Tak Seindah Wajah

kusangka aur di pinggir tebing
kiranya tebu di pinggir bibir
kusangka jujur pancaran batin
rupanya palsu penghias zahir

kukira hati jiwa nurani
suci seindah wajah terbayang
kukira puji seikhlas budi
kulupa lidah tidak bertulang

di manis gula semut binasa
kail berduri bersalut umpan
di manis kata insan terlena
kerana budi hamba terkorban

inikah dia lakonan hidup
di pentas dunia insan berpura
tipu dan daya pencapai maksud
budi dan harta merangkum noda

Pantun dalam lirik lagu Tak Seindah Wajah nyanyian SM Salim ini sungguh indah sekali. Maksud yang hendak disampaikan oleh penulisnya sangat jelas kelihatan dan tepat pula dengan kehidupan masyarakat sekarang yang hanya mementingkan kehidupan dunia dan diri sendiri. Manusia sanggup melupakan hukum agama dan adat resam demi mencapai matlamat. Adakah matlamat menghalalkan cara?

TehrDemikian kisah 'Tak Seindah Wajah' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun