Tak Tersohor Menang Lawan Perempuan

Memang pun tak tersohor menang lawan perempuan. Bukan maksud aku mahu menidakkan kepandaian dan kebolehan orang perempuan. Kelebihan kaum wanita. Apa yang aku maksudkan ialah dalam bab gaduh. Bab lawan-melawan.

“Korang tak tersohor pun gaduh dengan perempuan.”

Kalau menang pun buat malu je.”

Kalah, lagi laaa malu!”

Lebih kurang macam tu la yang aku selalu nasihatkan budak-budak. Tegur budak-budak lelaki yang bertengkar berkelahi. Terutamanya bila melibatkan lelaki lawan perempuan.

Cahaya surut di balik awan,
Diam camar kusangka mati;
Usah diturut mulut perempuan,
Kuatkan sabar di dalam hati.

Buah durian di dalam raga,
Sekadar dibeli jangan berlebih;
Kaum perempuan kurang tenaga,
Sekadar berani bercakap lebih.

Tak tersohor menang lawan perempuan. Kalau nak gaduh juga, nak lawan juga. Cari lawan sama budak lelaki. Dapatkan yang lebih besar, lebih tegap. Yang otot berketul-ketul tu lagi bagus. Kalau menang baru la mendapat nama.

Kalau kalah, baru padan muka. Ha ha ha…

Kita orang lelaki kena jaga mereka. Lelaki sejati setiasa lindungi kaum wanita. Mesti sentiasa sayang orang perempuan. Baru la nampak kacak. Nampak bergaya. Kan?

Lagi satu, jenis suami yang suka pukul bini. Apa jenis manusia pun aku tak tahu. Buat malu kaum lelaki je.

Malu… malu…

Putih bukan hitam pun bukan,
Warna biru bercampur ungu;
Tak tersohor lawan perempuan,
Menang malu kalah pun malu.

Memang tak tersohor menang lawan perempuan. Aku percaya, korang yang baca ni semuanya sayangkan orang perempuan.

Kan? Kan?

TehrDemikian kisah 'Tak Tersohor Menang Lawan Perempuan' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


19 Comments

  1. huahua…

    perempuan memang berani cakap lebih… hanya satu je, die nak lelaki tu menangkan die jugak dalam satu-satu hal tu…

    haha!
    Rapunzeel Cikilolo baru je tulis kisah scene kedai makan (1)My Profile

    1. TehR says:

      bagi je perempuan menang bab bercakap
      lelaki boleh ambil hadiah dan habuan dalam bab lain

      tak kisah punya… :D

    2. hafizmd says:

      biarlah depa menang =)
      hafizmd baru je tulis kisah Yeo’s LoveMark!My Profile

  2. amirulfaiz says:

    Tak terlawan pun sebenarnya, semua hujah boleh dipatah, akhirnya kita juga yang beralah. :D
    amirulfaiz baru je tulis kisah Didik anak untuk berkongsiMy Profile

  3. akubiomed says:

    Memang tidak perangai molek bergaduh dengan perempuan.
    akubiomed baru je tulis kisah Apa bila sakit gigi apa pun tidak bolehMy Profile

  4. ajumohit says:

    yelah yang penting bertolak ansur kan, apapun sama2 menghormati sesama sendiri
    ajumohit baru je tulis kisah Menang saguhati “Blogging Contest “Visit Malaysia 2014″My Profile

  5. titan says:

    haha..

    ni kes apakah pula ini..
    titan baru je tulis kisah Jobdirumah Payment – Kali ke 100My Profile

  6. Bahrain says:

    tapi kadang-kadang perempuan cakap macam betul je, macam tahu je tapi hakikatnya tak tahu. haha.
    Bahrain baru je tulis kisah Pengalaman Temuduga Buat Kali PertamaMy Profile

  7. Jamian Sarif says:

    bagi je la perempuan menang….bukan selalu pun…
    Jamian Sarif baru je tulis kisah Jutawan Muda Hasil Perniagaan Online.My Profile

  8. suri says:

    wanita perempuan gerak hato betul walau ada tersasar sikit jerk haaaa
    suri baru je tulis kisah Abelmoschus EsculentusMy Profile

  9. kakiblog says:

    mengalah bukannya kalah dan kalau nak menang biar cara paling bijak iaitu cara diplomasi….betulkan?
    kakiblog baru je tulis kisah 5 Panduan Belajar Bahasa Inggeris Dengan MudahMy Profile

  10. hafiz says:

    Buat malu je pukul bini
    hafiz baru je tulis kisah Yuran taska dinaikkanMy Profile

  11. Lyn™ says:

    Tapi biasanya lelaki yang suka pukul perempuan ni, memang jenis yang tak tau malu cikgu.
    Lyn™ baru je tulis kisah Kajang, Kejang,Kejung.My Profile

  12. Azlan Vai says:

    Lelaki.. luaskan kuasamu.. tapi bukan dengan kekerasan..

    Hati kau keras roy! Hati kau keras..!
    Azlan Vai baru je tulis kisah Gayakannya mengikut umur anda: 20anMy Profile

  13. hafizmd says:

    Lawan cakap belum tentu ada penamatnya..yg penting…pepandailah ambil hati perempuan..tak gitu cikgu?
    hafizmd baru je tulis kisah Yeo’s LoveMark!My Profile

  14. dja@sishaza says:

    Apa2 sekali pun…ibu kita sorang perempuan. Tak terlawan yang itu betul tak ..
    dja@sishaza baru je tulis kisah TANDA-TANDA TUBUH KEKURANGAN AIRMy Profile

  15. suri says:

    saya kalau balik kg gaduh mulut dengan kakak saya.selau gaduh usik2 nakal nakal jer bukan gaduh sebab tak suka ke apa heee
    suri baru je tulis kisah 5 Trick Makanan Terbaik Semasa HamilMy Profile

  16. suri says:

    kalau mak cakap memang kita tak boleh lawan balik kita akan akur je sebab mak makan garam dulu
    suri baru je tulis kisah Penyebab Dan Cara Mengatasi Laptop PanasMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun