Tanah Oh Tanah

Masa sekolah dulu, cikgu sering sangat ungkapkan pantun Pulau Pandan. Korang pernah dengar? :D Aku pasti korang memang dah biasa sangat dengan pantun ini. Cikgu-cikgu korang sama je dengan cikgu aku, sering bagi nasihat. Kan?

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

Indah kan? Rangkap pantun yang penuh seni dan penuh dengan nasihat. Sesuai dalam semua keadaan untuk semua bangsa dan budaya. Juga sesuai untuk semua tempat di dunia ini.

Tanah Oh TanahTanah adalah satu benda yang tak pernah nak jadi murah. Sampai bila-bila pun tanah tak mahu turun harga. Sebab? Sebabnya tanah tak pernah bertambah kuantitinya. Satu bumi ini sahaja yang kita ada dan untuk kita berkongsi hidup.

Tanah bukan sebarang tanah,
Tanah serendah sekebun bunga;
Ramah bukan sebarang ramah,
Ramahnya indah budi bahasa.

Tanah bendang dibuat pagar,
Hajat di hati nak tanam padi;
Ada berhutang wajib dibayar,
Ada berjanji mesti ditepati.

Ibu tekukur pulang ke sarang,
Anak tekukur bising sekali;
Kawan beratur keliling pinggang,
Ke tanah kubur seorang diri.

Kata orang tanah di Kelantan ni masih murah harganya. Benarkah?

Syukur juga kami sudah punya rumah sendiri. Rumah dan tanah ni aku kongsi bayar dengan isteri. Tapi letak nama dia sorang je. Hehehe… Kami beli tanah kosong, cari tukang dan urus sendiri buat rumah. Dapat la jimat sikit berbanding serahkan terus kepada kontraktor atau beli rumah yang dah siap.

“Cikgu nak cerita apa pasal tanah ni?”

“Entah”

:D

TehrDemikian kisah 'Tanah Oh Tanah' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


29 Comments

  1. suri says:

    harga tanah kl, penang, ipoh mana semua lambung tinggi-tinggi samapi cucur atap heee…
    suri baru je tulis kisah CPUV Campaigns Nuffnang 1/2014My Profile

    1. TehR says:

      lambung tinggi tinggi
      sampai cucur atap
      sulitnya makin tinggi
      jatuh lagi harga skrap

  2. Hafizul says:

    Bila lah dapat beli tanah dan rumah sendiri ni..dah lama mengidam ni..adoiii
    Hafizul baru je tulis kisah Tengok Anak Kedua Dalam Gambar JeMy Profile

    1. TehR says:

      insyaallah
      tak lama lagi tu, bro

      1. Hafizul says:

        Thanks bro…aminnnn…..jauh di sudut hati, memang inginkan rumah sendiri…tapi terhalang dek modal dan duit tabungan belum mencukupi…emmmm…so sadddddd..hukhukhuk…
        Hafizul baru je tulis kisah Jangan Takut Untuk Mencuba JobdirumahMy Profile

    2. suri says:

      kalau isteri mengidma rumah payahlah pk heeee
      suri baru je tulis kisah DIY Cara Mudah Membuat Getah Cerut Pergelangan TanganMy Profile

  3. kakiblog says:

    dah beli rumah..sekarang nak fikir beli tanah pula..
    kakiblog baru je tulis kisah Kembara Negeri Di Bawah Bayu (siri 3)My Profile

    1. TehR says:

      molek sangat, bro
      beli tanah lebih baik dari beli kereta

  4. hafiz says:

    betullah dengar juga nilaian tanah kat kelantan rendah berbanding negeri lain..
    hafiz baru je tulis kisah Kisah Bojan Hodak dan perlawanan amalMy Profile

    1. TehR says:

      kena juga tengok kawasan tu, bro
      nak murah kena cari tanah kampung

  5. Tanah dekat KL ni memang dah tak masuk akal harganya. Orang pertengahan dan bawahan ni memang tak merasa la
    Hazmin Hamudin baru je tulis kisah Aktiviti Seharian Di GymMy Profile

    1. TehR says:

      yang gaji rendah perlu duduk rumah pangsa tinggi2
      yang gaji tinggi buat rumah atas tanah
      hehehe

  6. azlanvai says:

    Aku kerja di makmal ujikaji tanah.. jenuh dah main tanah dari kecik sampai besar
    azlanvai baru je tulis kisah Soalan untuk diri andaMy Profile

  7. dja@sishaza says:

    Fail tukar status tanah tumbuh kulapuk di pejabat tanah …lastly buat personal loan, dapat juga merasa rumah sendiri walaupun rumah kotak je :|
    dja@sishaza baru je tulis kisah SISA DARI DAPUR MAMPU SUBURKAN POKOKMy Profile

  8. di sesetengah tempat tanah di kelantan sgt mahal. Kat Bachok dan Kota Bharu contohnya.
    shameel iskandar baru je tulis kisah KELEBIHAN DAN KEBAIKAN BERBOGEL.My Profile

  9. AUC says:

    tanah, air, api dan angin
    salah satu unsur dalam pembelajaran ilmu mengenal diri ni ;)
    AUC baru je tulis kisah Jadual Perlawanan AFC Cup 2014My Profile

    1. suri says:

      ada orang arif hal ini kita senyum sahaja memang mereka bijak tafsir ilmu
      suri baru je tulis kisah CPUV Campaigns Nuffnang 1/2014My Profile

  10. suri says:

    dah masuk 34 unser tu cikgu. orang tua saya kenai masa belajar dulu depa kata saya “angin” keh.keh..keh…
    suri baru je tulis kisah SEGMEN&GIVEAWAY BY IKHWAN YUSUFFMy Profile

  11. Amran says:

    Satu hari nanti tanah tempat kita nak duduk bersemadi pun mungkin kena beli juga. Kalau tak mampu, biarlah membusuk atas tilam.
    Amran baru je tulis kisah Bukan Doa Kita Yang MustajabMy Profile

  12. ajumohit says:

    suami baru beli tanah nak tanam sawit, klu panjang umur bolehlah pencen di kampung plak

    1. suri says:

      wah jadi usahawan nampak gayanya heee
      suri baru je tulis kisah DIY Kusiner Storage Basket IKEAMy Profile

  13. sud@is says:

    hanya ada tanah seciput buat kebun sayur…

  14. onlajer says:

    err betul ke tanah dielantan masih murah bro
    onlajer baru je tulis kisah MUSLIM NIAGA DARI PANDANGAN AKUMy Profile

  15. suri says:

    berbudi pada tanah ada baiknya.ada pula tanah dirikan rumah bagus untuk anak-anak berteduhkan..
    suri baru je tulis kisah Kotak Ayat Pengasih Paling Tua Dan MujarabMy Profile

  16. titan says:

    suka bau tanah bila lepas hujan. hoho..
    titan baru je tulis kisah Berapa ramai yang masih guna lampu MENTOL di rumah?My Profile

  17. akubiomed says:

    Alangkah bagusnya kalau ada tanah yang luas boleh anak beranak duduk bina rumah berdekatan.
    akubiomed baru je tulis kisah 6 formula pantas menambah susu ibu tanpa bantuan suplemenMy Profile

  18. haeida says:

    tanah sekarang melambung tinggi,sape yang ada tanah tu mmg bertuah..
    haeida baru je tulis kisah Tips Penjagaan Rambut Bagi WanitaMy Profile

  19. zara says:

    kalau dulu ramai orang beli rumah kat nilai tapi keje di kl..skang ni hartanah di nilai pun dah melambung tinggi..semua 300 ke atas la..itu harga start at tu..huhuuhuu..
    zara baru je tulis kisah Petua Atasi Masalah Jerawat Secara SemulajadiMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun