Tanggungjawab Mencari Rezeki

Biasanya tanggungjawab mencari rezeki diletakkan di atas bahu ketua keluarga, suami atau ayah. Tetapi isteri dan anak-anak juga boleh membantu meringankan beban si ayah. Orang kata rezeki sentiasa ada di mana-mana. Datangnya pula kedang-kadang tanpa terduga. Contoh terbaik seperti saya, yang mendapat tajaan sepenuhnya daripada Rezeki Murah untuk domain dan hosting blog ini. Alhamdulillah.

Pasar Malam

Petang tadi pula sewaktu meronda-ronda di alam maya, terbaca satu entri di blog kaizenshinobi yang membuat review tentang blog ini. Boleh dikira rezeki tak tersangka juga tu. Terima kasih kepada bro kaizen.

kalau memang sudah rezeki
biar pun di kanan atau di kiri
pasti semuanya akan menjadi
walau tidak mengangkat kaki

rezeki ada di mana-mana
asal sahaja rajin berusaha
tidak mudah berputus asa
serta doa kepada Yang Esa

biar pun sukar menyeksa diri
biarkan pedih mengguris hati
rezeki yang halal wajib dicari
untuk belanja anak dan isteri

elakkan mencari rezeki haram
untuk belanja siang dan malam
diubahnya hati menjadi hitam
penyebab hidup menjadi kelam

bekerja dengan hati yang ikhlas
bukan mengharap pujian dibalas
buangkan segala sikap bermalas
pastinya Allah akan membalas

bakhil kedekut di dalam hati
lepaskan sahaja berlalu pergi
sifat pemurah amat disenangi
keluarkan zakat sucikan diri

Seronok memerhatikan unggas dan mergestua setiap pagi berebut-rebut keluar dari sarang untuk mencari makan. Bila senja, semuanya pulang ke sarang untuk berehat dan tidur. Sebahagiannya pula keluar mencari makan di waktu malam, seperti kelawar dan burung hantu [sekadar contoh].  Tak pernah pula ternampak kalau-kalau ada yang bermalas-malas di dalam sarang melayan angan-angan! Ada sesiapa pernah nampak?

TehrDemikian kisah 'Tanggungjawab Mencari Rezeki' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


50 Comments

  1. zulkbo says:

    Salam bertandang lagi..
    moga tuan blog selalu sihat..
    alhamdulillah..agar selalu
    di murahkan rezeki saudara..
    zulkbo baru je tulis kisah Cara Pengiklanan Klasik Yang Di PerbaharuiMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali, zul
      insyaallah

  2. lizz says:

    rezeki manusia ni kerja Tuhan. macam blog ni dapat rezeki macam ni pun rezeki Tuhan dah tetapkan ;)
    lizz baru je tulis kisah Lirik Lagu Kalau Berpacaran Sohaimi Mior Hassan- Ana Raffali &amp AltimetMy Profile

    1. tehr says:

      betul lizz
      rezeki memang ada di mana2 je

      1. setuju tu… memang rezeki sudah ditetapkan..

        1. tehr says:

          banyak kita usahakan, banyak yang kita dapat
          kalau malas, habuk pun tak dapat
          …semua perlu ikut aturan yang ditetapkan

  3. zool says:

    wah bestnya dpt tajaan hosting n domain…
    blog2 saya takde sapa pun nak taja//

    1. tehr says:

      ada tu nanti
      belum tiba masanya saja

  4. sangilapi says:

    janjiNya tentang rezeki jangan sama sekali diragu :)

    *terima kasih link tersebut*
    sangilapi baru je tulis kisah banyak halanganMy Profile

    1. tehr says:

      benar sekali, tanpa ragu2 lagi…

  5. kami says:

    murah sungguh rezeki bro yer..
    zaman sekarang ini isteri kalau dpt membantu akan menaikkan lagi pendapatan keluarga maklum le semua barang dah naik harga..:)

    1. tehr says:

      ya la
      dengar cerita kawan, harga susu pun nak naik juga
      bekalan pun susah nak dapat sekarang

  6. etomyam says:

    salah satu hikmah diciptakan burung untuk memberi contoh kepada sesetengah insan, namun ada pulak manusia yg tangkapburung masukkan dalam sarang huhu
    etomyam baru je tulis kisah Hukum Mengupah Orang Menyiapkan TesisMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu bro,
      hilang lambang kebebasan seekor burung

  7. Ezany-Kun says:

    bestnya ade org sponsor.. mmg kira rezeki la tu..
    Ezany-Kun baru je tulis kisah Prestasi Blog Ezany-Kun Setelah Sebulan BeroperasiMy Profile

    1. tehr says:

      ya. memang rezeki. alhamdulillah

  8. kaizen says:

    uish? boleh kira rezeki gak ke? wahaa! hehe owrait~ hehe semoga terus maju kehadapan~ uhoh!
    kaizen baru je tulis kisah ESaiMeNT ooooWH eSaiMeNTMy Profile

    1. tehr says:

      ya la bro,
      rezeki bukan hanya dalam bentuk wang je

  9. zik says:

    rezeki ada dimana-mana yang penting berusaha untuk mencarinya…
    zik baru je tulis kisah Ada apa dekat empangan tuhMy Profile

    1. tehr says:

      usaha dan terus berusaha, zik

  10. gayahspears says:

    salam bro tehr…
    rezeki kita kena berusaha mencari.. ianya takan datang mengolek…
    rezeki yg datang dari hasil yg halal ade berkatnya…
    insyaallah, Tuhan akan memberi kepada yang berusaha~

    salam,jaga diri,hiasi peribadi…
    gayahspears baru je tulis kisah Encik Nuffnang memang baik hatiMy Profile

    1. tehr says:

      insyaallah, gayah
      sama2 kita berusaha dan nanti sama2 kita bersyukur

  11. padin says:

    salam tehr
    sememangnya rezeki tak datang bergolek..
    kena ada sdikit usaha, dan insyaAllah,
    kadang2 ia datang pada waktu yang kita tak duga

    pantun ni, best!!!
    padin baru je tulis kisah DISQUS Punca Blog BeratMy Profile

    1. tehr says:

      memang tak terduga
      aku dah beberapa kali mendapatnya
      syukur alhamdulillah

  12. kakyong says:

    oowhh… berpindah ke blog baru sbb ade yg sponsor yer… tahniah…
    kakyong baru je tulis kisah Cute Baby in Baju RayaMy Profile

    1. tehr says:

      alhamdulillah
      masih banyak nak kena belajar ni, kakyong

  13. gnesop says:

    murah rezeki tehr..
    dah la dpt tajaan domain dan hosting, dapat review pula :)
    tahniah..
    itulah nama nyer rezeki kan.. :)
    gnesop baru je tulis kisah Kemalangan ngeri – 12 maut tragedi lebuh rayaMy Profile

    1. tehr says:

      tu la pasal
      aku tergelak je baca entri bro kaizen
      dia memang pandai bercerita

  14. wadud@duad says:

    a’ah bro.. tenggungjawap memang secara dasarnya atas tanggungan ibu bapa..
    tapi anak yang soleh atau solehah pasti akan lebih merasa tanggungjawap itu ada juga di atasnya.. :-)
    hehehe
    wadud@duad baru je tulis kisah Bangun pagi layan lagu heeMy Profile

    1. tehr says:

      tu la pasal bro
      sedih bila ada anak2 hanya pandai perabih harta mak bapak je
      bila dah senang, ada pula yang hantar ibu bapa ke rumah orang tua

  15. abu loqman says:

    salam …gang blogger datang……..ni

    1. tehr says:

      datang2
      singgah lama2 dan jemput minum teh

  16. waaaaa.. congrats bro tehr..:) domain baru review pun dpt..:) keep up da gud work k..:)
    Fantastic Ajane baru je tulis kisah Awards Untuk Aku LagiMy Profile

    1. tehr says:

      thanks
      masih belajar lagi ni

  17. tiefazatie says:

    bestney berpantun2..hihi..ala..ifa xleh tgl msg di smix nie..huu..nie die ckp

    Access not allowed. You can only use this shoutbox from owner’s website.

    The shoutbox identifed that you came from “http://www.tehramuan.com/2010/10/tanggungjawab-mencari-rezeki.html” which doesn’t match the owner’s website.
    tiefazatie baru je tulis kisah tagged by mumun!My Profile

    1. tehr says:

      maaf
      tadi tu shoutbox masih diperbaiki
      sekarang ni rasanya dah ok

  18. si biskut says:

    betul kata bos aku…
    “ko kena tenang,Tuhan akan bg rezeki yang kita tak sangka”
    si biskut baru je tulis kisah perokok itu bukan manusiaMy Profile

    1. tehr says:

      sangat benar sekali
      bila bersyukur hati akan tenang
      lagi banyak bersyukur, lagi banyak Allah berikan

  19. Cha'on says:

    memang murah betol rezeki kan.. semoga lepas nie lebih banyak lagi orang buat review blog nie.. Semoga bertambah2 semangat nak berblog lepas nie.. :)
    Cha’on baru je tulis kisah Selamat Hari Lahir SayangMy Profile

    1. tehr says:

      semangat selalu ada, cha’on
      cuma kekadang otak jadi tepu

  20. TK says:

    kadang2 manusia ni dpt rezeki terpijak dipijak2 kan..
    syukur dngan rezeki yg ada..
    TK baru je tulis kisah KOMPUTER BUAT WANITA CEPAT TUAMy Profile

    1. tehr says:

      tu la pasal, tk
      ada orang memang tak pernah bersyukur
      asyik tak cukup je

  21. syafiq.net says:

    pasal hosting dan sponsor tu, semua rezeki masing2 :D

    heh aku nak review blog orang segan sebab blog sndiri kucar kacir haha
    syafiq.net baru je tulis kisah Selangkah Ke Alam AnalogMy Profile

    1. tehr says:

      alhamdulilah
      aku tak pernah reti macam mana nak buat review
      …tapi blog ko aku tengok elok je, sesuai dengan aku, kot
      cuma kalau pasal program ke, ubuntu ke… aku memang tak tau apa2 la
      hehehe

  22. mijie says:

    rezeki yang memang tidak terduga kan, baru tadi aku bayar hosting keluarkan duit dari paypal sebanyak usd 9.95 selang 15 minit lepas tu advertising company pula bayar aku usd 10, alhamdulillah rezeki dari Allah kepada hambaNYA ini
    mijie baru je tulis kisah Hati-hati dengan email phising buat pengguna perbankan internetMy Profile

    1. tehr says:

      alhamdulillah
      ko masih ada lebih usd 0.05
      …memang tak terjangka

  23. Gen Fujita says:

    saya suka perenggan yang last berkenaan burung-burung tu.
    Gen Fujita baru je tulis kisah Kerjaya yang menyeronokkanMy Profile

    1. tehr says:

      itulah bro
      alam ini memberi banyak ilmu kepada kita

  24. setuju dgn kenyataan bloger lizz..

    wah tuan hambe dpt rezki terpijak nie..=)

    tahniah iye …
    uruchimaru@kf baru je tulis kisah Laporan Bajet 2011My Profile

    1. tehr says:

      syukur, kekadang kita tak sangka boleh dapat rezeki

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun