Taman Jubli Bukit Aup

Jalan-jalan petang sekitar Sibu membawa kami ke Taman Jubli Bukit Aup, sekitar 20 minit memandu dari bandar. Kerana telah menghampiri waktu senja, kami hanya sempat melihat dan memberi makan ikan di kolam sahaja.

Macam kolam ikan milik sendiri pulak. :D Kolam bekas lombong ini agak luas juga. Bila nak tengok ikan, perlulah membeli makanan ikan yang dijual dengan harga RM1 sebungkus. Tiga, empat bungkus juga habis ditebur oleh anak-anak Mr. Tehr bersama sepupu sepapatnya.

Taman Jubilee Bukit Aup 1

banyak jalan berbagai jalan
tersilap arah buruk padahnya
banyak ikan bermacam ikan
ikan apakah berkepala dua

Taman Jubilee Bukit Aup 2

hari malam terbitnya bulan
banyak kelkatu keluar berhibur
indahnya alam ciptaan tuhan
mengapa kalbu payah bersyukur

Taman Jubilee Bukit Aup 3

Banyak juga kemudahan rekreasi yang terdapat di taman ini. Memang sesuai untuk membawa anak-anak bersiar-siar atau mengeluarkan peluh di waktu petang. Sesiapa yang gemar berlari atau mendaki juga boleh berbuat demikian di sini.

Tidak banyak gambar yang sempat diambil kerana kami hanya sekejap sahaja di sini. Lagi pun waktu senja macam ni tidak elok berada di tepi hutan. Banyak jin dan jembalang berkeliaran.

TehrDemikian kisah 'Taman Jubli Bukit Aup' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


46 Comments

  1. agak2 kalau letak kaki dalam kolam ikan tue macam mana agaknya

    1. tehr says:

      tak berani nak letak kaki
      ada ikan besar gak kat dalam tu
      hilang satu jari sapa nak ganti :D

      1. padin says:

        hahahaa kalau gini letak kaki,
        bukan setakat kuman yang hilang,
        kaki pun belum tentu selamat,hehee
        padin baru je tulis kisah Entry TerbaikMy Profile

        1. tehr says:

          anak aku nak cuba pegang ikan2 tu
          tapi aku melarangnya
          hehehe mana la tahu kan, tak pasal2 hilang jari :D

  2. puteri says:

    wauuu manyaknya ikannn!!!!!

    1. tehr says:

      memang banyak, puteri
      riuh je anak2 bagi makan ikan

      1. suri says:

        suka tgok gelagat anak heee.. msti bsing2 punya

        1. tehr says:

          dah pasti bising
          perlu juga awasi mereka bila berlari dan berkejaran

  3. Ali ridha says:

    berebut semua ikan.
    Ali ridha baru je tulis kisah Respect Ali-alridhacomMy Profile

  4. Ali ridha says:

    lama aku tak pergi
    zoo.sebelum cuti
    sekolah ada pergi
    masa rombongan
    adik aku.
    Ali ridha baru je tulis kisah Respect Ali-alridhacomMy Profile

    1. tehr says:

      cuti sekolah ada lagi ni
      boleh la bawa adik2 jalan2

  5. Ali ridha says:

    pemandangan sungguh indah.
    senang mata aku memandang.
    Ali ridha baru je tulis kisah Respect Ali-alridhacomMy Profile

  6. Ali ridha says:

    bagi la panduan untuk
    kami semua.mana nak
    tahu nak pergi ke Sarawak.
    Ali ridha baru je tulis kisah Respect Ali-alridhacomMy Profile

    1. tehr says:

      panduan
      aku tak reti nak beri panduan kalau nak ke bukit aup ni
      kakak ipar aku yang bawa jalan2 :(

  7. Ali ridha says:

    waktu senja tak baik
    ambil gambar kan.
    Ali ridha baru je tulis kisah Respect Ali-alridhacomMy Profile

    1. tehr says:

      ya ke?
      yang aku tahu, payah nak dapat gambar yang cantik kalau guna kamera biasa2 je dan jurugambar pula tak mahir :D

      1. Ali ridha says:

        pernah aku tengok gambar
        di tangkap waktu senja.
        ada hantu kat belakang
        betul ke?

        1. tehr says:

          ada orang kata macam tu
          tapi saya belum pernah tengok gambar hantu

          1. suri says:

            alahai takutnya dgr…mungkin tgok nasib jer kot..klu dpt adalah klu tak..tak ada le huuu

            1. tehr says:

              semuanya mungkin, suri

  8. serol says:

    banyak ikan2 tu..mmg ralit la kalau bagi makan :D
    serol baru je tulis kisah Final piala suzuki-Semoga malaysia menang dan jangan ada ribut-ributMy Profile

    1. tehr says:

      memang sangat ralit
      kejap je sebungkus makanan kalau ditabur
      budak2 seronok, ikan seronok :D

  9. adah says:

    bestnya jalan2..nak2 tengok ikan yang tengah makan..:)

    1. tehr says:

      adah kena la datang sini
      bagi makan ikan :D

  10. padin says:

    hahaa betul, org tua selalu kata jangan main kat luar rumah waktu senja
    nanti kena sorok dengan hantu, ekekee

    kalau2 tehr amik gambo waktu senja, takut hantu tumpang sekaki.. eh, hantu ada kaki ke?
    padin baru je tulis kisah Entry TerbaikMy Profile

    1. tehr says:

      hahaha
      ada orang kata, kita kena tengok cara menunggeng melalui celah kangkang
      kalau kaki tak jejak tanah… hantu la tu

  11. Cik Siti says:

    ini kalau buat ikan bakar cecah air asam sedap ni…
    Cik Siti baru je tulis kisah Apa ada pada kampungMy Profile

    1. tehr says:

      masak asam pedas pun sedap juga ni :D

  12. Norgadis says:

    Wah! Banyaknya ikan…
    Adakah ikan berkepala dua?

    1. tehr says:

      saya sendiri tak tahu apakah ada ikan berkepala dua :D

  13. MDHAFiZ.NET says:

    aku pernah ke sini suatu ketika dulu…dgn family… :)
    MDHAFiZ.NET baru je tulis kisah Goodbye 2010Hello 2011 !!My Profile

    1. tehr says:

      memang cantik kawasan ini

  14. etomyam says:

    wah geramnya tengok ikan, kalau bawak jala mesti best tu..lepas tu bakar kat situ jugak hehehe
    etomyam baru je tulis kisah Keputusan Malaysia Indonesia AFF Suzuki Cup 2010My Profile

    1. tehr says:

      aku rasa kalau jala biasa akan pecah/bocor
      ikan banyak sangat ni :D

  15. zulkbo says:

    salam..
    mak aihh..banyaknya ikan
    tangkap masak kari pun sodap
    he he..
    zulkbo baru je tulis kisah Keputusan Perlawanan Akhir Malaysia – Indonesia AFF Suzuki Cup 2010My Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      memang bayak, zul

  16. akubiomed says:

    Rasa geli pun ada bila lihat ikan banyak-banyak macam tuh :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Keputusan akhir pertama Piala Suzuki AFCMy Profile

    1. tehr says:

      budak2 memang seronok kerana tak pernah lihat ikan sebanyak itu

  17. sangilapi says:

    gambar pertama tu,mula-mula aku ingat gambar ulat pokok sagu :)

    ikan apa dalam kolam tu,tehr ?
    sangilapi baru je tulis kisah bengkel blackberryMy Profile

    1. tehr says:

      ulat sagu warna putih, bro
      kalau tak silap aku la
      dulu2 pernah guru besar nak bagi, tapi aku tak ambil la :D

      rasanya ikan kap [aku tak pasti]
      aku kenal ikan keli dg ikan puyu je
      hahaha

  18. puteri says:

    kali pertama saya tengok ikan banyak2 dalam tv.
    huhu..
    kali kedua lebih kurang underwater world
    yang kat langkawi tu..

    1. tehr says:

      underwter world tu lebih hebat, puteri

  19. suri says:

    byk ikan rsa nak joint sekaki ;)

    1. tehr says:

      cuti sekolah tahun depan sesuai bercuti di sini
      anak2 pasti suka

  20. kakyong says:

    banyaknya ikan…..
    kakyong baru je tulis kisah Majlis bertema ala2 English…My Profile

    1. tehr says:

      seronok bawa budak2 ke sini, kakyong
      riuh je mereka :D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun