dan sayangnya kepada si anak, sedangkan si anak menangis selalunya kerana mahukan kehendaknya dipenuhi. Janganlah nanti ada ibu yang menangis kerana berkecil hati dengan si anak!

Mengapa ada yang sanggup menghantar ibu atau bapa yang telah tua ke pusat penjagaan?

TehrDemikian kisah 'Tangisan Ibu Dan Anak' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


60 Comments

  1. padin says:

    Erkkk.. aku pernah buat ibu aku menangis…………. tahun lepas…
    sejak tu, aku berazam xkan buat ibu menangis lagi….
    padin baru je tulis kisah Masinnya Kata – Kata Orang TuaMy Profile

    1. tehr says:

      ya la bro
      aku pun pernah… kisah dulu2 la

  2. puteri says:

    ada juga anak yang menangis kerana ibunya. bukan kerana permintaan tak dituruti, tapi kasih sayang tidak diperolehi,..,,..

    saya akan pos dalam blog saya nanti..

    ♥♥♥ Entry Puteri Terkini:
    “Ulama’ atau ular dalam semak?”

    1. tehr says:

      ya. memang ada
      heran juga ya

  3. diana says:

    ibu2 kalau menangis anak2
    tak kan sedar pun..
    berbunyi dalam hati saje..
    diana baru je tulis kisah alah!adik angkat je laMy Profile

    1. tehr says:

      biasanya macam tu la, diana
      anak2 tak sedar bila ibu menangis

  4. akubiomed says:

    Syurga dibawah tapak kaki ibu. Tentu semua pernah perasan kalau korang datang tentu si ibu akan sibuk-sibuk menyediakan makanan untuk si anak.
    akubiomed baru je tulis kisah Comment on Plugin untuk WordPress by suffer8zineMy Profile

    1. tehr says:

      kasih sayang seorang ibu

    2. padin says:

      betul2, aku selalu je tengok kalau akak2 aku tepon nak balik kampung, sehari awal gi pekan cari barang masakan ha3
      padin baru je tulis kisah Masinnya Kata – Kata Orang TuaMy Profile

      1. tehr says:

        si ibu tau je apa yg anaknya suka makan
        dah memang pasti

  5. etomyam says:

    pantun yang tiga terakhir tu jarang dengar, tapi sungguh bermakna.
    comelnya baby, seronok pulak esok ada baby nak datang tinggal di rumah kami seketika, parents nak melancong, tak leh bawak baby hehe :D
    etomyam baru je tulis kisah Blog Syok SendiriMy Profile

    1. tehr says:

      yang tiga terakhir tu hanya gatal2 tangan kawe je, memang tak ada kat mana2
      dah lama tak main dengan baby :)

  6. ann says:

    itu anak sudah lupa daratan.. huhu.
    ann baru je tulis kisah Paling indahMy Profile

    1. tehr says:

      minta dijauhkan dari sikap seperti ini

  7. kulanz says:

    tangisan ibu yang paling aku tak lupa waktu dia tlantar sakit di hospital tahun 2008.. sayangnya aku tak mampu tafsir makna tangisannya..
    mungkin juga tangisan gembira sebab semua anaknya ada bersama masa tu dan dia tak pernah berpisah dengan kami selama hidupnya.. mungkin juga tangisan sedih sebab dia tahu selepas itu dia tidak akan dapat bersama kami di dunia..
    kulanz baru je tulis kisah Sejarah SPM Wajib Lulus Tahun 2013My Profile

    1. tehr says:

      ibu saya masih ada tapi ayah dah lama meninggal
      moga2 roh ibu bro kulanz dicucuri rahmatNYA

  8. izanishak says:

    pernah buat mak menangis. sejak tu berjanji akan sayangi mak dan tak mau melukakan hati mak walau sedikit pun~~

    **satu nikmat kalau dpt dgr bayi menangis yg baru lahir~~

    1. tehr says:

      biasanya si ibu merajuk kejap je
      tapi kalau si anak merajuk ambil masa nak pulih

  9. zulkbo says:

    salam Tehr..
    ermmm..saya anak dah 3..
    yang terakhir tu baru berpeluang
    melihat proses kelahirannya dari awal
    benar menyentuh jiwa pengorbanan seorang
    isteri bertarung nyawa melahirkan anak..
    zulkbo baru je tulis kisah Panduan Melajukan Loading Blog Anda SEOMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      pengalaman yg tak dapat dicari di mana2 tu

  10. Myna says:

    Alamakss!!
    suatu ketika dulu myna pernah buat Mak menitiskan air mata kerana sepucuk surat, bukan saja2 tak mahu memenuhi kehendak mak ketika itu.. tetttt!!

    Alhamdulillah Allah itu maha adil. Akhirnya mak mengerti segala2 yang berlalu.. Sayang Ratuhati.. Tambah2 duk berjauhan sekarang nih… lagik menebal kasih sayang nya.. InsyaAllah ^_^

    psstt!! somel mimik muka baby tu.. Muncunggg Wuu wuu!!
    Myna baru je tulis kisah 19 Keistimewaan WanitaMy Profile

    1. tehr says:

      masa dan pengalaman mendewasakan kita
      masa kecil2 dulu, hanya tahu apa yang kita mahu je

  11. Amir Izzat says:

    salam..

    hua! hua! amir pernah lihat mak nangis..kerna amir mungkin…argh! susah betul untuk ak meminta maaf….andai tiada jasad di kandung badan…baru kah aku akan menyesal?

    hurm..tangisan seorang ibu…mungkin kasihkan anaknya..

    tangisnya anak…kerna kehendak tidak dituruti…-aku lah si anak itu..

    hurm……
    Amir Izzat baru je tulis kisah Jom Kita Ramas Mesra Dengan Blogger Keyrill Eduardo WilleyhemMy Profile

    1. tehr says:

      hantar surat minta maaf lebih mudah, amir
      tapi, ibu amir dah pun memaafkannya
      tak caya cuba tanya

  12. gayahspears says:

    Salam bro Tehr..
    maaf sbb lambat terjah..hihi.. baru bukak blog nih..

    kalo cakap ha. pon da berdosa inikan pula bg ibu kita menangis…
    ish..tak sangup sebab, tanpa ibu kita x membesar sampai skrg.. susu ibulah bagi kita membesar..hihi..
    sedih kan kalo ibu kita da tiada.. nak ngadu kat sape??? betoi x bro???
    so kesimpulanya,jgn sesekali melukakan hati & perasaan ibu kita…
    Jadilah anak yg berjasa…

    salam,jaga diri,hiasi peribadi…
    gayahspears baru je tulis kisah Terbukti Aku CunMy Profile

    1. tehr says:

      ya la cikgayah
      kisah kenakalan masa kecil… lupakan je
      bila dah dewasa ni, akal fikiran perlu turut dewasa
      dah jadi mak/bapak budak pun…

  13. kaizen says:

    bukan tepuk adik pandai
    emak upah susu ke?

    ngeh3

    susu lemak manis
    juga lemak berkrim
    adik dalam gambar jangan nangis
    nanti aq belanja eskrim

    1. tehr says:

      lagu asal aku sendiri pun tak tau camana
      yang ada ni, gatal2 jari aku ketuk keyboard je :)

  14. panadol says:

    apsal ngan muka baby tue?ehhehe

    sorang ibu akn selalu penuhi permintaan
    anak dia walo ramai mn skalipun.
    tapi sorang anak, begitu ssh untuk tunaikn
    walo satu pun permintaan si ibu..
    wallahu’alam..
    panadol baru je tulis kisah Menghitung HariMy Profile

    1. tehr says:

      tak tau la cikpanadol, apasal le baby tu nampak sedih benar

  15. kami says:

    nampaknya lepas ni akan tiba giliran kami menyambut bayi..
    mudah-mudahan semua dalam keadaan baik hendaknya..
    dulu masa kecik2 selalu dgr org tua nyanyikan lagu tu kat bayi2 kecil..:)
    harap mereka tidak lupa akan jasa ibu bapa yg telah membesarkan kita..

    1. tehr says:

      insyaallah semuanya baik dan selamat
      barang2 keperluan semuanya dah siap ke?

  16. sangilapi says:

    “Mengapa ada yang sanggup menghantar ibu atau bapa yang telah tua ke pusat penjagaan? ”

    sebab tu ada bidalan menyebut,seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak tapi 10 orang anak itu belum tentu boleh menjaga seorang ibu :(

    inilah yang dimaksudkan bila akhir zaman nanti,anak akan menjadi tuan besar kepada ibunya :(
    sangilapi baru je tulis kisah cabaran disahutMy Profile

    1. tehr says:

      sekarang pun dah nampak tanda2nya, bro
      tak tau le nak kata apa

  17. sud@is says:

    pada yg masih ada ibu jenguk2 sllu
    aku hanya pohon doa untuk ibu
    sud@is baru je tulis kisah Aku hilang kawanMy Profile

    1. tehr says:

      menatap wajah ibu bapa dapat pahala, insyaallah

  18. syamila says:

    ibu blh jaga ramai anak…tp anak2 nak jaga ibu sorg pun susah…hmmm

    New Entry “Adakah menjadi suri rumah itu hina?”

    1. tehr says:

      jangan lupa jasa mereka

  19. Syafrizal says:

    Sekarang ibu menangis kerana anaknya buat perangai. Macam2 ada.
    Syafrizal baru je tulis kisah Darah tinggi dan perawatan alternatif HPAMy Profile

    1. tehr says:

      macam2 perangai ada sekarang ni

  20. Cik Siti says:

    saat si anak lahir ke dunia…. air mata ibu mengalir tanda kebesaranNya… dan tagisan si anak membuatkan si ibu gembira dengan kewujudannya… yang pasti masa si ayah di dalam wad bersalin pun nak menangis juge….
    Cik Siti baru je tulis kisah Cik Anita Songeh GiveawayMy Profile

    1. tehr says:

      tangisan kegembiraan dan kesyukuran tu

  21. zik says:

    kenapa ada yang hantar ke rumah orang tua?? sebab takda masa nak jaga, sibuk dengan kerja…. takpun sebab tak mahu malu….. jatuh standard… huhu… owh dunia sekarang..
    zik baru je tulis kisah Silap target lah pulak!My Profile

    1. tehr says:

      dunia sekarang terlalu mementingkan standard, zik

  22. cikbelog says:

    cekgu saya penah pesan, sebelum buat sesuatu perkara yang negatif, bayangkan wajah ibu..pasti niat buruk tu tak jadi..kasih ibu sangat suci..semoga anak-anak masa kini lebih menghargai ibu..tanpa ibu, siapalah kita kan.. :)
    cikbelog baru je tulis kisah Esok Belum Pasti TibaMy Profile

    1. tehr says:

      kita hanya seorang anak ibu

  23. kakyong says:

    kakyong masa baru kahwin dulu pun selalu jugak mak kecik hati.. sbb sblm kahwin boleh bg duit byk kat mak.. lepas kahwin.. tau tau ajer lah…
    kakyong baru je tulis kisah Rezeki dari kak limah- Izyanty- Ummu Uswah &amp UmmuAbdullahHajarMy Profile

    1. tehr says:

      mak akan segera faham bila lihat telatah cucu

  24. mijie says:

    kalau tehr pernah baca blog sy pasal cerita hidup, sy pernah buat ibu sy menangis, sampai sekarang sy tak dapat lupakan peristiwa tersebut
    mijie baru je tulis kisah Kelantan dan Negeri Sembilan ulangi Final 2009 Piala MalaysiaMy Profile

    1. tehr says:

      masa dan pengalaman mengajar kita erti kehidupan
      ramai yg pernah buat silap, termasuk saya juga
      moga2 kesalahan kita diampunkan

  25. Kalamhati says:

    Salam..

    hmm seorang ibu boleh menjaga sepuluh org anak..sepuluh org anak belum tentu dpt menjaga seorang ibu..

    Ada yang siap gaduh sesama adik beradik lg sbb masing2 tanak jaga ibu..ingatlah Syurga kita Allah letak di tapak kaki seorang ibu..jika ibu tak redha maka Allah takkan redha pada kita..tak cium bau syurga lah akibatnya nnt…

    Jadi sama2 kita beringat ye..perlukan kesabaran yg tinggi..tak rugi pun kalu kita sabar sedikit dgn kerenah org tua kita..kerana balasan Allah lebih hebat dan besar kepada kita..
    Kalamhati baru je tulis kisah Nak menang iPhone 3G!Join cepat!My Profile

    1. tehr says:

      ramai yg ambil langkah mudah nak lepas tangan
      tapi akhirnya nanti, tak senang juga hidup

  26. Sir Marcello says:

    banyak kes anak abaikan ibu bapa…even yang terabai tue lah yang jaga depa dari kecik sampai berumah tangga~
    Sir Marcello baru je tulis kisah Sedap Untuk DibacaMy Profile

    1. tehr says:

      anak derhaka dan tak mengenang budi
      hidup sendiri tak akan bahagia selagi ibu bapa tak bahagia
      dah ditentukan macam ni, tak siapa boleh sangkal lagi

  27. anajoe says:

    sometimes diorang hantar parents diorang utk ksenangan ibubapa jugak,,cbe bygkn klau parent dduk rmh kbosanan,,klau jadi ape2 takde org blh tlg,,

    klau dhntar ke pst pnjagaan lgi okey, cuma dah balik keja pick up mereka dan blik ke rumah,,

    jgn hantar utk selama2nya sudah…

    1. tehr says:

      yups, jangan selama2nya sudah la
      kesian kat ibu bapa

  28. dnoBiz says:

    Ibu Menangis..
    Antara benda yang tak sangup aku lihat…..
    dan yang tak sepatutnya terjadi selagi aku hidup “InsyaAllah”
    dnoBiz baru je tulis kisah Hantu – Kenali jenis jenis HantuMy Profile

    1. tehr says:

      insyaallah

  29. fairul says:

    timang tinggi-tinggi,
    sampai pucuk sana,
    belajar tinggi-tinggi,
    impian terlaksana.
    fairul baru je tulis kisah Monsters vs Aliens- Mutant Pumpkins from Outer Space 2010 MediafireMy Profile

  30. liza says:

    bila dh bergelar ibu baru kita tahu apa perasaan ibu kita…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun