Tambah Lagi Setahun

Hidup lagi rupanya blog tehramuan ni.

Alhamdulillah. Hayat tehramuan di alam maya masih disambungkan lagi. Moga-moga tahun keempat ini ia akan lebih ceria. Menjadi blog yang lebih memberi manfaat terutamanya kepada diri saya sendiri sebagai penerbit, pengarah dan pelakon utama. :D Juga kepada pengunjung yang singgah membaca.

kerja

Mimpi basah pukul empat,
Rindu teman tidur terjaga;
Kini sudah tahun keempat,
Tehramuan di alam maya.

Berbaloikah tiap tahun bayar domain dan hosting?

Sangat berbaloi bila blog boleh menjadi salah satu sumber pendapatan sampingan. Sepanjang 3 tahun lepas blog tehramuan ini telah memperolehi 36832 ringgit komen dari kalangan pembaca [termasuk komen admin]. Walau pun kedudukan rank alexa sekarang tak begitu baik [929 di Malaysia] tetapi masih lagi diberikan pagerank 3 oleh google. Nampaknya tahun keempat ni kena la dapatkan pagerank 4 pula. :D

Tak sayang duit ke bayar RM100 setahun?

Sayang-sayang buah kepayang,
Biar pun pahit boleh dimakan;
Haluan hilang ilmu pun kurang,
Lutut yang sakit melangkah jalan.

Biar pun pahit boleh dimakan,
Harapnya pula menjadi ubat;
Lutut yang sakit melangkah jalan,
Azam dan cita digenggam erat.

Harapnya pula menjadi ubat,
Batuk dan lelah sembuh juga;
Azam dan cita digenggam erat,
Diizinkan Allah pasti berjaya.

Ya. Jika diizinkan Allah, akan berjaya dan tercapai juga apa yang kita mahu dengan blog kita. Apa yag kita harapkan dengan usaha, tenaga dan masa yang kita berikan. Asal saja niat kita ikhlas, jalan kita lurus, sinar cahaya pasti ada di hujung jalan.

TehrDemikian kisah 'Tambah Lagi Setahun' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


39 Comments

  1. kakiblog says:

    tahniah kerana berjaya membuat keputusan…berbaloi atau tidak keluar duit untuk blog perkara kedua..

    dah nama blogger menulis dan berkongsi itu satu kepuasan

    hobi mengumpul setem pun keluarkan modal dan apa yang mereka dapat selain kepuasan dan keseronokan..?
    kakiblog baru je tulis kisah 100 Blog Yang Berjaya Diterjah Dalam Misi Blogwalking (siri 1)My Profile

  2. cikgu naman says:

    Pergi minum bersama Suraya
    Terserempak pula Dr Ruhaya
    moga tehramuan.com terus berjaya
    Berpantun hebat di alam maya
    cikgu naman baru je tulis kisah Mark Adam-PencuriMy Profile

    1. UmmiKami says:

      Sedondon berdua turun tersenyum,
      Bangga menunggu di tepi kolam ;
      Sepohon doa merimbun kuntum,
      Semoga blog cikgu menjadi ilham.
      UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Qadaan Tuhan….My Profile

  3. suri says:

    kalau blog saya ada rasanya angka itu sama dg blog saya.walau begitu saya tak akan berputus harapn.
    suri baru je tulis kisah Teknik Menjana Pendapatan Pasif Dengan Goyang KakiMy Profile

  4. suri says:

    rm 100 tak mengapa sebab kita rasa puas berblog dengan idea kerah sendiri ..minat tu pun datang seiring itu buat kita tidak berkira untuk membayar berapa jumlah sekalipun ikut kemampuan diri :)
    suri baru je tulis kisah Potensi Bersara Wang Tetap BercambahMy Profile

  5. Ismail N says:

    teruskan berblogging dan berpantun bro…
    boleh ler kawe tumpang blogging kat sini nanti time cuti skul yer?

    1. suri says:

      warisan melayu memang harus di sanjung tinggi
      suri baru je tulis kisah Agar-Agar Litchi PelangiMy Profile

  6. AUC says:

    Tahniah bro… dah tahun keempat yek… kiranya otai blogger ni

    ps: lama x menjengah ke sini :)
    AUC baru je tulis kisah Video Panas: Buka Akses iPhone 5S dengan Puting DadaMy Profile

  7. Nakusan Bali says:

    semoga blognya makin ramai kedepannya…
    Nakusan Bali baru je tulis kisah Event Philips: Kota Terang Hemat Energi Di BaliMy Profile

    1. suri says:

      sentiasa mendapat perhatian di kalangan pelawat dan blogger
      suri baru je tulis kisah Agar-Agar Litchi PelangiMy Profile

  8. donnyien says:

    teruskan perjuangan bro..
    donnyien baru je tulis kisah Cara mudah melabur rumah lelong TERBONGKAR!My Profile

  9. Ingatkan jumlah duit, rupanya jumlah komen. Semoga terus berjaya dalam berblog ni bro TehR.
    Hazmin Hamudin baru je tulis kisah Piala Sultan Selangor 2013My Profile

    1. suri says:

      h..jadi jangan mudah tertipu heeee
      suri baru je tulis kisah Agar-Agar Litchi PelangiMy Profile

  10. Akuro San says:

    salam perkenalan. rasanya baru pertama kali singgah diblog ini. hebat sungguh pantun-pantun disini. rasanya lepas ini boleh singgah untuk baca pantun lagi~
    Akuro San baru je tulis kisah Kita Dapat Earning Atau Nuffnang Yang Dapat Earning ?My Profile

  11. onlajer® says:

    cis saya punya dah masuk tahun pertama pr masih 0
    onlajer® baru je tulis kisah 3 Blogger Kacak Bercerita Teknik Menurunkan Berat BadanMy Profile

  12. Dja@SisHaza says:

    oh dah 4 tahun rupanya ye cikgu….tahniah cikgu. Itu baru jumlah komen, jumlah earning tentu lebih lagi. Tak pernah tengok cikgu bercerita tentang itu. Diam-diam ubi,diam-diam mesti ada isi ni..hihi
    Dja@SisHaza baru je tulis kisah ADAB MENULIS KOMEN DI BLOGMy Profile

  13. Dja@SisHaza says:

    saya punya genap setahun pada 11 September lepas.. PR 0. Dua tiga tahun lagi pun belum tentu jadi PR 1. Apa laa ilmu cikgu pakai ye? Minta tips sikit cikgu ..

    1. suri says:

      update jangan tak pr klu ada rezeki dia akan dtg sendri.
      suri baru je tulis kisah Solat Jamak Dan Solat QasarMy Profile

    1. suri says:

      akhirnya mendapat keputusan yang terbaik
      suri baru je tulis kisah Solat Jamak Dan Solat QasarMy Profile

  14. semoga terus sukses bro
    blogger lelaki baru je tulis kisah Simptom Anda Mengalami StressMy Profile

    1. suri says:

      ya saya harapkan begitu.semoga tak jemu karang pantu untuk kami semua
      suri baru je tulis kisah Pengalaman vs Buat Duit Dengan BlogMy Profile

  15. hafiz says:

    Boleh sangat dengan harganya rm100 setahun…
    hafiz baru je tulis kisah Ranking alexa terkiniMy Profile

  16. tahniah bro. bukan senang nak dapat pagerank 3 tu. wahh target pagerank 4 ye. hebat lah kalau dapat. master ni. ajaarr!
    khairul asrol baru je tulis kisah Adakah Mohon Adsense Munggunakan Bahasa Melayu Mustahil?My Profile

  17. pahan says:

    hehe. tahniaah bro :) memang berbaloi kalau dalam setahun tu kita manfaat betul2 masa untuk blogging.hehe
    pahan baru je tulis kisah Update Paling Menarik Dari Blog Walking #8My Profile

    1. suri says:

      ya banyak perkara yang boleh berlaku lagi lama blog lagi lama sayang akan hasil tulisan kita
      suri baru je tulis kisah CPUV Campaigns Nuffnang 7_ 2013My Profile

  18. Mohd Shubhi says:

    Insyallah berbaloi, asalkan ada usaha dan istiqamah..slow and steady !!
    Mohd Shubhi baru je tulis kisah Jangan menyesal tak mencubaMy Profile

  19. suri says:

    kalau rajin sambungkan sampai 2 tahu tak mengapa eh heeee
    suri baru je tulis kisah Job Dari Rumah Membantu Saat TerdesakMy Profile

  20. UmmiKami says:

    Pelam berbuah sungguhlah lebat,
    Memangku semalu dahan berbunga;
    Alhamdulillah blog terhebat,
    Ilhamku dulu kini dan selamanya.
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Qadaan Tuhan….My Profile

  21. Lynn™ says:

    Apa diharap kekasih orang
    Dah tau kekasih orang siapa suruh bercinta
    Pokok kemboja berbunga lebat
    Domain dan hosting cikgu punya sorang
    Saya doakan biarlah terus berjaya
    Duit terus masyuk dan kekal sebagai blogger hebat
    Lynn™ baru je tulis kisah SUSHIMy Profile

    1. suri says:

      doa untuk blogger akan kita bersama jatuh bagunnya
      suri baru je tulis kisah Agar-Agar Litchi PelangiMy Profile

  22. Amat berbaloi tu tuan. Pakai hosting bagus kalau income stabil. semoga berjaya untuk tahun ke 4. Yg menarik pantun mimpi basah tu yg tak tahan tu. :)
    Mohd Rohaizad baru je tulis kisah KES ROGOL GADIS 12 TAHUN OLEH 8 RAKAN SEKOLAHMy Profile

  23. Joe says:

    Baguslah dah sambung. Lepas nie kalau servis tak memuaskan, aku blh tolong rekomen web hosting yg baik
    Joe baru je tulis kisah Panda, Penguin Dan Yang Terbaru HummingbirdMy Profile

    1. suri says:

      banyak pilihan daa ada banyak pengalaman pilih mana satu yang berkenan dan ikut belanjawan
      suri baru je tulis kisah Solat Jamak Dan Solat QasarMy Profile

  24. akubiomed says:

    Dapat membaca pantun-pantun untuk 12 bulan akan datang. Selamat berkarya.
    akubiomed baru je tulis kisah Dari Kellie’s Castle ke Pasar Malam Brinchang Cameron HighlandsMy Profile

  25. papa mifz says:

    teruskan berpantun bro , antara keunikan blog nih…;)
    papa mifz baru je tulis kisah Melawat Muzium Istana Kesultanan MelakaMy Profile

  26. suri says:

    jangan di biarkan khazanah tenggalam dik zaman moden
    suri baru je tulis kisah Agar-Agar Litchi PelangiMy Profile

  27. padin says:

    Tahniah bro…
    hehee moga terus menerus memberi manfaat, hiburan…

  28. Hafizul says:

    Aii dalam jer makna pantun rangkap pertama tu..hehe..
    Hafizul baru je tulis kisah Maafkan Aku Jika Ada Yang TerasaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun